boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, May 27, 2013

Lelaki Melayu Tak bermaruah mahu baiki kelemahan SPR..

Apakah mangkok hayun muka tak malu, nak cover maruahnya maka keuar kenyataan SPR Mahu Baiki Kelemahan, Kaji Prosedur Pendaftaran Pengundi Untuk Elak Penipuan...

Phuuii.


BERITA



SPR Mahu Baiki Kelemahan, Kaji Prosedur Pendaftaran Pengundi Untuk Elak Penipuan


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memulakan kajian semula undang-undang pilihan raya dan prosedur pendaftaran pengundi bagi menangani aduan seperti bilangan luar biasa besar pengundi didaftarkan di alamat yang sama tidak lama lagi.
Antara perkara-perkara yang sedang dipertimbangkan oleh suruhanjaya itu termasuklah mendapatkan kuasa untuk "mengeluarkan" pengundi-pengundi yang tidak tinggal di alamat tersebut dan mengemaskini pendaftaran mengikut alamat yang disenaraikan di dalam MyKad mereka.
"Kami akan mengkaji secara terperinci semua aspek undang-undang berkaitan kawalan pendaftaran pengundi untuk melihat semua kelemahan yang boleh memberi ruang untuk penipuan oleh mana-mana parti politik apabila mereka mendaftar sebagai pengundi," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Ahad.
Terdapat dua undang-undang, Akta Pilihan Raya 1958 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, di samping tiga lagi iaitu Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pejalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
Wan Ahmad berkata, salah satu masalah SPR yang dihadapi dalam menangani kes-kes itu adalah ketidakupayaan untuk membatalkan nama mana-mana pengundi dari satu alamat walaupun suruhanjaya yakin bahawa pengundi tidak pernah tinggal di situ atau tidak lagi tinggal di tempat tersebut.
Beliau berkata di bawah undang-undang yang sedia ada, hanya pengundi mempunyai kuasa untuk menukar alamat mengundi mereka.
"Oleh itu, kita mahu kuasa untuk membawa keluar nama-nama mereka dan mendapatkan maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara di mana alamat sebenar mereka sebelum kita memberitahu pengundi dan meletakkan mereka di kawasan-kawasan yang sepatutnya mereka mengundi. Ini tidak akan menjejaskan hak mereka untuk mengundi," katanya.
Wan Ahmad bersetuju bahawa ini tidak cukup untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah yang dihadapi oleh sistem pendaftaran pengundi ini.
"Tetapi ini adalah sebahagian daripada pelbagai langkah yang SPR akan fikirkan dalam kajian, untuk mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan yang wujud dalam prosedur pendaftaran pengundi dan undang-undang.
"Kami melakukan kajian ini kerana begitu ramai yang mempersoalkan daftar pemilih. Kami akan mengetatkan undang-undang dan prosedur untuk menghalang mana-mana peluang penipuan dalam pendaftaran pengundi," kata Wan Ahmad.
Beliau berkata, jika perlu, SPR juga akan mengesyorkan kepada kerajaan langkah-langkah baru, pindaan undang-undang atau memansuhkan terus undang-undang sama sekali supaya ia boleh digantikan dengan undang-undang baru.
Kajian utama undang-undang dan prosedur pilihan raya kali terakhir dibuat pada tahun 2001 membawa kepada perubahan seperti pendaftaran pengundi sepanjang tahun



Kenapa bila dah kena desak letak jawatan, baru nak buat perubahan,,, kenapa sebelum PRU 13 tak nak buat perubahan apa yang dicadangkan oleh NGO Bersih...,,,

Cukuplah... Berehatlah,, lepas ni bertanding ketua cawangan umno..
























18 comments:

  1. Allah lebih suka orang yang mengaku kesalahan dari orang yang tak mengaku walau pun telah terbukti kesalahannya.
    Contoh dap telah terbukti berlaku penyelewengan dalam pemilihan parti tapi buat dono. Komen pun tak berani.
    Pkr terbukti keputusan telah ditentukan oleh pucuk pimpinan .Walaupun ahli komplen tapi buat dono jugak
    Manusia selalu menyalahkan orang lain.
    Tanpa muhasabah diri


    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro....
      DAP bermasaalah berkaitan dengan ahlinya saja... Kalau tak puas hati hanya ahli saja yang boleh bersuara dam ambil tindakan mahkamah.

      Jika kamu ahli DAP boleh lah tunjukkan bantahan pada jawatankuasa bertindak.... Kenapa samakan pilihanraya DAP dengan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR ?

      Apakah kami keliru atau memang bangang ?

      Delete
    2. Look before you leap

      Delete
    3. Dua dua sama. Sendiri jugak betul. Lain worang mesti salah.

      Delete
    4. DAP bersalah tapi bila DAP nak guna lambang PAS dan PKR SPR x bagi pulak? luluskan lambang DAP balik pulak. kata DAP bermasalah. x hape hape

      Delete
    5. kau yg don't know...bhw pengerusi dan timbalanyer SPR adalah kaki penipu.......yg pandai berlakun jer.....

      Delete
    6. anon 11.59..... kalau dalam parti dah tak berapa nak betul.... macam mana nak betulkan orang Lain?????

      Delete
  2. Manusia yang tidak amanah.

    ReplyDelete
  3. langkah yg terbaik ialah BERHENTI MENIPU! tak payah cerita panjang

    ReplyDelete
  4. Mana boleh letak jawatan. Tiap2 bulan nak mentakedarah apa? Walau mungkin ada sumber duit lain, jawatan ni dia puja.. the other side of a human that is...

    ReplyDelete
  5. kahkahkah
    ye x ye gak...elok la pengerusi dan TP SPR ni jadi pengadil WWF. SOP dah sama dah. kahkahkah

    ReplyDelete
  6. Pengerusi SPR ni muka tak tahu malu. Muka kulit babi tebal 10 inci, Hoooi penipu letak jawatan jangan makan gaji duit penipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai..takkan pandai buat tuduhan jew tnpa mmpu utk buktikn penipuan apa yg telah dilakukn... blackout..hahaha... bangla...hahaha...buktikn bro...

      Delete
  7. Dap hanya melibatkan ahli depa je..ini melibatkan keseluruhan rakyat malaysia..liga daerah dgn piala dunia lain kesannye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai..klu ada dlm komponen pr yg tak boleh nk handle dlm urusan pemilihan dalaman yg tak melibatkan lbh dari 2k perwakilan..rak perlulh nk tnjuk org lain salah...ini bukan isu liga daerah atau piala dunia...

      Bhai...buktikn dulu tntng dakwaan penipuan oleh spr secara undang2 dan bukan hnya dakwaan dan sekadat bukti yg lansung tak logik...buktikn dulu baru nk maki org lain...tp ialah maki hamun ini umpama makanan lu org...

      Delete
  8. INI BUKAN MELAYU NAK SENANG LEBIH TERUK PADA YAHUDI

    ReplyDelete
  9. juragan... dlm pemilihan umno terbukti ada rasuah.. yg main rasuah tu pun terbukti kesalahannya. org2 yg rasuah ni atau istilah manisnya politik wang tetap dpt jd calon pru13 gak. dan ada yg menang lak tu. bleh ke kau buktikan yg dorang ni tol2 bersih skang? jgn la bias dlm melontarkan komen. biar adil dlm memberi pandangan. yg hak tetap hak. yg batil mesti dilawan...

    ReplyDelete
  10. blackout???/..mana buktinya

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari