boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, January 18, 2012

Ehem,,ehem.........?!!




POLITIK

Dialog UMNO, Pas perlu fokus masa depan negara

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Dialog antara Pas dan UMNO yang pernah cuba dianjurkan beberapa pihak sebelum ini perlu memfokuskan kepada masa depan negara yang lebih baik dan bukannya penyatuan antara kedua-dua parti.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, dialog itu tidak terhad kepada parti berkenaan sahaja tetapi seharusnya melibatkan parti-parti lain termasuk parti pembangkang.

Beliau menegaskan, dialog itu akan diadakan bila tiba masanya namun tidak menolak terdapat golongan minoriti dalam Pas yang bimbang akan dialog tersebut.

''Golongan ini perlu diberi kefahaman bahawa dialog ini hanyalah untuk perbincangan mengenai masa depan negara dan tidak pernah ada agenda dalam Pas untuk menyatukan kedua-dua parti tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan bertajuk Between Moderation and Extremism: Challenges and Responses yang turut disertai bekas Naib Menteri Luar Jepun, Hajime Ogawa manakala perantaranya ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sebelum itu dalam ucapannya Nasharuddin menyokong penubuhan Institut Wasatiyah yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Menurutnya, penubuhan institut itu sejajar dengan konsep kesederhanaan yang diamalkan oleh umat Islam di rantau ini dan ia sewajarnya dijadikan contoh.

''Melalui penubuhan institut itu juga perkembangan dan pembangunan Islam di rantau ini dapat diberi fokus utama," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, rakyat Malaysia tidak akan menjadikan kebangkitan rakyat di Mesir sebagai contoh dalam menuntut perubahan di negara ini.

''Memang rakyat di negara ini mahu perubahan namun dalam menuntut perubahan itu saya yakin rakyat akan menolak unsur-unsur yang boleh menimbulkan ketidakselesaan dan mengancam kehidupan mereka," katanya.

Malah menurut Nasharuddin, taraf kehidupan rakyat di negara ini yang lebih baik berbanding rakyat Mesir merupakan faktor utama kebangkitan di Mesir tidak diterima oleh rakyat negara ini

4 comments:

  1. salam.. ehem..eham..lain kali jgn buat senyap2 dalam gelap..kalo betul2, buat pa nk berjumpa dalam gelap, lepas tu menafikan. last2 jadi bahana pd parti shj.

    tolak tepi pasal pertemuan tu,nk ckp pn xguna lg.. semua pn da tau. skrg en Nasa kena bg pandangan mengenai hasan ali dan tindak tanduknya menyerang PAS. ramai pemimpin da bg komen mempertahankn parti , en nasa mcm blm kedengaran lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa bila merujuk Nasharuddin Mat Isa mesti diletakkan bersama Bekas Timbalan Presiden? Tak bolehkah diletakkan jawatannya terkini sebagai AJK PAS Pusat (walaupun tak pernah datang mesyuarat)?

      Bukan apa bimbang keluar gelaran baru yang tak sedap didengar.

      Delete
  2. Kpd Ust. Nasa lebih baik kau masuk umno terus macam nakaie lagi senang, habuan pun dapat....................

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari