boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, May 31, 2013

Kesian Khairy - Blogger Umno tuduh berat sebelah..

Apakah blogger-blogger umno ramai terpengaruh dengan sikap Mahathir yang membenci Khairy menantu Pak Lah mantan PM..




Jumaat, 31 Mei 2013

Khairy Menyebelahi Johor Untuk Balas Dendam Pada Tuanku Sultan Pahang

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas.

"Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000.

"Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi bersama Timbalannya, Datuk M.Saravanan ke Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil hari ini.

Khairy juga menyifatkan sebagai tindakan kurang tegas FAM terhadap PBNP ekoran kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu, menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda dan diadakan di gelanggang berkecuali.

Jawatankuasa Tatatertib FAM mendenda PBNP sebanyak RM100,000 manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) didenda RM20,000 ekoran kekecohan itu.

"Kita tidak tahu kenapa terlalu ramai penonton boleh berada di stadium sedangkan tiket perlu dijual mengikut kapasiti stadium," katanya.

Menurutnya insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dan FAM perlu segera menyiasat dan mencari jawapan kerana ianya telah mencemarkan nama baik bola sepak negara.

"Saya sebagai Menteri Belia dan Sukan amat kecewa dengan PBNP kerana mereka gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai tuan rumah," katanya.

Khairy turut meminta agar FAM bertindak menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap pesuruhjaya perlawanan kerana gagal menyelaraskan semua aspek perlawanan termasuk soal keselamatan dan tiket. - 

Link : Klik Sini

Kalau macam tu,, macam mana negara Malaysia nak maju dalam sukan,,, itu pun duk berangan nak bida jadi tuan rumah Piala Dunia...

3 comments:

  1. Najib peningla macam nie.... Ada apa2 lagi yg boleh buat najib penin...Teruskan...

    ReplyDelete
  2. Dalam bolasepak d malaysia ni ada negeri2 merupakan anak emas FAM..klu negeri yg d kategori anak tiri terjadi mcm perlwnan pahang-johor comfirm perlwnan semula akn d adakan d stadium kosong..itu la bolasepak malaysia oh tanah air ku..setuju dgn YB khairi..percaya le kita tk dapat lihat bolasepak malaysia ni mencapai taraf dunia selagi hayat d kandung badan..

    ReplyDelete
  3. BLOG INI UNTUK AHLI PAS SAHAJA

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari