boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, May 22, 2013

Pasca PRU 13 - Kerajaan BN tindas rakyat di Sarawak ?

Sudah selesaikah masaalah rakyat di Sarawak ? Terbelakah kehidupan mereka...




Anak kecil masih lagi tak berbaju,,, 

Menteri naik gaji beribu-beribu......

NEGARA

Menteri Sarawak bergaji besar

YANG Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin (tiga dari kiri) bersalaman dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada majlis pembukaan penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching kelmarin.


KUCHING – Semua wakil rakyat di Sarawak mendapat nafas baharu untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi apabila mereka bakal menerima kenaikan gaji bulanan tiga kali ganda antara RM9,000 hingga RM26,000 sebulan berkuat kuasa 1 Januari 2012.
Mereka mendapat durian runtuh itu apabila Rang Undang-Undang (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-17 di sini semalam.
Rang undang-undang yang meliputi pelarasan gaji, pencen dan ganjaran itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga dilakukan oleh Menteri Kewangan II negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh (gambar kecil).
Soon Koh berkata, wakil rakyat termasuk Setiausaha Politik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Menteri Muda, Menteri, Menteri Kanan, Timbalan Ketua Menteri dan Ketua Menteri akan menerima kenaikan sekurang-kurangnya tiga kali ganda atau 200 peratus.
Beliau berkata, kali terakhir DUN Sarawak membuat pelarasan gaji wakil rakyatnya ialah 21 tahun lalu iaitu pada tahun 1992.
“Pelarasan gaji ini mengambil kira faktor seperti peningkatan kos semasa, tanggungjawab dan cabaran ketika berkhidmat di wilayah yang besar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Mengulas lanjut, Soon Koh memberitahu, gaji Setiausaha Politik akan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM9,000, ADUN (RM4,500 kepada RM15,000), Menteri Muda (RM7,000 kepada RM21,000) serta Menteri (9,000 kepada 27,000).
“Gaji Menteri Kanan pula dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM30,000, Timbalan Ketua Menteri (RM11,000 kepada RM35,000) serta Ketua Menteri (RM13,000 kepada RM39,000),” katanya.
Pada masa sama, Soon Koh menjelaskan, pelarasan berkenaan akan mengambil kira tunggakan gaji bermula 1 Januari 2012 dengan melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM17 juta.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2TyEB9Ybi 
Hakcipta terpelihara 


Bila pulak gaji menteri BN di Malaysia nak dinaikkan.. silakan.... rakyat kalau tak suka sila keluar hijrah dari negara Malaysia...






3 comments:

  1. Bhai...mmng betul apa lu ckp,apa nk jd dgn bn disarawak...wlupun bkn umno parti dominan di sarawak yg pasti umno tidak akn tlg rakyat di malaysia ni...bn ttp bn,cuma tahu nk naik gaji je di sarawak ni tnpa peduli masalah rakyat negeri sarawak yg hmpir nk sama saiz dgn smnnjung tanah melayu...

    Knplh bn tak kmpulkn rakyat sarawak letak kat satu tmpt jew supaya mudah nk tngk2 rakyat yg suka duduk jauh2...isk isk lps tu buat satu undang yg larang rakyatnya yg bk mngamalkn kehidupan tradisi...paksa diaorg tinggal dirumah teres dan bkn lg rumah panjng...

    Kita tngk rakyat kelantan yg duduk bawah pas di semenanjung tanah melayu...rakyat kelantan yg tnggal di banglo dan mahligai...mana ada rakyt kelantan yg duduk di hulu atau jauh dlm hutan, kaum asli dikelantan ramai yg dh tnggal di kota baharu...jiran2 nik aziz ramai dari golongan org asli...islam jgn ckp lah...mana ada rakyt asli di kelantan yg beragama lain...

    Ahli politik kelantan semua hidup zuhud asalkn rakyat kelantan selesa dan mewah...klu org asli sarawak minum air paip dikelantan mesti diaorg trkejut...buka paip jew keluar teh susu,milo dan kadang sirap bandung...msti org sarawak trkejut sbb org kelantan mandi gunakn air teh susu ngan milo...perghh mewah sungguh!!!

    Org sarawak mana blh jmpa org kelantan di negeri lain utk cari kerja...org kelantan di kelantan kadang2 lupa dia kerja kt mana sbb bnyk sesngt peluang kerja disana...pagi kerja di tmpt A..lps tu tak suka blh kerja tmpt B..fuhh mewah sngguh org kelantan...klu prgi kelantan ramainya kaum wanita yg nmpk bekerja dan meniaga...org jantan suka buat kerja yg nmpk cam tak kerja...fuyo best giler duk kelantan ni yg jd antara negeri paling maju..

    .tngk selangor dan pp dibwh pr...baru dua pnggl jew dh jd negeri maju dimalaysia...klu tak dulu dua negeri mundur mcm sarawak juga masa bawah bn..rugi rakyat perak yg pilih bn...hnmm susahlh org perak ni...dh 56 tahun dibwh bn,takda lnsung kemajuan di perak ni...takda beza ngan sarawak..

    ReplyDelete
  2. Diaorg memang mcm tu la..bg la apa pun..diaorg memang pki mcm..

    ReplyDelete
  3. Takpa BRIM kan ada. Cukup la dengan RM500 setahun tu. KM kan perlu duit yang banyak, tengok la bini dia dah tentu perlu duit untuk buat "maintanance" setiap hari.....

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari