boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, May 31, 2012

Menteri sibuk projek lembu NFC - 1,758 bekas penghuni rumah kebajikan hidup merempat..

Bagi aku perkara sungguh menyedihkan,, terbayang kalau diri aku sendiri berada ditempatnya..... 




Cerita selanjutnya boleh baca di bekas-penghuni-rumah-kebajikan-hidup-merempat


Mana menteri kebajikan masyarakat.... asyik dok kira lembu berapa ekoq hidup dalam kondo..sekarang menteri tersebut dah bersara... ia boleh lepas tangan...... 


Kalau rasa tak puas hati lagi, dengar pengakuan dari saudara (mangsa) anak pungut yang diberikan kepada keluarga Cina lalu ditukar agama dan nama kepada nama Cina.... masyaallah.. Ini yang berlaku dalam negara kita..... 




Apa ni.....Inikah UMNO yang mengaku pembela bangsa, agama dan negara.... 









Gambar ini mungkin ada kaitan dengan ucapan Nizar? Mengenai Najib pergunakan tentera..

Sebelum kecoh isu plet kereta www 1, Nizar pernah berceramah isu Najib panggil pegawai kanan ATM, perkara ini telah menjadi kecoh.... 


Sekarang cuba kita-kita sama-sama renungi gambar ni....  

Sumber gambar : http://www.facebook.com/photo.

Kesian askar-askar darat (Tentera Darat Malaysia)... dalam service disuruh buat kerja sebegini,,dah pencen dok pi tonggeng bontot.....


Rakyat bukan pengganas bro....  










Terkini..Blogger tersohor Pakatan Rakyat bakal menyertai UMNO.

Kisah silam 2 tahun berlalu,,,, heboh satu negara Malaysia..... kisah blogger hina.......
Pada awal tahun yang lalu, aku ke Kota Bharu,, sempat bertemu dengan blogger ni, beliau menceritakan kepada ku, dan beliau tidak sesekali akan mengaku bersalah, walaupun jumlah dendanya beliau mampu bayar..beliau lebih rela meringkok dalam penjara,,, persediaan telah pun di buat..... sebabnya beliau malu kepada anaknya sendiri mempunyai seorang ayah yang mengaku bersalah......
Alhamdulillah ...Kini kisahnya telah pun selesai.... 




Dan nampaknya ahi UMNO bakal bertambah...... bergembiralah PAPAOMO dan geng-gengnya...... 



Semoga berjaya dalam UMNO...








Kantoi.. Blogger UMNO Lumut silap tembak plet no kereta TGNA..

Tiga minggu lepas, ptg Ahad, sewktu perhimpunan deontrasi sampah di pada Astaka Stiawan, aku telah di sapa oleh seorang anak muda, berkaca mata hitam dan bertopi,, aku ingat SB,, tak sempat aku nak bertanya, ia memperkenalkan dirinya, Abdul Rashid Mohd Zambri, seorang blogger dan facebooker dalam Rakan FB Parlimen Lumut,, 


Sempat bercerita lebih kurang, biasalah bertekak dalam alam internet, bila berjumpa kat luar keharmonian persaudaraan sesama umat masih terjalin... 

Bila dia dah add dalam facebook aku, semalam apa yang dia tulis dalam wall FBnya, terpapar dlm facebook aku,, 




Aku  nak jawab balik,, aku tak ada maklumat, hanyalah diam,, berlapang dada,, dan pagi ini, apa yang ada gambar semalam, keluar balik,,, Sendiri pakat-pakat baca...... 



Apa yang berlaku diatas cetusan rasa DS IR Nizar, aku sebagai rakyat marhaein menyokong 100%, ,nak harap Majlis Fatwa nak bersuara dalam isu ni,,, pundeklah....  malah pimpinan PAS yang lain-lain pun mengapa diam,,, sepatutnya apa IR Nizar hadapi, pakat-pakat bantulah, masing-masing diam tak tekata,, Hang tepis sendirilah Nizar....... 

Nasib baik ada lagi, hamba Allah yang sebelum ini dituduh dengan gelaran Wahabi dan sebagainya berani menyuarakan pendapatnya....   





Aku nak tengok,, apa komen gerombolan melayu,,, terutama Ibrahim Ali alkataki,, berani ka nak suruh Raja Perlis tarik balik pingat Dato Dr Asri... 




Wednesday, May 30, 2012

Panas - Blogger UMNO pertikai KSN minta sambung jawatan..

 Dah sedap dapat gaji paling tertinggi di sektor awam, sanggup menyembah Najib nak sambung jawatan masuk tahun ke 4... 

Nampaknya timbalan-timbalannya pencen dululah, simangkok ni masih dok syok dengan jawatan KSN..... 


Diatas kesilapan dalam isu SBPA yang memalukan Najib dan terpaksa membatalkannya membuat blogger UMNO hangin dengan beliau,,, 

Bagi aku, sesiapa pun kalau dah bekerja dengan UMNO kalau tak kuat iman.... maka beginilah jadinya... 

Sumber berita boleh baca di jangan-terkejut-sekiranya-protes.





Lihat dan dengar sendiri - SAH Zambry a/l Kadiaq PEMBOHONG BERSIRI?

Pakat-pakat pasang telinga,, apa yang Zambry ucapkan dalam video ini, dan lihat apa yang dia lakukan... gambar tak pandai menipu.....







Bekas Ketua Pemuda UMNO Selangor/ADUN Dengkil terlibat urus jua beli tanah Sosilawati

Padanlah Khairy Jamaluddin memecat mangkok ni dari jadi Ketua Pemuda UMNO Selangor tahun lepas,,, 



 rupa-rupanya dia ni ada hubungkait jual beli tanah yang mengakibatkan kematian Jutawan Sosilawati... selain dia ada seorang lagi...

Abdul Rahman Palil,, ADUN Sementa..., mangkok ni banyak kes lain lagi,, patutla Najib dok cadang nak digantikan dengan Pengerusi NGO GAPS Hamidzun Khairudin,, rupa-rupanya semua ada cerita lama... ho ho.. 

Nampaknya kees dua orang ni dengan pembantu mereka, Pakatan Rakyat tak payah nak bongkarkan,, kasi lawyer-lawyer dalam mahkamah tolong ceritakan,, mana mau lari.... 







PANAS! Misteri Kehilangan RM30 Bilion Bank Negara Malaysia Bakal Terbongkar!

Bala-bala atau pesaka peninggalan Mahathir yang membuat Najib semakin lemah... kata Dr Mahathir... 


Penang Institute akan menganjurkan Forum mengenai misteri kehilangan RM30 bilion membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1992 yang dikaitkan dengan spekulasi tukaran matawang pula pada 2 Jun depan bermula jam 2.30 petang di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang.

Inisiatif itu selepas kejayaan menganjurkan forum ilmiah mengenai skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) berjumlah RM12.6 bilion baru-baru ini yang turut diadakan di bandar pintar tersebut.

Zairil Khir Johari selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) institusi itu berkata, skandal forex atau tukaran mata wang asing yang pernah meledak lanskap politik tanah air sejak dekad 1990-an tersebut wajar dinilai semula secara wacana memandangkan tiada satu penjelasan atau langkah penguatkuasaan diambil oleh pihak berwajib sebelum ini.

"(Lebih) 20 tahun berlalu tanpa penjelasan, akauntabiliti dan tidak ada tindakan yang diambil ke atas kerugian besar yang dialami oleh Bank Negara dari kontroversi spekulator mata wang sehingga lah spekulasi tukaran matawang ini.

"Kerajaan (pusat) bertindak balas (terhadap desakan pihak pembangkang) dengan menolak skandal itu sebagai 'kerugian atas kertas' semata-mata yang datang daripada 'keuntungan yang dibuat dalam urusan tukaran mata wang asing pada tahun-tahun sebelumnya'.

"Kerajaan (pusat) masih kekal senyap dan panggilan untuk sebuah suruhanjaya diraja siasatan tidak diendahkan langsung," ujarnya kepada PenangInsight.com.

Justeru katanya, wacana pada hari berkenaan menumpu pada tajuk: Skandal Tukaran Matawang Bank Negara: Apabila Kerajaan Menjadi Spekulator akan cuba mencungkil kebenaran, mendidik orang ramai serta mengetengahkan keperluan integriti, akauntabiliti dan ketelusan (CAT) terutamanya yang membabitkan wang awam.

Forum kontroversi itu akan menampilkan bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun, Anwar Ibrahim yang kini merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sebagai panelis utama.

Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut dijadualkan berkongsi pendapat dalam forum ilmiah tersebut.

Zairil berkata, pihaknya turut menjemput Nor Mohamed Yakcop sebagai panel memandangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu dikatakan memainkan peranan penting di sebalik pentadbiran Bank Negara semasa didedah terbabit dalam aktiviti forex sebelum ini.

"Adalah diharapkan bahawa dia akan menerima tawaran dalam semangat demokrasi," ujar beliau yang juga Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Wacana awam secara konsistan anjuran Penang Institute dengan galakan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dijangka akan menyemarakkan lagi budaya integriti dalam kalangan rakyat di negeri berkenaan.




Tuesday, May 29, 2012

Ini dia bakal-bakal Calon MB Johor selepas PRU13...

Seperti yang di perkatakan, jika Pakatan Rakyat dapat menawan kubu UMNO iaitu negeri Johor, setelah persetujuan dibuat calon yang sesuai dilantik mengetuai negeri Johor adalah sauda YB Salahuddin Ayob.. Insyaallah. 



Jika UMNO masih menggunakan tipu daya, bantuan  pertolongan dari SPR, pengundi hantu, Bangla yang diberi mykad, dan UMNO BN mendapat kemenangan majoriti pada PRU 13 nanti, 

Maka calon yang sesuai dari UMNO mengikut kehendak aspirasi rakyat, untuk mengisi program kerohanian  golongan generasi muda, bertepatan pula dengan ketua agama negeri yang berminat dengan kebangganan atau kebesaran maka elok sangat aku rasa .......

si dia ni di calonkan jadi Menteri Besar Johor.... 



sila scroll ke bawah....  



sila scroll ke bawah.... 



sila scroll ke bawah.... 



sila scroll ke bawah.... 



sila scroll ke bawah.... 








ROCK Bro............. 









Artis Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza menyertai UMNO



Perkembangan terkini dalam politik negara Malaysia dan satu suntikan semangat buat UMNO untuk mengiringinya ke lubang kubur...


Sertai UMNO


alt

Moga-moga lepas ini program pengisian rohani dalam UMNO akan dapat berjalan dengan bertambah lancar... 






SELAMAT TINGGAL UMNO..dari Perak menular ke Selangor....

Penyakit barah yang menular dalam UMNO sebelum ini berlaku di negeri Perak dah mula merebak di negeri Selangor pula,, Insyaallah, ini semua akan membantutkan usaha Najib Bapa Haramjadah dan menawan Selangor....












Malaysia Boleh - Peninju Negara pun kena belasah..

Malaysia boleh,,, serba serbi boleh,, ada raja sanggup mencemar duli kerana kerana nak berebut plet kereta, sanggup mengeluarkan wang ratusan ribu untuk memenangi bidaan, 


Rakyat jelata pulak,,, seorang peninju negara, pemenang pingat emas sukan sea boleh jadi trauma kena belasah... apa punya cerita..baca DI SINI

Macam-macam ada.... hebat Malaysia... UMNO pelingkup negara... 







Senarai Calon Winable Candidade UMNO Selangor....

Disebabkan terlalu ghairah nak merampas kembali negeri Selangor, Najib sanggup melupakan otai-otai UMNO Selangor dengan mencadangkan muka-muka baru.....depa

Senator Mat Ezam, yang juga penasihat TIBAI,, perancang utama konspirasi China Doll dan isu sek terhadap DSAI,, mendapat habuan paling besar,,, dengan jawatan MB Selangor jika UMNO berjaya merampas Selangor. Ezam akan betanding di DUN Seri Muda, menentang Suhaimi Shafie... 


Hamidzun Khairudin, Pengerusi GAPS, bertanding di DUN Sementa.... 

Dr Maamor, Pengerusi PPIM di Ampang....


Pakar Motivasi Dr Fazilah Kamsah di Bukit Antarabangsa menentang Azmin,,,,  

Pengerusi JATI, Hassan Ali, calon ranjau kamikaze bertanding di Parlimen Gombak, pun lawan dengan Azmin, 


Seorang lagi calon ranjau kamikaze bertanding di Shah Alam, lawan Khalis Samad... 



Calon Tertinggal, kesian,, penat berjuang dari Zaman Mahathir sehingga sekarang,,, kenapa Najib tak ambil peduli,,, tak layak....he he,,, layak untuk tolong cuci @#$%^ Rosmah pun jadilah....







Monday, May 28, 2012

Terkini - PRU Ke13 akan diadakan pada bulan September 2012?.



Ramalan demi ramalan, namun mash belum jadi kenyataan,, laporan terkini yang aku terima Najib, Muhyiddin dan Tengku Adnan mai berkampong kat Pangkor Laut sejak hari Jumaat lalu sehingga hari, kononnya untuk membuat pilihan terakhir siapa calon-calon BN yang bakal dikemukan kepada rakyat.. 


Apakah dengan perkembangan cerita diatas PRU13 dikatakan bakal diadakan pada September ini..klik  bn-jangkakan-pru-september-ini-mula-menggerakkan-jentera-pilihan-raya/ 


Aku tak tau nak kata, bila Najib nak bubar Parlimen jika PRU13 akan diadakan pada September ini, beerti pertengahan bulan Julai, sedangkan 21 Julai umat Islam dah mula berpuasa, sanggupkah UMNO nak berkempen dengan maki hamun dalam bulan puasa... 


Kemudian dalam bulan September juga peperiksaan disekolah-sekolah dah bermula, 11-13 September UPSR, tak sampai sebulan selepas tu PMR pulak, sebabnya dalam 4 buah negeri yang PR perintah, dimana UMNO nak cari tempat untuk buat pertemuan dengan rakyat,,, mereka hanya ada bangunan sekolah sahaja... nak guna dewan orang ramai... sorry la... Masjid... nak kena perambat.... nak buat kat hotel-hotel mungkin boleh lah.... 


Kita kena kena ingat,, UMNO di 4 buah negeri Pakatan akan menempuhi seperti mana PAS sudah alami sejak lebih 50 tahun dahulu... 


Kalau PRK pun UMNO dah kelam kabut jika berlaku di negeri-negeri  PR inikan pula, PRU yang dijangkakan sengit dalm sejarah.... Dan jangan terkejut, kalau sebelum ini hanya polis yang dikerah mengawal keselamatan ketika PRU, namun kali ini mungkin askar-askar dari Tentera Darat pun dikerah sekali... dan secara tak langsung timbul ketakutan kepada rakyat untuk mengundi...


Kenapa Najib menangguh untuk membubarkan parlimen yang sebelum ini hangat diperkatan selepas perhimpinan UMNO ke 66 yang lepas.. Lihat video ni....




ada yang kata sebab BERSIH 3.0,, betui ka... atau pun .....? 


Najib hanya boleh bubar jika dapat perkenan Yang diPertuan Agung..Apakah ke bawah duli sedia memperkenankan pembubaran perlimen itu?...


Atau pun lagi satu persepsi,, Najib dah dapat tahu, BN akan kalah,, dari pada awal-awal hilang kuasa, lebih baik tunggu hingga ke akhir bulan March 2013,,, nasib baik mana tahu ada peluang boleh menang, sambil tu dapat megaut segala hasil mahsul negara ke kocek sendiri... . 



Macam mabuk syabu rupa seorang menteri UMNO...

Kalau dah perangai dari zaman muda rupa ini ,, faham-faham ajalah,,, 


Sampai ketua dah nak mampos masih tak berubah.... 

Agak-agak kalau ada akal yang waras,, mau jadi kelakuan rupa itu..... tak ubah macam rupa beruk, terkinja-kinja..

Itu pun ada hati sibuk nak muzakarah dengan PAS menteri sekoq ni....
.. ini yang depa dok kata pengisian rohani untuk belia..... 

Lingkup punah ranah habis belia main dengan UMNO....




Sunday, May 27, 2012

Apa ni, Muka Zambry lebih putih dari muka Najib...

Sebelum aku menulis artikel tiada-tertinggal-tiada-terpinggirjanji. aku telah dimaklumkan oleh seorang otai UMNO yang yang mengatakan ada satu billboard 4T(bukan minyak enjin),  yang muka Zamry lebih putih dari muka Najib,,, ajaibkan... 

Bila aku nak dok cari dalam google tak dapat,, sehinggalah pagi tadi sorang sahabat Facebooker Hadie Manchester telah add kan gambar tersebut.... Terima kasih bro.....  

Double klik pada imej untuk gambar lebih jelas...



Bukanlah niat aku nak menghina pulak,,aku pun hitam juga...., terimalah dengan seadanya apa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.. 

Apakah sikap sedemikian satu dari budaya UMNO juga ?.....


Fuiyo...Ini baru Pure (Original) 100%.... UMNO..

Rasa-rasanya kedua-dua penganti, waris-waris mereka, kalau tersepak tunggoi kayu, berdarah kaki, sahih darah yang keluar meleleh berwarna biru pekat......, 



Sumber gambar : facebook.com/photo.  



Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari