boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, May 22, 2013

Gaji KM Sarawak RM39,000.00 - Bila agaknya Taib Mahmud nak bersara?

 Kita imbau balik keputusan Piliharan Raya Umum Sarawak 16 Apr 2011, selepas sahaja keputusan BN menang, malam itu juga Taib Mahmud terus pergi angkat sumpah sebagai Km Sarawak..


Ini kerana ada ura-ura ada pihak tak mahu lagi Taib Mahmud sebagai KM Sarawak,, dan dalam masa yang sama Taib Mahmud berjanji, beliau hanya akan menjawat KM Sarawak selama 2 tahun sahaja, selepas itu ia akan menyerahkan kepada penggantinya...

Tapi bila baca berita ini...


Gaji Taib Mahmud naik dari RM13,000 ke RM39,000

Harakahdaily,21 Mei 2013
KUCHING: Bernama hari ini melaporkan, gaji bulanan ketua menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mula 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan.

Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak.

Ia dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.

Dengan kenaikan gaji ini, ketua menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri.


Woi, kuatkuasa bermula 1 Januari 2012,,, 17 bulan backdated,, hangpa dharab tengok,berapa depa gasak duit rakyat...

Agak-agak apakah Taib Mahmud akan mengotakan janjinya akan bersara,, dah pun genap 2 tahun dah...




4 comments:

  1. Bersara, hilang akal apa kau MM, gua masih nak jadi KM lg daa. Gaji sekarang pun sangat banyak loo, Najib ada berani ka nak suruh gua bersara. Dia boleh pilih BERSARA atau lompat masuk PR...

    ReplyDelete
  2. Dah masuk kubur baru bersara bib !!!

    ReplyDelete
  3. selagi ada bulan dan bintang selagi tu TM x akan bersara. hanya Allah saja yg mampu membersarakan TM di bumi serawak ini. kahkahkah

    ReplyDelete
  4. selagi pak taib makan gambir sarawak selagi tu le Be End mnjadi kuat & prkasa...!!

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari