boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, May 14, 2013

Pasca PRU 13 - Hari ini Sayangi Selangor Yakini PR...

Terjawab sudah hasil daripada kuasa rakyat Selangor yang celik politik.... Tahniah...





Terima Kasih kepada Najib dan sekutu-sekutunya kerana sanggup membuat lagu Khas untuk Selangor dan rakyatnya,, namun rakyatnya bijak memikir masa depan mereka... 

Khalid Ibrahim angkat sumpah MB hari ini

14/05/2013 3:05am

SHAH ALAM - Kontroversi siapa bakal menjadi Menteri Besar Selangor dalam kalangan calon Pakatan Rakyat terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya terjawab apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan terus menyandang jawatan nombor satu pentadbiran kerajaan negeri itu.
Abdul Khalid yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) itu akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua di Istana Alam Shah, Klang hari ini.
Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor akan berlangsung di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Semalam, Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di sini bagi membincangkan mengenai pelantikan jawatan Menteri Besar.
Abdul Khalid ketika ditemui pemberita selepas itu di luar pekarangan istana berkata, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu akan dibuat selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu selepas istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar berlangsung hari ini.
Menurut beliau, pihaknya telah mempunyai senarai calon barisan Exco Kerajaan Negeri namun beliau enggan mendedahkan komposisi wakil parti yang menyertai barisan berkenaan.
Dalam PRU-13 pada 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat Selangor memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN dengan Pas dan DAP, masing-masing menguasai 15 kerusi berbanding PKR hanya 14 kerusi DUN.


Tahniah Tan Sri Khalid,, teruskan amanah dari rakyat Selangor....


6 comments:

  1. apa khabar mat zin dah baik demam.bosan tau you call I hari2 suruh undi bee end

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangi Selangor...Yakini PR

      Delete
    2. Sayangi Selangor... Hindari Bee End...

      Delete
  2. I dah jawab call u, sms u tp u dok hantar juga, I dah kata "lain kali lah" pun u x faham2....

    ReplyDelete
  3. Nak tunggu si Mat Zin hantar SMS ucap happy besday to you... Err.. agak-agak dia nak hantar lagi ke tak?

    ReplyDelete
  4. Apa dah jadi dgn perasuah khir toyo? still x masuk masuk penjara lagi ke?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari