boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, May 6, 2013

Pasca PRU 13 - Kemenangan BN di Kedah Muhyiddin Yassin Gigit jari...

Harapan berkecai, kasihan Muhyiddin, terpaksa tunggu PRU14 untuk merasai jawatan PM..



Nampaknya Mahathir terpaksa mengikut telunjuk Najib, kalau tidak anaknya Mukhris belum tentu dapat nak jadi MB Kedah... 

Hilang taring Mahathir,, terpaksa menikus....., sebelum ini, beberapa kali, Mahathir bersuara Najib perlu lepaskan jawatan PM, jika BN gagal mencapai 2/3 majoriti pada PRU 13 ....

Apa pun kita tinggu dan lihat,,, apa tindakan Mahathir seterusnya,,, dan apa tindakan Umno terhadap Mahathir diatas calon BN Parlimen Pasir Mas yang menarik diri, manakala Ibrahim Ali dah pun tewas...

Tak perlu kita risau,, percayalah,, Umno akan bercakaran selepas ini,, tunggu sahaja bila mereka bertanding sesama mereka dalam PAU yang akan datang... 

Apakah Muhyiddin nak berdiam diri....


60 comments:

  1. Walaupun BN menang,diorg bkn boleh tenang pun.Menang yg tak ada berkat. Masalah dalaman makin parah, tak sepakat. Bercakaran sesama sendiri. Semoga perbuatan diorg memakan diri. Kita tengok jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..benda yg tak da berkat x kan kekal lama..

      Delete
    2. Kepala hotak ko tak berkat, kalu dah kalah macamx ko punya tuduhan, rasuah le, pengundi hantu, memang dasar tak berpelajaran tinggi. Apa ko ingat orang Malayu ni semua bodoh macam ko orang. Kerajaan yang aman kata Zalim, pergi masjid pun tak nak cakap banyak. Dah la tu masanya untuk bersatu memajukan agama dan bangsa. Jangan ikut penulis blok ni yang bodoh ni ! dia memang tak de kerja....

      Macamana pun tahniah BN, teruskan.....teruskan.....lepas ni nak minta bantuan pergi jumpa ko Punya MP baru ya.....

      Delete
    3. pr loser.. hidup umno.

      Delete
    4. MM akan dikenakan tindakan buang kerja kerana terlibat dengan kempen jalanan pembangkang di simpang empat lampu isyarat manjung pada petang hari jumaat lepas dengan berpakaian BNSSB. Amat memalukan dan menjejaskan reputasi BNSSB sebagai syarikat GLC. Laporang telah dimajukan kepada COO BNSSB. Tunggulah tindakan selanjutnya dalam masa terdekat. Lepas ni MM boleh minta kerja sebagai kerani dengan Ahli Parlimen Lumut.

      Delete
    5. Rezeki bukannya datang dari BN/UMNO/BNSSB lah. Rezeki semuanya milik ALLAH.ZALIM punya manusia !!!Rezeki kamu pun datang dari ALLAH.

      Delete
  2. Alhamdulilah..... BN masih dapat mempertahankan Perak...

    Terima Kasih Yeop.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau menang pun dgn cara menipu,apa ke jadah ny.DUN Manjoi yg di menangi dgn tipis oleh PAS tiba2 muncul undi pos pd jam 10 mlm.Calon yg warak mcm Ziad pun boleh redha dgn penipuan apa yg nk di harap kn dgn calon2 UMNO yg lain.

      Delete
    2. sikitlagi terberak ler oghang peghaakkkkk....hihihihihih

      Delete
    3. Lebih 3 kerusi je..bila bila masa je boleh tumbang..bila bercakaran sesama mereka nnti bye bye le bn..kita tunggu dan lihat..

      Delete
    4. Orang UMNO kena terima kasih kepada yong-yong UMNO kerana puak ni ramai. Puak ini menjadi tulang belakang UMNO. Yeop dah berlambak menyertai PR. Yeop dah ramai berlambak yang sayangkan islam. Tak mahu mati sebagai melayu. Yong umno mungkin tak secekap yeob yang nak mati sebagi islam namun apa daya Brim dah menambat hati yong- yong tuh. Yong pun ramai tak nak ngaji U free, Tol Free atau dikaji kasik turun . Yong juga mungkin tak mahu harga kereta murah.Kalau difikirkan cukup ke RM500 untuk cover kenaikan harga barangan yang bakal naik? atau dijimatkan sehingga 5 tahun lagi? atau yong dan yeop UMNO yang semakin kurang itu reda masjidnya kosong tanpa generasi pelapis.Hidup melayu..menumpang dibumi binaan melayu?

      Delete
    5. Menang tipis pun alhamdulillah slmt org melayu Perak drp jadi korban DAP dan barua DAP macam Nizar dulu...hidup BN..Taniah Dato Zambri.

      Delete
  3. akhirnya kak midah kantoi...padam muka...kahkahkah

    ReplyDelete
  4. 2 FAKTOR KEKALAHAN KITA DI PASIR PANJANG IALAH FAKTOR CALUN DAN FAKTOR UNDI KAUM INDIA DI SG WANGI DAN KG DATO SERI KAMARUDDIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu le perangai india..lebih kurang segelintir melayu jg..dpt suap sikit leboh..langsung tk ada jati diri..

      Delete
  5. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Yang Maha Pengasih.
    Assalamuallaikum...

    Mari kita fikir sejenak.. apakah Islam & Melayu menang? Ya ... buat masa ini. Dan mungkin berubah sekiranya kita masih fikir dan bertindak mengikut emosi.

    Adakah PAS berjaya dalam Pakatan Rakyat ? Dah tentu tidak sama sekali.. kemenangan PAS jatuh merudum.

    Siapa yang berjaya dalam PR? Dah tentu DAP....

    Adakah BN tidak di sokong lagi? Ya dan tidak... Ya BN merosot...tapi hanya kepercayaan CINA pada BN merosot. Kepercayaan melayu pada BN bertambah. BN menang sebab UMNO...Dan UMNO itu melayu dan Islam.... Sebab tu PAS jatuh merudum sebab melayu sudah lari ke UMNO.

    Jadi, sekarang bukan masa untuk bertelagah siapa yang lebih Islam atau siapa yang lebih melayu!!! Buat apa kita beria-ria mengatakan BN kalah tapi kita juga gugur. Yang menangnya DAP dan orang cina!! Cina dah menunjukkan bahawa mereka hanya pentingkan DAP, bukannya UMNO atau PAS..Mereka ini menentang Islam secara jelas.

    Nik Aziz and Haji Hadi serta Ulama PAS...berfikirlah secara ISLAM!. Inilah masanya untuk orang PAS dan orang UMNO berfikir secara ISLAM... kepentingan Umat Islam dan melayu. Letak ketepi semua dendam kesumat demi Islam.

    Kita semua mesti ingat... PAS belum layak memerintah. Walaupun PAS menang semua pon tak boleh memerintah, apatah lagi sekarang. Analyze lah keputusan pilihanraya 2013 dengan sedalam-dalamnya. Buka lah mata...

    Percayalah... jika kita masih berfikiran ke partian... ISLAM akan gugur di bumi Malaysia tercinta ini.

    JANGANLAH SATU MASA NANTI ANAK-ANAK KITA MENJADI NASRANI DAN MAJUSI DI SEBABKAN KITA !!! ANAK-ANAK KITA YANG MASIH ISLAM.. MELUDAH PUSARA KITA SEBAB KEANGKUHAN KITA.

    Tepuk Dada Tanya Iman.

    Wassalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan anda! Ternyata orang2 PR yang masih tidak dapat menerima KEKALAHAN dan BALASAN ALLAH TAALA. Penafian diorang terhadap perkara2 yang benar (PAS), mengakui perkara2 yang BATIL (PKR), membela manusia kafir dan jelas bencikan Islam (DAP), maka itulah BALASAN. Rakyat yang MENENTUKAN jadi jangan salahkan orang itu orang ini, salahkan peti undi, asyik salahkan sajaaa...... Come on lah....belajar MUHASABAH diri! Apa kesilapan anda buat wahai puak PR??? Tidakkah anda rasa BERSALAH kerana membantu DAP memenangi sebahagian besar Tanah Melayu umpama pengkhianat bangsa di zaman komunis Bintang Tiga dulu. Lepas disiksa baru nak menyesal??? Dasar sikap Melayu MUDAH LUPA! Oh, ya, sebahagian besar anda memang TIDAK PASS SEJARAH MALAYSIA. tu pasal laaaaaa.......(sambil tepuk dahi)

      Delete
    2. Pemenang sebenar adalah dap dan cina.
      Jika dianalisa pengundi cina menyokong penuh dap .Ini dapat dilihat dari pertambahan kerusi yang diperolehi. Ini adalah sesuatu yang perlu dianalisa lebih mendalam dan apakah implikasinys kepada generasi melayu islam akan datang.

      Delete
    3. Bersetuju sangan dengan pandangan tuan, berfikir lah wahai orang orang melayu (islam). Kita pandang lima tahun akan datang. Puak cina akan bergabung dan akan memperolehi lebih banyak kemenangan. Bagi MELAYU jika masih lagi bercakaran dan tunjuk ego serta mengaku lebih pandai dari orang lain, akan hilang lah kekuatan serta akan hancurlah kita.

      Bersatu lah demi agama dan bangsa.

      Delete
    4. Tak da beza dgn melayu..melayu sokong bn/amno dan cina pulak sokong parti dap..kat mana bezanye..tak da krn keadaan ini ujud sudah sekian lama..kesan dari penjajahan pecah dan perintah untuk mengekalkan kuasa..semua org tahu klu dap menang semua kerusi pun masih tidak cukup utk perintah malaysia dan perlembagaan pun dh jelas sape yg berhak menjadi pm..tp dgn stretegi pecah dan perintah serta masukkan sikit isu perkauman menyebabkan org melayu dipersimpangan samada nak pembaharuqn atau kekal takok lama..oleh krn tiada jati diri akhirnye sokong la parti totok tu juga..bila kita tanya apa depa jawap,'tak tahu le'..tp itu berlaku di kawasan melayu golongan pertengahan bawah..tp utk golongan yg tahu mereka tetap dgn keputusan mereka mahukan perubahan dlm pemerintahan..kebanyakkan org melayu ni tak tahu mana yg benar dan mana yg salah..kita boleh tahu tahap ilmu pengetahuan org yg menyokong bn/amno dr percaturan politik..klu hanya brgantung pd tv itu le jadinya..bg saya selagi bn perintah selama itu lah fikiran melayu tak berkembang krn mereka akan mengekalkqn dasar pecah dan perintah selagi ada hasil bumi di malaysia ni..

      Delete
    5. Inilah masalah PAS... nak berpolitik di Malaysia tapi tak tahu strategi politik. Sepatutnya kena berfikir dan berstategi macam mana nak menawan hati semua rakyat atau majoriti rakyat agar menyokong PAS. Isu-isu yg dibawa hendaklah memikat hati rakyat. Kalau asyik dengan isu hudud dan hukum negara Islam, ini akan menjauhkan hati pengundi2 yang bukan Islam dan Melayu yang tak berapa mendalam keislamannya. PAS suka sangat jatuhkan hukum kalau orang tak sokong. Pada mereka, bila Islam, wajib sokong PAS. Sedangkan beberapa isu yang ditimbulkan tak memberi kelebihan pada PAS. Tambah lagi dengan isu keangkuhan dan ketamakkan PAS yang bertelingkah sesama PR. Bermuhasabahlah dan tanya diri sendiri... kenapa rakyat masih tak sokong PAS.. apa kekurangan PAS dan diri calun sendiri.. cari punca dan sebabnya.. tanya orang setempat kenapa tak sokong PAS, kaji macam mana nak memikat orang, baru bertindak menyusun strategi yang dapat mengambil hati rakyat. Sepatutnya buat kajian, tanya orang setempat, siapa yang mereka mahu, dengar pandangan mereka, bukan dengan cara letak calun saja, lepas tu minta orang sokong. Macam orang bukak restoran, kalau orang tak datang makan, check sebab apa... mungkin kita masak tak sedap. Janganlah buat stail bukak kedai makan, lepas tu cakap kat orang kalau nak makanan yang halal, datang kedai kita sebab kita restoran islam. Sedangkan kita tak kaji makanan kita tu sedap ke tak yang boleh menarik orang datang.

      Delete
    6. sahabat alhamdulillah.....walaupun kalah...tak mengapa....walau kita me rancang sebaik baiknya tetapi perancangan Allah itu lebih hebat....cuma ingatan saya tak payahlah kau nak nasihatkan tuan guru berfikir secara islam....bagi kami biarlah kalah tapi untuk menggadai ugama tidak sekali kali....kalau kamu kata cara BN membawa islam lebih betul teruskanlah...itu hak kamu.....kami tak akan mengikut kamu...dan kamu tidak akan mengikut kami....kamu dengan pandangan kamu...kami dengan pandangan kami...saya ucapkan tahniah pada bn atas kemenangan ini dan berharap semoga Allah memberi taufik kepada pemimpin2nya dalam mentadbir negara.....

      Delete
    7. Islam dan Melayu adalah dua perkara yang berlainan. Tidak semestinya Melayu itu Islam walaupun sejak berzaman mereka (Melayu) menganggap begitu. Mungkin Melayu itu Islam tetapi Islam tidak Melayu. Islam untuk anutan bangsa manusia dan bangsa jin. Fahamkan...

      Aku melihat kemenangan DAP sebagai keberanian orang cina berani berubah dan mengubah tidak seperti orang melayu yang sebahagiannya jadi penakut dan sanggup jadi lembu cucuk hidung. Dalam PRU 13 ini aku anggap pendedahan demi pendedahan yang di sogokkan kepada orang melayu sebagai pendedahan dari Allah ( dalam ertikata hakiki semua ilmu adalah dalam genggamanNYA ). Tetapi sayang orang melayu tak ambil peduli, masih ditakuk lama dengan takut selain dari Allah. Malas nak fikir lagi apalagi ambil tindakan. Mitos umno itu kerajaan dan kerajaan itu umno masih belum boleh dihapuskan lagi. Islam melayu masih boleh diperkotak-katikkan dan diugut. Melayu Islam masih lagi boleh disogokkan dengan bahan-bahan lucah dan lain-lain ketakutan yang dijamukan kepada mereka. BR1M dan yang sewaktu dengannya masih boleh mengabui hati nurani... padahal itu adalah hak rakyat... natijah hutang untuk skim itu akhir akan ditanggung oleh rakyat ... rakyat didahulukan.

      Kenyataan saudara " Jadi, sekarang bukan masa untuk bertelagah siapa yang lebih Islam atau siapa yang lebih melayu!!! Buat apa kita beria-ria mengatakan BN kalah tapi kita juga gugur. Yang menangnya DAP dan orang cina!! Cina dah menunjukkan bahawa mereka hanya pentingkan DAP, bukannya UMNO atau PAS..Mereka ini menentang Islam secara jelas.

      Nik Aziz and Haji Hadi serta Ulama PAS...berfikirlah secara ISLAM!. Inilah masanya untuk orang PAS dan orang UMNO berfikir secara ISLAM... kepentingan Umat Islam dan melayu. Letak ketepi semua dendam kesumat demi Islam " ... adalah kenyataan bingai dan penakut totok. Aku tak percaya umno akan berfikir secara islam.... dan aku juga tak mahu ada ulama pas yang jadi "munafik politik" seperti kumpulan ug. Perbezaan tetap ada antara umno dan pas... itu adalah lumrah . Cuma yang jelas umno dah teruk dari segi prinsip dan perlakuan..

      Nabi Muhamad juga dipulaukan dan ingin dibunuh oleh puak quraish sendiri dan Allah izin dan arahkan beliau hijrah dan kembangkan Islam di Madinah yang dihuni oleh puak aus & khazraj. Begitu juga pas yang majoriti dianggotai oleh melayu islam... mereka ini yang kalu boleh dikatakan mahu dimusnahkan oleh umno yang majoritinya dianggotai oleh melayu islam juga.

      Pada saya orang melayu islam hijrahlah ke pas dan tinggalkan umno selama-lamanya. Perkuatkan jemaah islam yang mengutamakan Allah dan Rasulnya dan yang akhirnya akan menewaskan umno dan konco-konconya... for gooddddd...

      Tindak-tanduk UBN lah yang menjadikan anak cucu kita jadi nasrani, yahudi ataupun majusi.

      Hempuk kepala hotak tu dulu .... kemudian tanya akal nurani..

      alif mim nun wau .... alif tendang wau... sarkis dah.

      Delete
    8. Orang cina melihat pada perspektif yang besar. Iaitu survival bangsa mereka dari segi politik ekonomi dan kuasa . Melayu pula melihat pada ruang yang sempit. Iaitu cuma mahu mengambil alih dari umno.Tanpa ada perancangan jangka panjang.
      Seorang kawan saya dari dap pernah menyatakan bahawa orang melayu akan lebih mederita jika dap dapat memegang kuasa. Ini kerana tidak akan ada lagi keistimewaan. Semuanya merit. Orang melayu tak akan mampu bersaing dengan mereka.

      Delete
    9. Jangan salahkan Cina. Apa akidah mereka - kejayaan kaum mereka didunia. Apa akidah Umno? Sekadar mengaku Islam untuk dapat free tiket ke syurga.Amalannya liberal - the end justifies the means. Apa akidah Pas - menegahkan hukum Islam. Sampai kiamat pun Pas dan Umno takkan bersatu selagi Pas memegang kepada akidah berbanding dgn Umno. Jadi fikirlah - hendak dunia sahaja atau dunia dan akhirat.

      Delete
    10. Betul, cina tak salah. Mereka mempertahankan survival bangsa cina.Mereka tetap bersatu atas nama bangsa.Mca , gerakan dan dap tetap mempertahankan bangsa mereka.
      Umno dan pas tetap tidak akan bersatu kerana dendam.Masing masing ada egonya. Ego adalah sifat setan.
      Nabi tak ajar semua ini. Ini diajar oleh ahli politik.Demi mengejar dan mempertahankan kuasa.
      Kesimpulannya jika masing masing dengan sifat egonya, nantilah kehancuran dihadapan.Islam akan dihina oleh oleh mereka. Azab Allah juga menanti.

      Delete
    11. Undi untuk Pas semakin meningkat. Majoritinya Undi dari lelaki /pemuda islam.Bermakna kemenangan UMNO yang sedkit itu puncanya dari opah, makcik , wanita, puteri umno yang mengikut trend sejenisnya. Ini jelas menunjukkan pemikiran jenis ini statik, tidak seperti pemikiran masyarakat negara maju. Undi PAS yang meningkat ini menunjukkan orang-orang ini telah sedia menerima islam 100%. Kejatuhan nilai wang, kenaikan harga barang, kelemahan pengurusan tidak dipeduli oleh puak yong serta opah-opah ini. Satu punca BN menang kelihatannya dari bangsa lain melayu dan Cina yang memilih BN kerana faktor seperti BRIM. Ringkasnya yang kalah adalah Melayu UMNO yang menang dunia dan akhirat adalah orang-orang PAS. Walau Kedah terlepas tapi lihat di Terengganu PAS kian mencabar.Kemenangan PR adalah tanpa keraguan. ....... Hidup Islam.

      Delete
    12. Engkau ni TROLL....banyak tempat yang ko singgah ye....asyik asyik melayu...ko ni totok UMNO ye....pergi pergi ler masjid sembahyang jemaah dan belajar kitab. Kalu ko ada anak bawak sekali. Kalu ko bujang lagi bawak mak ayah ko sekali ke masjid. Silap silap dia orang gi masjid ko yang tak pergi.

      Delete
    13. x betull, kat tempat aku org cina dan india bwak bendera PAS, sama2 flash mop, YB cina datang surau bagi derma kerusi bangku dgn duit sendiri, cina india tak sokong kezaliman BN, tapi percaya dengan PAS, mereka x takut hudud dan lagi suka dlaksanakan hudud supaya tgn2 org yg rasuah kena potong, pengalaman aku sendiri...

      Delete
    14. Tak nak lah teman cerita banyak.....byk kawan2 teman tak nak sokong PAS sebab bersekongkol dengan DAP....itulah alasannya...masa PAS keseorangan tak pulak disokongnya....takut dengan DAP....habis hak2 melayu katanya...dah berapa lama DAP perihtah negara teman ni ...habis semuanya tu.....tak takut pulak azab Allah dengan fahaman sekular UMNO ni....Apapun tahniah le udah menang.....jangan jadi penyamun2 lagi....sebabnya hak teman pun ada sekali pada harta benda yang disamunnya tu....bukannya hak pecacai2 saje.....naya teman....PAS FOR ALL....

      Delete
    15. Salam

      Betul pendapat saudara/i. Kita ni masih bercakaran nak tentukan mana yang lebih Islam dari saudara kita yang lain. Saya rasa baik UMNO atau PAS duduklah berbincang dan bermuzakarah untuk membincangkan musuh kita umat Islam. Orang UMNO itu Islam dan orang PAS itu pun Islam... kedua-duanya bertunjangkan Al-Quran dan Al-Hadith... masing-masing golongan Sunnah-Wal-jamaah. Kenapa sebab ideology politik berbeza...UMNO dan PAS bermusuh sesama mereka. Sesungguhnya Syaitan itu musuh kita yang nyata. Syaitan cukup gemar melihat umat Islam bercakaran sesama kita.

      Rasanya sudah sampai masanya kita semua berfikir masa depan Islam di Malaysia...jangan nanti yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu... Orang kafir bertepuk dan bersorak melihat telatah orang Islam.


      Delete
    16. MALAUN MANA LA YG MENYOKONG BERABIS DAP RASIS NI..SESAL SUNGGUH MASIH ADA MELAYU YG MENYOKONG DAP YG TERANG TERANGAN DI PIMPIN OLIH GULUNGAN YG MEMPERMAINKAN ISLAM..MAKA DGN ITU LA DAP DIBERI SOKONGAN PENOH OLIH PENGUNDI CINA MEREKA DIPUJA KERNA BEGITU BERANI MPERSENDAKAN ISLAM DITAMBAH DGN DAP BOLIH MENGUASAI PKR DAN PAS..SENANG LA DIBUAT ULAM OLIH DAP...INI KALI LAU SEPATUTNYA UBAH..UBAH SIKAP SESETENGAH MELAYU YG HILANG JATI DIRI KEMELAYUAN NYA...LIHAT SAJA BAGAIMANA KAUM CINA BERSATU HATI DLM PRU13...MEREKA TIDAK SEPERTI BANGSA KITA BERPOLITIK HINGGA BERPATAH ARANG..KITA TAU KINI APA MATLAMAT MEREKA SEBENARNYA..PERSOALAN NYA ADA KAH BENAR YG DAP NI AMAT MENYOKONG PERJUANGAN PAS YG MEDONGKONG ISLAM?? WALHAL KITA TAU SAPA ITU KARPAL SINK DGN SIFATNYA...KALAU BEGINI LA TAMPAKNYA ADA KAH MELAYU DIDALAM PAS ATAU UMNO MASIH MAHU BETELAGAH?? INGAT LAH TAMAN LAH DLM HATI DAN SANUBARI YG BERADA DLM UMNO ITU ADA LAH SAUDARA SEISLAM KITA DAN YG DIDALAM PAS ITU ADA LAH SEDARAH SEDAGING KITA. SAYA TIDAK MENGAJAK KITA MEMUSUHI SAHABAT KITA KAUM CINA TIDAK SEMUA MEREKA RESIS C7MA SAYA MENGAJAK BANGSA KITA BERSATU SEBAGAI MANA SAHABAT KITA KAUM CINA LAKUKAN DLM PRU13 BARU LALU..TIDAK RUGI BELAJAR BENDA YG BAIK DARI MEREKA..BILA BANGSA KITA BERSATU KUAT BARU LA BANGSA LAIN MENHORMATI KITA..BILA BANGSA DIHORMATI AGAMA KITA ISLAM TIDAK BERANI DI GANGUI...APA2 PUN PEMIMPIN2 PAS BAIK UMNO HARUS BERMULA..BUANG EGO DIDADA DEMI PENYATUAN MELAYU..PENYOKONG MASING2 HARUS BERHENTI MENYALAHKAN YG LAIN..SEBENARNYA PAS DAN UMMO YG BETUL...PAS MENJAGA AGAMA DQN UMNO MENJAGA BANGSANYA..BIAR LAH PKR HANYUT BERSAMA SAHABAR KARIB NYA DAP..INSYALLAH AMIN YARABULALAMIN

      Delete
    17. Saudara kita ni byk sgt bercakap dan kondem pasal umno ...x malu ka dia pd kaum cina yg tampak cukup bersatu hati dlm pru13 ni.??? Jenis melayu2 ini la yg spr barah makin dibiar lama makin terok la jadi nya pd bangsa kita.. x habis2 dgn cite keburukan lain org...bawa la mengucap cukup2 la.. mari la bersatu ...x sedar lagi ka macam mana bangsa melayu kena main ...di kwn Pas undi nya mwnurun malahan ada yg hilang kerusi..kaum lain tidak mengundi PAS ...Tapi Pas menberi undi pd DAP..akibatnya macam di Parlimen Pendang Tibn Presiden Pas tumbang disana.. bayangkan kalau Allah takdirkan PAS dan UMNO bergabung dikuatkan lagi dgn bumiputra Sabah dan Serawak..Lari terkincit kincit DAP Resis ni...Bangsa tidak mengenang budi..manusia x mengenang budi ni bkn kerna Agama nya tapi jenis Bangsanya..Buat PKR biar la ia nya hidup dgn angan2 nya ...angan2 nya cuma satu utk di angkat Anuar Ibrahim sebagai PM tidak ada lebih pd itu melaikan itu saja la matlamat utama nya..bkn matlamatnya utk Rakyat...Party Rojak Buah..ada Betik ada Mangga dan Sengkuang kadang2 dicampur Timun Keras ciptaan Anuar bra...Kaum cina sahabat kita byk memberi pelajaran dan mengajar kita bagaimana urk bersatu..tidak rugi kita mengambil iktibar dari mereka...betapa kuat nya bangsa ini dari sejarah dtg berdagang kenegeri org dan dibawa British didalm Tongkang Besar ..menumpang belas iksan nenek Moyang kita dulu tapi kini lihat la Betapa hebatnya bangsa ini membina empayar Perniagaan nya disini...Kini mereka pun sebahagian daripada kita tapi kita tidak diterima sebagian drp mereka olih mereka..Bungun la Bangsa ku dari tidur mu yg panjang lagi mengasyikan..Lihat disekeliling mu darah bangsa mu sudah mula dihisab jembalang Berabut Lurus dan pekat hitam warnanya..jgn la biar kan lagi bangsa mu diperkuda dan di adu domba..Mari la kita berpakat semacam bangsa itu yg bijak berpura pura dan bermuka muka..Amin Ini la hajat kami bersama ya Allah ya Tuhan Ku..

      Delete
    18. Saudara-saudari Islamku,

      Cuba kita lihat data ini...
      Parlimen (Jumlah 222):
      PAS Bertanding - 73 Menang - 21
      UMNO Bertanding - ?? Menang - 109
      DAP Bertanding - 51 Menang - 38

      Bandingan dari PRU12 :
      PAS Turun Dari: 24(kalau tak silap) Kepada: 21
      UMNO Naik Dari: 79 Kepada: 109
      DAP Naik Dari: 28 Kepada: 38

      - Apa yang pasti lebihkurang 90% kaum cina memilih DAP.
      - PRU13 menunjukkan "turn-out" pemilih yang paling tinggi >80%.

      Kita perlu terima hakikat yang survival Islam dan melayu terletak pada perpaduan. Kita tidak lagi boleh mengharap kaum lain membantu kita. Kita perlu cari titik persamaan BUKANNYA titik pergaduhan.

      Saya melihat PAS dan UMNO mempunyai ciri-ciri lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Sedikit saja percanggahan antara dua kumpulan ini yang mana percanggahan adalah berbentuk "akademik" atau "technical" yang sewajarnya mudah.

      Tak boleh dinafikan pengalaman dan kejayaan UMNO dalam membawa Malaysia ke peringkat dunia. Kejayaan UMNO dalam merealisasikan system sokongan Islam seperti Banking System, Insurance System, Tabung Haji dan lain-lain.

      Kejayaan PAS juga tidak boleh dinafikan dalam perbentukan sahsiah umat Islam. Sumbangan dalam penerapan Islam di sekolah-sekolah formal dan tidak formal juga cukup besar. Pembabitan PAS dalam "check & balance" untuk perkembangan Islam adalah besar. Dan banyak lagi kalau nak dikira.

      Oleh itu saya juga berharap seperti saudara/i sekelian untuk melihat perkembangan PRU13 ini menjadi "driver" sebagai penyatuan orang Islam yang telah sekian lama berpecah.

      Kita tidak boleh lagi bergantung pada kaum lain atau agama lain untuk kebaikan kita.

      Peryertaan PAS dalam PR sebenarnya membuka mata kita bahawa PAS bukannya extreme dan masih boleh bertolak ansur. Dengan DAP, boleh duduk semeja, boleh ziarah menziarahi, boleh berbincang dan bergelak ketawa. Secara perinsipnya, kalau boleh dengan DAP, manakan tidak dengan UMNO. PAS dan UMNO adalah serumpun dan banyak persamaan berbanding dengan DAP.

      Saya yakin pada Allah, UMNO sentiasa bersedia dalam perpaduan. Ramai orang yang dulunya maki-hamun UMNO dapat diterima balik oleh UMNO.

      UMNO dan PAS tak semestinya berhimpun dalam satu parti, walaupun itulah yang sebagusnya. Bersama dengan satu ikatan pon sudah bagus.

      Saudara/i... marilah kita rapatkan jurang perbezaan sesama Islam. Semoga Allah meredhai perjuangan kita semua demi menjaga kesucian Islam....Amin

      Delete
    19. Saudara...

      Bukan Nik Ajis dan Haji Hadi aje yang kena fikir pasal Islam... Najib dan Mahyuddin pon kena fikir pasal Islam....

      Kita semua pon kena fikirkan pasal Islam....

      Tapi... pasal perpaduan tu memang saya sokong 100%.

      Delete
    20. Ditahun 90an dan sebelumnya.... Hanya UMNO & PAS je yang berentap.
      Ditahun 2000 (milenium)... PKR jadah nie masuk, memecahkan undi orang melayu. Then, nak bagi cukup sokongan, joint ngan DAP.
      Tahun 2010... DAP kehadapan, PKR kena tinggal (dijadikan keldai bagang), PAS lesu dihujung jalan.
      Yang rugi, hanya laah orang Melayu yang diperalatkan... seperti zaman komunis. Chin Peng punye arahan, rashid maidin jadi Badang bodoh...

      Delete
    21. helo semua kawan.saya mula tengok blog ni start tahun ni recomend dari seorang kawan melayu kerana saya ingin tahu lebih banyak apa yg kawan melayu bincang & fikirkan. Selama ni saya tak pernah kemukakan apa2 komen tetapi hr ni saya rasa diri saya tak boleh berdiam diri terutamanya selepas PRU13 ni, saya bimbang salah faham antara bangsa cina & malayu akan jadi lebih tegang. Kecewa sekali tengok ada yg komen DAP menang ancam org melayy, ancam islam.Kenapa kami disalahkan? Kami pun sokong PKR & PAS. Tanpa sokongan dari kaum melayu, DAP pun tak boleh dpt kemenangan besar mcm ni betul? Kenapa nak libatkan agama kita selalu? Kita cuma pergi tempat berlainan utk sembahyang itu saja beza kan? Tuhan kita semua sama2 pun ajar kita yg baik bukan? Kami nak UBAH kerana tahu negara kita dah hampir bangkrap akibat corruption. Kawan, tau tak hutang negara kita adalah 500 lebih BILLION...bukan million. Kita kena bayar interest/bunga saja setahun adalah 200 lebih juta...bersamaan 500 lebih ribu SEHARI! Untuk setakat ini. Kalau kami racist sangat, kenapa kami tak sokong saja MCA, kan dia 100% persatuan cina, ada menteri2 lagi. Kenapa kami tumpangkan MCA? Fikirkanlah, kalau u jadi F1 team punya bos, u sudah tau org ini x boleh bawa laju, kenapa nak pilih dia jadi driver lagi? Sure kalah ma. Org Amerika pun boleh bagi negro jadi president, kenapa kita terbalik nak bezakan kaum lagi? Lagipun kami tak pernah minta jadi PM. Kawan, fikirlah baik2 & selamatkan negara kesayangan kita MALAYSIA.

      Delete
  6. Redha dengan ketentuanNYA. Muhasabah diri, terus & tingkatkan usaha. Hikmah yg tersembunyi di luar akal manusia.

    ReplyDelete
  7. KALAU BN MENANG TANPA TIPU. TAHNIAH. KALAU DENGAN PENIPUAN, KAMU TUNGGULAH PEMBALASAN TAK DI DUNIA DI AKHIRAT NANTI. AMIN

    ReplyDelete
  8. Aku sedih Pn Rohawati kalah tipis saje..tapi lagi sedih bila Pn Hamidah terguling di Sungai Rapat, tak berbaloi langsung dengan usaha yang dia buat disini. Sampai hati jentera PAS Batu Gajah khususnya menzalimi Pn Hamidah begitu sekali..Lagi kesian Pn Zura...nasib baiklah Perak 'kami' menang menipu. kalu tidak Zura kena hambat dari bangunan SUK tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah sentiasa mengalakkan kita bermusabah diri. Bila sesuatu itu berlaku tentu ada sebabnya. Jangan sentiasa menyalahkan orang.
      Mungkin belum masanya untuk menang. Atau Allah ingin mengajar umat islam supaya bersatu.
      Orang yang terbaik untuk memulakan sesuatu musawarah adalah Harun Din. Seorang ulama yang dihormati dan disegani semua pihak.
      Beliau adalah seorang yang jujur dan sentiasa memelihara tingkah lakunya.
      Saya percaya jika kedua belah pihak sanggup mengenepikan ego dan dendam masing masing suatu keputusan baik akan dapat dilakukan.
      Sentiasalah mendahulukan Islam.
      Fikir fikirkan

      Delete
    2. Amboi byk nya dok beri pendpt...rasa macam geliga sangat..kalu btoi la umno nak jaga melayu ...kenapa perlembagaan umno bertunjangkan tingalan penjajah....tukar perlembagaan sekarang .secara automatic pas akan besama umno setuju.....kalu tak tok sah lah dok bg pendpat berbelit2.

      Delete
    3. Contoh islam pas. Sentiasa menentang. Tiada pendapat .Not open minded.

      Delete
  9. Masalah dalaman kita semakin parah memang ada perbuatan sabotaj sewaktu hari penamaan calun lagi ia berlaku di Surau Madah dan juga sekolah AT Talim sebelum mengundi..memang tak patut.

    ~ Zul Colok Bilik Gerakan ~

    ReplyDelete
  10. Masalah dalaman kita semakin parah memang ada perbuatan sabotaj sewaktu hari penamaan calun lagi ia berlaku di Surau Madah dan juga sekolah AT Talim sebelum mengundi..memang tak patut.

    ~ Zul Colok Bilik Gerakan ~

    ReplyDelete
  11. sudah tiba masanya DAP dan PKR kene perkenankan permintaan PAS berkenaan soal hudud...nak x nak kalo DAP nak PR menang, dia dia kene terima hudud...kalo x...kita semua RUGI...rugi kerana umno yg BERHUTANG rakyat pulak yg menanggung bebannya...

    antara soal agama dan bangsa...melayu x pedulikan agama...tapi kalo PR mampu tawarkan HUDUD...aku rasa...kalo x 60% melayu sokong pon...50% melayu sokong sudah cukup utk PR menawan PJ pada PRU 14 nanti....kene lah bertindak dari sekarang...

    ReplyDelete
  12. Mustahil tokey arak bolih menjadi pemimpn yg di redhoi Allah. Nanti semua rakyat mabook.

    ReplyDelete
  13. Hahaha DAP yg menang byk pun. X yah la nak kata org tipu ka apa. Kalau PR menang pun tgk la sapa yg berkuasa nnt

    ReplyDelete
  14. Orang cina tetap bijak dan matang...orang melayu kebanyakkannya jauh dari fahaman dan kehidupan Islam...jadi mereka melihat PAS sebagai ekstrim...Umno menawarkan kehidupan yang asal boleh...dosa sikit2 tak apa. Ini yang disenangi Melayu. Rasuah, curi harta rakyat, tipu, zalim dsbnya bukan suatu yang diambil peduli sangat...itulah Melayu kita. Jadi tak payahlah sibuk nak suruh UMNO-PAS bersatu. Ubah cara hidup dan pemikiran Melayu, maka tiadalah UMNO di Malaysia ni...

    ReplyDelete
  15. x perlu ckp dap menang ke ape...apa gune melayu menang tapi pijak bangsa sendiri???

    ReplyDelete
  16. gila babi,ada ke Hj Imran menang Parlimen yg untung adalah cina.

    -kaki waya blackout

    ReplyDelete
  17. Sekarang ternyata sudah...BN tetap memerintah Perak...Semua ini kerja Allah Taala...Muhasabah diri sendiri..daripada menuduh yang bukan-bukan tanpa bukti nyata..
    LAIN KALI LAH YEA...KALO NAK GI PUTRAJAYA..MAI SAYA TUMPANGKAN...!!!!

    ReplyDelete
  18. Salam.Tahniah pada yg menang.Kalau kemenangan dgn cara menipu,balasannya pasti tiba cuma cepat atau lambat,tak di dunia pasti di akhirat.Pasti!!!aku tetap sokong perjuangan yg akan memartabatkan Islam.Kenapa pula kita nak tunjuk cth DAP aje yg hina Islam walhal MCA lagi suka mendendangkan isu2 ini....aku tak hairan kalau mereka yg kutuk @hina agama Islam sebab mereka memang tak Islam.yg sedihnya org yg mengaku dirinya Islam yg merendahkan Islam,mempertikai hukum hudud,menghina ulamak dan sebagainya.kalau tak suka diam ajelah,kalau jahil belajar lagi jgn jadikan matlamat menghaalkan cara.....tak pasal2 masuk neraka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lihat apa jadi pada MCA yang menghina ISLAM. Allah KALAHKAN dan mungkin tidak boleh bangkit lagi. Sebaliknya, lihat DAP yang memihak kepada ISLAM keciali Banggali bernama KARPAL, ALLAH beri KEMENANGAN yang amat membanggakan kepada PKR.

      Delete
  19. Tak sabar nak tunggu pemilihan umno, nak tengok siapa yg menang antara najib razak n muhyidin, muhkriz n khairi mesti meriah.....bes...bes...bes

    ReplyDelete
  20. Anon 9:54. Ana mahu tambah sedikit. Bukannya ana lebih ilmu tapi berpesan-pesan itu adalah dituntut dalam Islam.

    Ayuh, umat Islam semua, bangun dari tidurmu. Bersatulah di bawah panji Islam ahli sunnah wal jamaah berdasarkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul. Kita punya ulama-ulama yang hebat dari kedua dua parti. Satukan mereka dan satukan kita semua. Kerana apa?

    Kerana itulah kerja Rasulullah saw selepas mendapat Yathrib dan ditukar nama kepada Madinah. Aman dan makmurnya Madinah selepas mengharungi peperangan demi peperangan. Baginda menyatukan hati kabilah kabilah arab dengan wahyu Allah iaitu Al Quran. Itu saja ubatnya.

    Mari kita gesa pemimpin yang tuan puan beri amanah mentadbir negara agar mengubah corak pentadbiran kepada yang diredhai Allah swt berteraskan Al Quran dan Sunnah.

    Ana sebagai rakyat bukan mahu kuasa tetapi mahu duduk dalam satu jemaah rakyat yang imamnya bersyariat dgn syariat Islam dan beribadah (kerja) menurut pimpinan Al Quran dan Sunnah. Itu sahaja.

    Akhir kata. Pohon yang baik, akarnya menunjang jauh ke dalam bumi, batangnya lurus menegak ke langit dan menghasilkan buah setiap musim.

    Sebatang pokok durian, akarnya akar durian, batangnya batang durian dan buahnya buah durian.

    Mana bisa sebatang pohon berakar manggis, berbatang mangga dan berbuah durian?

    Sebuah negara Islam, hukumnya hkum Islam, Negaranya negara Islam dan Rakyatnya umat Islam. Inilah kalimah yang baik.

    Rujuklah surah Ibrahim 14: 24, 25

    Mari semua! Marilah menuju Kejayaan!

    ReplyDelete
  21. KESIMPULANNYA: Macam mana nak bersatu ....UMNO dengan Sekularnya.....PAS tetap dasar Islam nya.....mana boleh penyamun nak berbaik dengan orang baik2.....PAS pun tak ingin nak jadi penyamun.....boleh jadi MCA, MIC dll tu cukup layak berkawan dr dulu lagi........yang tak nak menyamun dah pun sokong PR....Lagi pun dah berpuloh tahun berkuasa ....tiada pun agenda Islam dari UMNO....setakat buat perkara asas tu....kat Siam dll pun berlambak.....

    ReplyDelete
  22. Bawalah para ilmuan dari PAS dan UMNO untuk berbincang dan membuat satu ilmiah resolusi. Bukannya ikut sedap mulut.

    Setakat ni bila saya ikuti, UMNO dengan para ilmuannya dan PAS dengan para ilmuannya.

    Dan yang para pengikut yang kat bawah ni confuse dan tafsir ikut sedap mulut.

    Semoga diberkati dan diredhai Allah hendaknya...Amin.

    ReplyDelete
  23. Yg pasti mat cherok to 'kun memang terkeluaq senarai..Sampai bila2 pun jd ketua pembangkang!! Kalau Nak jd PM juga,diperbolehkan untuk kawasan to'kun,Alma,jln kilang ubi,Machang Bubok,bukit minyak,bukit mertajam,penanti,permatang pauh,permatang pasiaq dn Taik minyak!!!kah kah kah kah

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari