boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, November 30, 2011

Saudara DS Zambry a/l Kadiaq menghina orang melayu...

Mamak sekoq lagi sepupu sepapat dengan Zambry a/l Kadiaq menghina orang-orang yang Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat........




Boleh baca umno-youth-calls-pas-pkr-bapok-pondan-and-dap-enemy-of-islam




Ucapan Tan Sri Muhyiddin semalam "Munafik"

Timbalan Presiden UMNO dah mula tak ketahuan hujung pangkal dah nampaknya,, Bila Timbalan Presdien keliru,, maka anak-anak buah pengikut pakat habih namcai boncai....


Sebelum ini secara terang-terang Muhyidin nak jawab isu hukum hudud pun kerkedu-kedu,, tup-tup ajak ahli UMNO berjihad... Jihad kepala bapak dia....


Jihad-Jihad-jihad.... jihad jaga anak perempuan lu dulu tu.... dah selesai anak-anak dan keluarga baru pi cakap kat ahli-ahli.. baru cakap serupa bikin....






Bila timbalan presiden dah mula merapu dengan mengambil kesempatan menggunakan Islam demi kepentingan politik, ahli-ahli bengong pun turut serta jadi keliru... boleh dikatakan Allah bersama UMNO... Masyaallah... Yang aku tahu Allah bersama Islam....



Ini lagi satu masaalah,,, isu baru, perkara baru.... tak tahu aku nak kata apa-apa hangpa pakat-pakat tengok dan lihat,, semakin teruknya UMNO....







Ibu lembu naik minyak, belum kena sembelih dan meroyan..

Menjadikan Ketua Wanita PKR sebagai sasaran untuk menutup kesalahan sendiri....


Habis semua lembu-lembu naik minyak.....

Perghh.. Anak Perempuan Zuraidah Kamarudin...Farah Afzan..

Mewarisi kepimpinan dari emaknya YB Zuraidah ....


Berasap UMNO lepas ni......

Tuesday, November 29, 2011

Saya berjuang untuk agama....

Bila aku terbaca satu dari petikan dibawah,,, perghhh lawak gila......


Apa yang ahli UMNO boleh buat, bila Ketua Betina UMNO mendiamkan diri....masing-masing pakat jadi lembu kekenyangan lepas makan ...

Tak mau nak komen apa-apa... cuma bila terbaca lirik baru lagu tema buat UMNO ciptaan dari Man Kadir terasa ada kebenarannya..

Bersatu menteri menipu
Suami dapat dana lembu
Menteri kata tak tahu
Kondo beli dahulu.

Menteri kerja menipu
Ahli dan rakyat buat tak tahu
Otak dah macam lembu
Tak setia kena lutu.

Bersatu lanun bersatu
Bersatu tipu Melayu
Komisyen berjuta ribu
PM sapu dahulu .....

Aku tak pandai nak tokok tambah lagi....

Lepas boleh layan lagi satu lagu buat UMNO.....



Selamat bersidang UMNO mesyuarat lah hangpa cari idea bagaimana nak menipu rakyat...

Haji Najib kepanasan walaupun sekarang musim tengkujuh...

Melihat keadaan suasana iklim politik yang tidak dapat membantu UMNO, Mahathir telah sedaya upaya cuba nak memulihkan imej Najib yang sudah busok dan meloyakan..Namun berupayakan Mahathir dapat mengalih perhatian rakyat dalam isu-isu yang begitu panas...



Walapun pihak media sebelum ini sedaya upaya menghighlightkan kerja haji Najib dan Rosmah di Mekah, namun kuasa Allah melebihi dari segala-galanya..

Isu pelajar UIA demontrasi kerana tindakan keatas Aziz Bari mengecutkan UMNO menyebabkan timbul sedikit tolak ansur dari pihak pengurusan UIA..

Najib balik dari Mekah, isu lembu NFC menggegarkan dalam negara, hinggakan ahli parlimen UMNo sendiri pun bersuara tak puas hati....

Najib cuba melarikan diri ke Hawaii, kemudian balik ke Indonesia,,, cuba nak menumpang tuah di atas kemenangan team bolasepak Harimau Muda, nasib menyelebahi team Malaysia daapt menang melalui sepakan penalti, baru Najib nak buka mulut isu kemenangan bola, malang menimpa, Malaysia kalah dengan Syria,, malam kelmarin kalah lahi dengan Bahrain setelan mendahului 2-0..Tak bolehlah nak ambik peluang, malah team Harimau Muda mencari sasaran kejian akhbar UMNO...

Akta ISA walaupun Najib umumkan pada 16 Sep yang lepas ditarik balik, namun masih ada lagi tangkapan di Tawau Sabah.amat memalukan Najib..

Isu pemecatan Naib Presdien SDPP parti kompenan BN di Sarawak, satu lagi bala....

Pihak MTUC memberi amaran jika Rang undang-undang Akta Pekerja yang di pinda akan menjadi satu lagi tambahan buat Najib...

Semalam wakil rasmi Felda memberi kata dua kepada Najib, pecat Isa Samad selaku pengerusi Felda dan beberapa orang lagi kuncu-kuncunya atau hadapi tindakan PRU13 nanti.... Ini kira isu besar, sepatutnya Pembangkang kena ambik kesempatan isu ni...

Hari ini Majlis Peguam pula membuat demontrasi perarakan aman tak puas hati kepada pindaan RUU Perhimpunan aman,,, lagi satu masaalah....

Isu-isu diatas tak termasuk isu bini Najib yang berbelanja dengan terlalu boros...Dubai,dubai.... Jika Najib masih lagi dapat bertahan dan berkuasa dalam UMNO dan negara selepas Perhimpunan Agung ini dan tiada apa-apa perubahan atau reformasi dalam parti, maka bersedialah Pakatan rakyat untuk menuju ke Putrajaya...

Ini kerana UMNO yang ahli-ahlinya semua telah bertukar menjadi lembu ataupun telah diperlembukan..Ibrahim Ali dengan Perkasanya, Zulkifli Nordin dengan isu melayunya tidak dapat nak bantu Najib,, mereka sekadar mempercepatkan kemusnahan Najib dan juga UMNO... Sekarang ini UMNO semakin lemas,, mereka sanggup melakukan apa saja Klik buku-sulit-umno-dedah-arahan-rasmi..

Buat Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR, peluang yang ada didepan mata perlu diiplementasikan dengan hati-hati,, janganlah dok asyik nak merebut kerusi dalam PRU 13 nanti, hasrat utama kami, jatuhkan UMNo dahulu... peluang keemasan sebegini belum tentu akan berulang lagi....



Nazri Aziz - Peguam yang berdemontrasi di Parlimen adalah BERUK

Menteri di JPM Nazri Aziz semakin capoi mulutnya....



Aku sempat tengok ucapan penjelasan dari Zulkifli Nordin dalam isu Perbahasan undang-undang perhimpunan yang tak habis-habis dengan isu bangsa, trajedi 13 mei, siapa yang kerja,, kalau nak ungkit masa yang lalu, sampai kiamat pun tak habis....

Jawapan balik oleh menteri Nazri Aziz, bla,bla,bla,, beruk-beruk yang terdiri dari peguam pun satu hal, buat demontrasi pagi tadi, saya juga peguam,, memalukan.....

baca di SINI

Itu saja yang sempat aku dengar,, broadband jadi berukband,, sekejap putus, sekeiap putus... boring betui...

Kalau standard peguam-peguam dari Majlis Peguam Nazri kata beruk, maka diri Nazri sendir kita nak kata,, tentu lebih teruk dari beruk....

.

Khir Toyo - Sistem Kerajaan Akan Porak-Peranda?






Semakin mantap nampaknya... seumpama kuatnya lilitan serban kat kepala dia, alhamdulillah... klik dapat-haji-mabrur.

Apakah teguran ini ini kerana dengan semangat baru balik haji atau sememangnya masih sayang kat parti UMNO .....klik jusa-luar-sistem-kerajaan-akan-porak.



Cerita lawak sempena PAU 2011 khas dari Shahrizat

lembu-lembu akan bersidang bermula hari ini....

Apa jawapan ketua lembu.....

Monday, November 28, 2011

Diantara Fakta dan Fitnah - Siapa Menteri UMNO pernah cium tangan Tok Guru..

Siapa Menteri UMNO yang dari jauh nampak TGHA dari jauh dah mula nak cium tangan..... Sekarang akibat projek dah jadi menteri....habisss...


Apa komen orang UMNO ya........


No HP awek mana ni .. 019-9158369......








Setinggi tahniah buat UMNO.... lengkap serba serbi.....


Lima Keping Gambar Mesra

Ini keratan berita Harian Metro Hari ini,,,,

Kenapa boleh jadi begini,, sebab malam tadi kalah 3-2 maka inilah habuannya... Andaikata kalau malam tadi mereka menang dengan bahrain tak keluatr berita segini.....

Kesian Najib,,, Tak bolehlah lagi nak ambik contoh team Harimau Muda...







Gambar-gambar seksi ni pun laman blog UMNo yang siar,, aku cilok dari dukeofumno.blogspot.























Gambar-gambar YB ADUN UMNO dah mula sewel..

Nampaknya dalam suasana cuti sekolah ni banyak program kenduri nikah dan kahwin buat orang-orang melayu tak kira apa-apa parti politik....

Dan bagi nak meriahkan lagi kendur tersebut, ada juga yang menjemput wakil-wakil rakyat setempat datang ke rumah kenduri, secara tak langsung banyak faedah yang boleh dapat diatara YB dengan tuan rumah....

Namun kisah yang ini aku rasa sedikit kelainan.... pelik,, mungkin YB ni terlampau humble atau excited sangat,,, senang cerita taksub sangat agaknya dengan kenduri kahwin,,, dah terlampau sangat..... nak kata tak baguih pun tak kena,, baguih,,, tetapi biarlah bertempat...





Aku tak kenai YB yang dimaksud dalam gambar ni... cuma aku nak kita sama-sama berfikir,,, hangpa perati betui-betui, secara kebiasaannya dirumah kenduri bahagian basuh pinggan memang kanak-kanak remaja punya tugas,, itu secara kebiasaan, kalau sistem katering pun sama, gotong royong penduduk setempat pun lebih kurang, jarang yang aku jumpa kumpulan orang tua-tua basuh pinggan,, biasalah,,, dah tua,, sakit pinggang....

Tetapi yang ini pelik sangat aiih,,, kalau ya pun nak bergambar untuk modal kempen PRU13, pi pegang senduk action tengah dok kauaca gulai dalam periuk tu OK lah juga,, ooooo katering apa nak masak lagi,,,

Kalau tidak pun dah nak popular sangat pi bersilat depan pengantin tu,, lagi popular,,, janganlah dok pi basuh pinggan tu,,, sedih sangat tengok,, macam budak-budak ketagih nak rokok aja....

Tittle YB pun nak kena jaga juga, YB ni penggubal undang-undang yang bakala dilaksanakan untuk rakyat,, kalau dah dok pi duduk dengan budak-budak basuh pinggan dah lain cerita... nasib baik tak pi ambik gambar kilat kasut pengantin.... lagi kacau.....

Sumber gambar aku rembat kat yb-yang-humble-basuh-pinggan-di-rumah.



Sunday, November 27, 2011

Puan Ini lebih layak jadu Ketua Wanita UMNO

Oleh kerana Ketua Wanita UMNO yang sedia ada sibuk dengan isu lembu-lembu, maka wanita yang berucap ni lebih sesuai menggantikan Sharizat Jalil....
Sedikit sebanyak ada juga sikap prihatinnya kepada orang-orang kampong dan felda...


Suara-suara sebegini memang ramai dalam UMNO, namun pelaksanaannya seperti yang dicadangkan itu........hampehhhh


Bebal dan bengongnya blogger betina UMNO

Aku pun tak tau dan tak faham dengan sikap bebalnya blogger pencacai UMNO ni.... Bila ada saja hamba Allah yang sebelum ini jauh dengan syiar Islam dan kemudiannya berhijrah ke arah keislaman yang syumul, mereka puak-puan yang jadi pencacai dah tak sedap duduk, dah kepanasan,,, maka dibuat tuduhan yang kononya hamba Allah tu dah jadi Ustazah PAS...

Jadi dengan secara tak langsung kita boleh lihat, UMNO ni risau kalau umat melayu balik ke arah Islam,, sebab nanti mereka sokong PAS tinggal UMNO....



Kalau dulu sebelum ini artis wanita Wardina,,, apa yang blogger UMNo tak kata,,,, kini Catriona Ross pula jadi mangsa mereka,,,

Apa pun tahniah diucapakan kepada Puan Catriona Ross,lihat sendiri bagaimana beliau tenang sekali menjawab segala tohmahan keatasanya...



Moga-moga anda mendapat keberkatan dan redho dari Allah S.W.T,, sama-samalah membangunkan masyarakat kepada islam...


"Pujuk Najib bukan saya!"

"Pujuk Najib bukan saya!"
Pemuda Gerakan keluar parti kerana kecewa dengan Koh

Lim Hong Siang | Nov 27, 2011 02:01:38 pm

"Semasa Hari Malaysia, Najib memberi harapan kepada negara ini, dengan ucapannya untuk menjanjikan pemansuhan ISA, memberi lebih kebebasan...dan sebagainya. Tetapi terkini Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, kelihatan lebih draconian berbanding dahulu. Jadi, apa yang dikatakan Najib? Dan mengapa Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) berdiam dalam hal ini?"

"Untuk Gerakan, seandainya ia menganggap ini adalah sesuatu yang salah, dia seharusnya bercakap sesuatu. Tetapi ia masih diam. Hanya apabila saya menyerah perletakan jawatan saya, baru beliau (Koh Tsu Koon) cuba untuk memanggil saya, memujuk saya untuk tidak tinggalkan (parti)."

"Ini cara yang salah! Beliau tidak seharusnya memujuk saya, beliau seharusnya memujuk Najib. Ubah pandangan dia (Najib)! Beliau (Koh Tsu Koon) mencari orang yang salah, saya bukan siapa dalam Gerakan. Beliau harus beritahu Najib, bukan saya... Keutamaannya salah!"

Demikianlah kekecewaan yang diluahkan kepadaMerdekaReview, oleh Delren Terrence Douglas (gambar kanan), seorang pemuda Gerakan yang mengambil keputusan untuk keluar parti dari Gerakan. Beliau memegang jawatan Ketua Pemuda Cawangan Ijok, Ketua Pemuda Bahagian Kuala Selangor, Ketua Informasi Pemuda Negeri Selangor sebelum meninggalkan parti.

Dalam satu wawancara eksklusif denganMerdekaReview, Delren berkata notis letak jawatan telah dihantar kepada pimpinan tempatan kelmarin, dan melalui sms kepada Kohilan, Tan Lian Hoe dan Koh Tsu Koon, pagi tadi. Beliau menunjukkan panggilan Koh Tsu Koon yang tidak dijawab olehnya, pagi tadi.

Ketika ditanya faktor yang mendorong beliau keluar parti, Delren berkata, "Gerakan masih merupakan anak tiri kepada UMNO. Masa dia masuk dalam Barisan Nasional dulu, dia setaraf dengan UMNO. Apa pendapat dia, UMNO boleh terima. Masa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, zaman dulu... Tapi sekarang, Gerakan seolah-olah macam anak tiri."

Beliau tidak berpuas hati apabila pimpinan atasan Gerakan berdiam diri dalam skandal yang terdedah, termasuk skandal National Feedlot Centre yang melibatkan Shahrizat Jalil, Menteri Ketua Wanita UMNO baru-baru ini. Beliau berkata, peringatan demi peringatan diketengahkan, malah dalam Mesyuarat Agung Gerakan baru-baru ini, beliau antara pembahas yang melontarkan ketidakpuasannya, malah berkata Gerakan mesti bertukar (berubah).

Meskipun fenomena ini telah berlaku sejak lama lagi, tetapi beliau masih memilih untuk memberi peluang kepada Koh Tsu Koon. "Tapi nampaknya, dia (Koh Tsu Koon) tukar, dia kata dia tak akan bertanding dalam pilihan raya saja. Dia tak kata dia nak letak jawatan. Dia tak kata apa dia nak lakukan," beliau menyatakan kekecewaannya terhadap Koh Tsu Koon dan pimpinan atasan dalam Gerakan.

Ketika dilontarkan andaian Koh Tsu Koon berundur, apakah beliau akan kembali yakin kepada Gerakan, "Kena tengok arah mereka (pimpinan baru) nak pergi."

Delren hadir dalam Kongres Nasional Tahunan Keadilan yang berlangsung semalam dan hari ini, di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Beliau menerima temuramah MerdekaReview di sini, tadi. Ketika ditanya mengapa PKR dipilih, beliau berkata ideologi perjuangan PKR hampir sama kepada Gerakan, dengan komposisi anggota yang berbilang kaum.

Ketika ditanya apakah suasana Kongres Nasional PKR berbeza dengan Mesyuarat Agung Gerakan, "Lebih kurang sama," jawab Delren.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.


Sumber : merdekareview.



Zambry a/l Kadiaq dah siap sedia untuk PRU13

Ha ha ha... Hangpa pakat-pakat baca berita terkini di bawah....


TERKINI

Senarai calon BN Perak pada PRU-13 siap – Zambry

27/11/2011 3:43am

LUMUT 27 Nov. – Senarai calon dan pembahagian kerusi Barisan Nasional (BN) Perak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 telah siap, kata Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

”...semua calon telah ditetapkan termasuk siapa yang bakal diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang,” katanya kepada pemberita di Sitiawan dekat sini hari ini.

Kawasan DUN Pasir Panjang, yang 80 peratus pengundinya adalah Melayu, diwakili Datuk Seri Mohamad Nizar dari parti Pas.

Zambry berkata, senarai calon itu akan diumumkan apabila tiba masanya. – Bernama


Nampaknya entry yang aku siarkan dr-azizah-calon-umno-pru13-dun-pasir. dah hampir nak tepat dah, dengan ini kemungkinan besar DUN Pasir Panjang UMNO akan mengambil kerusi tersebut dari quota MIC untuk menentang Nizar....

Sedikit kehairanan, kenapa Negeri Perak sahaja yang UMNO terkedepan dalam hal-hal isu PRU13 ni berbanding dengan 13 negeri lain ...

Apa yang aku dapat tahu, Zambry membuat persiapan awal ini sewaktu beliau berada di Mekah itu hari,, itu pasal dia pergi Mekah sekapal dengan Najib, bukan saja-saja suka nak pergi sama rombongan dengan Najib, maka persediaan senarai calon BN Perak teah selesai...

Selain dari itu mungkin ini juga sebagai hadiah dari Najib buat Zambry yang sanggup mengambil tempat MB yang begitu panas dalam sejarah krisis politik negara di Malaysia... kerana selepas ni sepadan dengan kelayakan Zambry yang memiliki kelayakan Phd, beliau akan menjawat Menteri Pusat iaitu Menteri Pendidikan Tinggi menggantikan Dato Khaled Nordin yang akan dijadikan MB Johor....

Siapa yang bakal menjawat MB Perak pula selepas Zambry kalau BN UMNO menang... mangkok PuDJW2jPzCA agaknya kut.....



DS haji Najib dah mula politikan Harimau Muda untuk UMNO..

Dia dah mula dah,,, dah mula jual minyak urat kata Aziz Sattar dalam cerita Bujang Lapok..




Dah tak ada petunjuk lain lagi dah..... hanya yang ini dia dok nampak baca di sini

Ambiklah contoh apa pun... dah nak karam dah,,,,,

Tunggu dan sama-sama kita berdoa agar UMNO ni hilang dan terus pupus di muka bumi Malaysia ini....Amiin...



Saturday, November 26, 2011

Sikap kurang ajar Doraemon UMNO - Video

Lu orang tengok sendiri ucapan seorang yang menyandang pengerusi organisai besar orang melayu... Bull shit betoi..


siapa dia ni... ada cerita nostalgia antara Najib dengan dia dan juga Z**** Z***.... akibatnya seorang Pegawai Tadbir Agama kena letak jawatan..

Akibat membalas budi menang PRK Bagan Pinang dapat dapat jadi Pengerusi Felda,, aku tak hairan kalau lepas PRU13 ni, kalau UMNO masih menang mangkok ni ambik balik jawatan MB Negeri Sembilan...
.

Vincent Lee - Orang Cina kena sokong PAS dan hukum hudud (Video)

Alhamdulillah, buat pembaca-pembaca blog manjung mari yang masih dok menebal dalam pemikiran UMNO dulu kini dan selama-lamanya patut rasa malu dengan seorang hamba Allah yang berbangsa Cina dan berugama Kristian...



Jabatan Kebajikan Masyarakat menganiaya 15 orang ibu tunggal..

Wooiii, isu lembu NFC belum selesai, tau-tau timbul pulak isu ibu tunggal, apa cerita ni...


Ni semua masaalah menteri yang sibuk dengan lembu tak sempat nak jaga kaum ibu tunggal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat sengaja nak buat sepoil....

Cuma timbull banyak kemuskilan yang terbayang dikepala,,, hebat pemuda UMNO WP ni, ibu-ibu tunggal keturunan India pun dah percaya kat depa,, kenapa ya.. MIC dah tak berfungsi lagi ka,,, atau pun Pemuda UMNO for all....

Tetapi bila aku dok semak-semak cerita-cerita lama terjumpa disini yang kaitan dalam gambar tu.... prokhairun. Macam-macam ada dalam UMNO.... Yang jadi mangsa rakyat bawahan macam aku ni....mampuih UMNO...



Menteri UMNO lantikan Najib tak faham tafsiran Bahasa Inggeris

Bila aku tulis cerita ni tentu hangpa dok kata aku ni tak ada kerja lain, asyik dok mengumpat,, seolah-olah aku ni sahaja yang betui,,

Tetapi nak buat macam mana, aku kena tulis juga, sebab aku meluat sangat dengan burok kelaku perangai pemimpin UMNO,, lantak pi kat hangpa nak kata aku apa sekali pun, syarat utama jangan dok kata aku pencacai UMNO,, minta perlindungan dari Allah Subhanahuwataala...

Aku terbaca satu kisah,, seorang menteri yang Najib sendiri lantik selepas reshuffle cabinet satu ketika dulu,,, Kalau menteri ni macam Zainuddin Mydin yang kena temuramah oleh TV AlJazerra tu lainlah,,, kita pun tak kisah sangat,, sebab backgroundnya sebelum menteri hanya wartawan...

Tetapi menteri ni bukan calang-calang orang sebelum dilantik jadi menteri,,, aku malas nak tulis siapa menteri ni, memang aku dok meluat lama dah kat dia ni,,, malah aku nak buboh nama dia kat sini.. hangpa pi klik tafsiran-oral-sex-seorang-menteri/



Mungkin hadis diatas ni yang sepatutnya ditanya kat menteri tu,, baru kena dengan tempatnya,, wartawan MT tu pun,, silap orang dia pi tanya kat dia......



Selamat Pengantin Baru buat Dr Mastura dgn Dr Mohd Izham.

Setiap kali musim cuti sekolah, maka dengan secara tidak langsung musim kenduri nikah kahwin pun bermula....

Hari ini aku dapat 3 jemputan, 1 jemputan didalam daerah Manjung manakala 2 lagi di Changkat Iboi dan Jalan Gula Simpang Ampat Semanggol... Hanya satu di Manjung sahaja yang aku mampu nak hadirkan diri, dua lagi tu aku tak mampu dah nak pergi,...



Yang manisnya majlis yang aku pergi Doktor dari hospital daerah Manjung yang berkahwin,, Dr Mastura binti Hj Shamsuddin, beliau adalah salah seorang Dr yang merawat aku pada hari aku kemalangan jalan raya 5 Mei yang lalu... selama 2 minggu aku terlantar dalam wad, bermacam reaksi dan kerenah pesakit dalam wad 7 menjadi kenangan... dan Dr Mastura selama 2 minggu itu tak jemu-jemu ia menjalankan tugasnya menjaga masaalah aku...

Sehingga bila setiap kali aku membuat rawatan susulan, jika aku bertemu dengan beliau, walaupun dah beberapa bulan berlalu, muka aku beliau masih ingati....




Yang kelakarnya suaminya Dr Mohammad Izham ni aku tak kenal sebelum ini, nak jadi cerita sesuatu petang, semasa sebelum cuti Depavali yang lepas, kalau tak salah,,, datang jiran hadapan rumah aku bertanyakan rumah sebelah rumah aku hendak disewa atau tidak,,, bersama jiran aku tu Dr Izham , aku tak kenal,, jiran aku ni kenalkan,, yang Dr Izham ni yang nak cari rumah,,,

Melihat ke susuk badan Dr Izham ni kecil orangnya,, aku dok sangka bujang teruna lagi,, oleh kerana rumah sebelah rumah aku tu nak dijual,, bukan nak disewa,, aku cadangkan buat sementara waktu cari saja bilik-bilik rumah kedai, banyak yang nak disewa,, sahut jiran aku , Dr Izham ni dah berkahwin,,, tu yang dok nak cari rumah sewa.... tak terkata apa-apa aku,, silap orang nampaknya....

Hari ini bila aku sampai kat dewan makan,,, bersalam aku dengan bapa Dr Mastura, Haji Shamsuddin, beliau pun menunjukkan rupa menantunya kat aku,,, mak aiii... terkejut aku,,, terus aku bagi tau,, yang menantunya itu sebelum ini pi cari rumah sewa kat aku...

Tahniah buat Dr Mastura, dapat suami yang cukup bertanggungjawab, belum apa-apa lagi dah buat persediaan awal mencari rumah, sayang.. kalau tidak boleh berjiran dengan aku....



DS Haji Haji Zambry berbohong dalam sidang DUN Perak..

Bila aku baca kisah jawapan MB (Methalic Black) DS Haji haji Zambry seperti yang dilaporkan dalam laman Perak today timbul rasa keraguan yang musabah.

Hangpa boleh baca sendiri kat wp/?p=37329




Zambry boleh bagi jawapan yang nak memperbodohkan rakyat, bas yang Najib dgn Rosmah dengan mengatakan "

Zambry pagi ini menyatakan bahawa ‘Bas VIP’ itu bukanlah dibeli atau disediakan khas bagi menyambut kedatangan PM dan isteri ke Perak.

Sebaliknya bas itu telah lama wujud dengan segala jenis kemudahan, malah ia juga berusia hampir 15 tahun dan bukanlah kenderaan baru.


Bas tu dah lama wujud,, bas hak siapa punya,, kerajaan negeri punya,,, mana mungkin,, itu pasal Nizar timbulkan...

Kemudian bas tu dah berusia hampir 15 tahun,,,, biar betul... bas sebegitu nak bagi PM naik.... aku tak tau nak kata bab bas ni,, sebab aku tak tengok sendiri,, tapi kalau tengok ke kerusi sette dalam bas yang Najib, rosma, zambri dgn bininya duduk tu pun aku dah boleh bayangkan,,, itu set yang baru,, model baru,, bukan model 15 tahun yang lampau.....

Jenis UMNO plus mamak ni kalau tak membohong memang tak sah....


Cuma yang betul dalam gambar tu gambar Zambry,.... memang tepat dan padan bila YB Nga Khor Meng mengatakan Zambry dot,dot,dot. baca sendiri di p=37368



Mari kita kenal muka-muka ahli Syurga Blogger/FB UMNO...

Selama ini kita hanya mengenali nama-nama mereke di laman-laman blog pencacai UMNO,, sekarang kita boleh mengenali rupa wajah mereka

Klik pada imej untuk wajah lebih jelas

Selama ini wajah yang aku dok pernah nampak ialah Papa Gomo , tetapi kali ini banyak yang aku kenali, semuanya warak-warak belaka seperti suara dari bumi, jas salleh, pas beruk, padi jantan dan azmy awang kelana jaya,,, semua mereka ni sentiasa menghentam dalam Facebook... kecuali afiq Kl tower yang aku jarang terbaca namanya....

Moga-moga muka-muka ini dapat hidayah dan diberi petunjuk oleh Allah S.W.T...

Friday, November 25, 2011

Majlis Resepsi Kahwin RM15 juta - Siapa pemimpin UMNO tu..

Merujuk Metro Ahad 20 Nov 2011...

Dia berkenalan dengan suaminya pada 2006 yang mana ketika membuat satu persembahan amal...

Dia lelaki yang baik dan sangat menjaga solat, Kami selalu bersolat jemaah dan mengaji bersama-sama... Saya sangat bahagia....


Sebagai tanda kasih, suaminya menghadiahkan banglo bernilai RM5juta, kereta Audi R8 berharga RM800 ribu, wang hantaran RM111,111 dan mas kahwin RM10000, telefon bimbit dan banyak lagi.......

Siapakah manusia yang menjadi suaminya itu... suaminya tak mahu dikenali,,, rujuk gambarsyella-kamaruddin-dan-suaminya

syella kamaruddin dan suami

Tetapi di zaman IT serba canggih ni tak payahlah,,, kalau dah terpampang gambar tu, tutup sebelah kanan, sebelah kiri lopong juga,,, nak sorok kut mana,,, terjumpa juga di cerita-meletop-memang-meletop...


he he bukan pemimpin UMNO.... rupa-rupanya dia nilah yang dok jadi penyelamat pemimpin UMNO... padanlah duit banyat juta-juta, million-million..





Thursday, November 24, 2011

污奸盗-大马超级禁片 (BM subtitles) 18 sx... Malam Jumaat beb.....

Nasib baik ada subtitle Bm,,, boleh lah faham apa ceritanya....



Lihat - Bukti UMNO kebulor dan subahat dengan Yahudi

Kita semua tahu, minuman Coca-cola selain dari merbahaya dari aspek kesihatan, minuman ini juga adalah hak pengeluaran syarikat Yahudi....


Namun duit punya pasal, UMNO dah tak peduli Yahudi punya atau sesiapa punya sekali pun,, yang penting duit... PWTC jadi taruhannya...

DS Dr Haji Zambry & UMNO iktiraf artis rampas suami....

Memanglah jodoh, ajal, pertemuan semua tu ditangan Allah, tetapi kalau sang suami tu yang tak menggatal, tak boleh tengok dahi lichin, tembam dan gebu, masakan perkara sebegini boleh berlaku.....



Yang paling celaka,,, UMNO Perak dibawah naungan Zambry a/l Kadiaq seolah-olah merestui apa yang berlaku,,,, mereka tak fikir dengan perkahwinan tersebut telah berlaku juga perceraian.... apa faedahnya,,, tolak pi kut mana mana yang untung Bung jugalah,, dapat yang baru, yang gebu...,, UMNO Perak bagi sokongan,,, agak-agak lepas ni Zambry a/l Kadiaq pun nak ikut serta gamaknya,,, Taipingmali pun boleh juga.....


Wednesday, November 23, 2011

Kapten HARIMAU MALAYA dikatakan berketurunan BATAK..




Memang jenis perangai Melayu Serumpun,,, tak kira melayu Malaysia atau melayu Indonesia,, sama aja perangai,,, tak boleh menerima kekalahan dalam sesuatu perkara....

klik pada imej

Baca sepenuhnya di kapten-timnas-malaysia-orang-batak


Melayu Indon tak puas hati kekalahan bolasepak buat cerita baru pulak,, sama seperti Melayu UMNO di Malaysia, tak boleh menerima kekalahan negeri-negeri yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat...





Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari