boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, May 11, 2013

Ajak berdebat penakut, saman berani pulak..

Wakaka... Ketua Wanita Umno rasanya terdetik dihati,, padan muka, hang kata hang teror, kantoi juga., kita serupa tewas kat budak hingusan.. ..


Shahrizat tewas, sempat juga jadi menteri, boleh projek lembu 250 juta, bekas menteri ni,, dah kalah.. bo leyau la..




Masa jadi menteri diajak berdebat tak berani,,, takut demam,


Bila dah kalah PRU 13, baru timbul berani,, tu pun melalui peguam lah agaknya...

Nong Chik pertimbang saman Nurul Izzah

pada 11-05-2013 12:05 



Post Pic

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Penyelaras BN Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Nurul Izzah Anwar.
Menurut Nong Chik ini berikutan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau oleh Naib Presiden PKR itu sepanjang kempen pilihan raya umum minggu lalu.
Beliau menyifatkan pembangkang berkempen secara tidak bersih dengan melemparkan fitnah walaupun bukti dan fakta dikemukakan untuk menangkis tohmahan itu. Ini katanya akan memperlihatkan masa depan politik Malaysia yang gelap.
Nong Chik berkata langkah tersebut bertujuan bagi membersihkan imej dan maruah keluarga yang terjejas disebabkan isu yang dimainkan pihak pembangkang.
“Malah, sehari sebelum hari pengundian juga dia (Nurul Izzah) membawa isu mengaitkan saya dengan tanah Bukit Kiara yang langsung tiada asas,” katanya pada pertemuan bersama media, di Pusat Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai, Bangsar, di sini, semalam.
Pada pilihan raya umum minggu lalu, Nong Chik sebagai calon BN kerusi Lembah Pantai tewas kepada Nurul Izzah dengam majoriti 1,847 undi.
Nong Chik dalam pada itu akur dengan keputusan rakyat justeru katanya, tidak timbul isu ‘tawar hati’.
Beliau dalam masa sama tidak mengharapkan sebarang jawatan senator namun terpulang kepada perancangan Perdana Menteri.
“Pada saya, semuanya terpulang kepada perdana menteri, namun untuk menjadi menteri saya rasa tidak sesuai, saya akan bincang dengan perdana menteri sekiranya ditawarkan, tetapi sebenarnya saya berat (hati) kerana lebih sesuai dipilih dalam kalangan wakil rakyat.
“Melainkan jawatan itu tidak ada kena mengena dengan kapasiti sebagai ahli parlimen dan boleh membantu BN, saya akan pertimbangkan,” katanya.
Mengulas berhubung kegagalannya menawan kerusi parlimen itu, Raja Nong Chik menyifatkan ia bukan penamat kerjaya politik beliau kerana beliau akan meneruskan khidmat dan perjuangan di Lembah Pantai meskipun tidak memegang sebarang jawatan menteri.
Beliau merasakan, faktor utama kekalahan beliau adalah apabila isu karakter lebih dipandang serius sesetengah pihak berbanding kerja dilaksanakan di kawasan itu.

Nak jawatan senator kut mana lagi, dah dua penggal jadi senator,, dah habis kelayakan dah...nganga ler ya,, buat partner ler dgn Shahrizat,, jaga lembu...












4 comments:

  1. Penjual daging lembu pun ok gak.

    ReplyDelete
  2. boley ambik tender bagi lembu makan..

    ReplyDelete
  3. tender apa nya...dia dok goyang kaki pun x abis duit smp mati....

    ReplyDelete
  4. Kepada semua parti politik. Pagi tadi ustaz baru ceramah. Menurutnya.
    1. Bercakap bohong itu munafik.
    2.Sekarang amanah telah diberi tapi tak tunai janji itu juga sifat munafik.
    3. Menuduh orang tanpa bukti itu munafik.
    4.Bantuan sepatutnya diberikan bukannya samarata. Sepatutnya mengikut taraf keperluan.
    Kalau seseorang itu tarafnya tinggi tak perlu bagi bantuan. Berilah kepada yang memerlukan.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari