boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, May 26, 2013

Pasca PRU 13 - Bengong juga rupanya si Anwar ni, kena tipu dgn Najib.....

Bila dah tak dapat apa yang dihajati, baru terbongkar cerita, kalau tidak,.... senyap siapa pun tak tahu..ermmm...



Anwar dakwa Najib langgar perjanjian damai

Jamilah Kamarudin
 | May 25, 2013


Perjanjian damai antara dirinya dengan Najib tidak lagi dianggap terpakai selepas berlakunya penipuan dalam PRU13.

Kongres PKR ke 9
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada awalnya melanggar perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Anwar berkata, perjanjian itu yang ditandatangani antara dirinya dan Najib tidak lagi dianggap terpakai selepas berlakunya penipuan dalam berkempen, tiada akses kepada kebebasan media dan pilihan raya yang adil seperti mana tuntutan Bersih sebelum ini.
“Tak perlu nak cari kesalahan orang lain jika Najib sendiri yang melanggar syarat (perjanjian damai) tersebut.
“Kita sudah tandatangan syarat yang ditetapkan tetapi ia tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas upacara penutup Kongres PKR ke-9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.
The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Anwar telah mengingkari perjanjian itu yang digerakkannya pada April lalu, sebulan sebelum PRU13 diadakan.
Perjanjian tersebut meminta komitmen kedua-dua pihak mengelak daripada menyerang antara satu sama lain secara peribadi semasa berkempen dan menerima sebarang keputusan pilihan raya.
Jusuf dilaporkan berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU13 dan meminta Ketua Pembangkang itu supaya menghormati komitmen dan ‘melihat realiti’.
“Kami mempunyai komitmen, tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak, tidak,” jelas Jusuf.
Bersemuka
Sementara itu, Anwar menafikan beliau pernah bersemuka dengan Najib, sebaliknya perjanjian ditandatangani berasingan selepas mendapat nasihat daripada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.
Katanya, beliau akan bersemuka dengan Jusuf dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara sebenar.
Dalam perkembangan yang lain, Anwar mahu Selangor mewujudkan satu jawatan baru dalam Pejabat Menteri Besar bagi Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mengendalikan ‘political liaison’.
Jawatan itu menurut Anwar akan mengendalikan hal ehwal politik dalaman negeri sekaligus membantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa mencampuri urusan pentadbiran awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Katanya, jawatan itu juga bagi melicinkan hubungan antara kerajaan negeri dengan program yang melibatkan parti Pakatan, dan proses pelantikan Saifuddin itu akan diserahkan kepada Khalid untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.


Bukan baru setahun dua berpolitik, malah sebelum ini ia sama sama dgn Najib dalam umno sebelum kena tendang keluar tahun 1998; bukannya ia tak kenal perangai buruk laku Najib, dan juga umno, bagaimaana sikap Najib dalam krisis rampasan negeri Perak, 

Kenapalah ia pandai-pandai kowtim dengan Najib tanpa pengetahuan rakan dari Pas & Dap.

Bila dah kena kencing dgn Najib baru nak buka cerita...


Patutla.. gagal.. kena main dgn Najib. .Kalau dah rupa itu....errmmmm, kang aku berleter lagi, ramai pulak macai Anwar hentam aku...























































9 comments:

  1. NR Manjung..kan dah trrtulis dlm petikan kat atas.."selepas mendapat nasihat pemimpin tertinggi pakatan" maknanya semua pemimpin pakatan lain pun tau la perjanjian ini

    ReplyDelete
  2. Tn MM, perjanjian 'gentleman agreement'antara PM dan ketua pembangkang. Berlapang dadalah

    ReplyDelete
  3. Siang malan ceramah nak keluar anak tekak kata Najib penipu number One..alih-alih kautim dengan Sang Penipu..bila terkena lagi dengan Sang Penipu pakat menyalak satu dunia Najib penipu..najib penipu..Memang lah Panipu kerjanya menipu...cuma mamat anuar nii yang "Bangangggggggg..."

    ReplyDelete
  4. DAP n PAS jugak terlibat skot !!! lu kena terima hakikat ni !!

    ReplyDelete
  5. ko ni pun satulah , kalo nak buat cerita kaji dulu jgn macam perangai orang umno , baca tajuk je dah boleh komen. dia buat perjanjian setelah mendapat pandangan daripada pakatan rakyat. jaganlah nak pecahbelahkan bodoh

    ReplyDelete
  6. ceh, selangor nak, damansara nak, pm pun nak, dap n pas ikut je......sitiawan my place, kampung cina my territory

    ReplyDelete
  7. Kita tak tau siapa yang benar.
    Tapi sifat munafik ialah
    1. Bila bercakap dia berdusta.
    2.Diberi amanah dia pecah amanah.
    3. Bila berjanji dia mungkir.
    4.Bila dipercayai dia khianati.
    Semoga islam terus dipertahan .

    ReplyDelete
  8. Sebagai bkl pm dan ketua pakatan anwar berhak melindungi rakyat. Dn cara terbaik dptkn akujanji dari ketua bn. I.e najib.
    Masalahnya tiada perjanjian soal najib tipu pliihanraya. Najib cuma jsnji peralihan tidak janji penipuan.

    Phm tak?

    ReplyDelete
  9. ni dh baca habis ke blum ni..? kan ade perenggan "Sementara itu, Anwar menafikan beliau pernah bersemuka dengan Najib,sebaliknya perjanjian ditandatangani berasingan selepas mendapat nasihat daripada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat."

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari