boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, May 22, 2013

Tahniah Buat Khairy Jamaludin, dah mula jalankan tugas sebagai menteri.

Orang barulah katan, muda lagi pulak tu, semangat yang membara,,, walau apa pun, inilah peluang yang,, selaku menteri belia dan sukan, ada autority nak menegur... belasah...


Piala Sudirman: Tewas Kepada Dua Pasukan Bukan Pilihan, Khairy Bidas BAM


PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin membidas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berikutan prestasi buruk skuad negara apabila gagal mara ke suku akhir Piala Sudirman setelah tumpas kepada dua pasukan bukan pilihan dalam aksi peringkat kumpulan.

Sambil menyifatkan prestasi itu adalah terburuk dalam sejarah badminton negara, beliau berkata BAM perlu bertanggungjawab di atas kekalahan itu dan menggesa badan induk badminton negara itu membuat 'post mortem' secara menyeluruh termasuk dari aspek pembangunan sukan berkenaan.

"Sebagai menteri, saya kecewa dengan kekalahan pasukan negara. Tidak pernah dalam sejarah kita kecundang kepada pasukan yang jauh lebih lemah (atas kertas)...realitinya kita lagi lemah daripada mereka.

"Saya harap BAM memandang serius perkara ini kerana ramai pihak termasuk saya sangsi dengan kebolehan BAM mengendalikan sukan badminton negara pada masa ini," katanya ketika ditemui pemberita di Menara KBS di sini Rabu.

Pada perlawanan Kumpulan C di Bukit Jalil semalam, Malaysia sekali lagi dikejutkan apabila tewas 2-3 kepada pasukan bukan pilihan, Jerman, sekali gus meleburkan harapan negara mara ke suku akhir Piala Sudirman.

Sebelum ini, pasukan negara diaibkan 2-3 oleh Taiwan. Khairy berkata pihaknya akan menunggu laporan daripada BAM dan beberapa tindakan dan keputusan berdasarkan bidang kuasa kementerian dijangka diambil terhadap badan induk badminton negara itu.

"Kementerian tidak boleh masuk campur dalam perjalanan persatuan sukan tetapi kita tidak boleh biarkan begitu sahaja.

"Sebagai menteri, saya bertanggungjawab ke atas segala pembangunan sukan dan telah banyak sokongan yang kementerian beri kepada persatuan. Mereka perlu accountable kerana soal akauntabiliti itu akhirnya dapat dijawab melalui prestasi," katanya.

Ditanya mengenai cadangan supaya BAM dirombak, Khairy menggesa BAM melakukan perubahan menyeluruh termasuk dari segi struktur dan pembangunan badminton jika mahu menjadikan Malaysia antara gergasi dalam sukan berkenaan.

"Saya tidak dapat berbuat apa-apa (rombakan) sebab bukan kuasa menteri, tetapi saya berpendapat perubahan perlu dilakukan dalam apa jua bentuk...bukan perlu lepas jawatan.

"Saya rasa kekalahan malam tadi membawa kepada maksud 'sudah terang lagi bersuluh'," katanya.

-- BERNAMA


Jangan pihak BAM yang terasa hati pi ngadu dengan Penaung BAM sudah ler,,, buatnya Penaung murka.... he he  he...




8 comments:

  1. err.. KJ tibai rosmah kot!? hehehe

    ReplyDelete
  2. Biaq pi la mmg keja dia..satgi org kata dia x buat kerja plak..yg kita ni dok pi baca blog ni dh xda kerja lain nk buat ka??

    ReplyDelete
  3. khairy tak paham sentimental value bila rosmah dakap pemain2 badminton negara...

    ReplyDelete
  4. kerana rosmah badminton hancur .... berani kj halau rosmah dari badminton...??? kerana raja johor, bola sepak pun akan hancur ..... berani kj nak halau raja johor ...???

    ReplyDelete
  5. tu dia..hampa tengok berapa kali dia strees dia "sebagai menteri"...siap habak lagi tentang batasan "kuasa menteri"...awat orang tak tau lagi ka dia tu dah jadi menteri?

    ReplyDelete
  6. sebenarnya cina GERAKAN yg main utk negara. tu pasal kalah tu. kalo x x kan najib kata apa lagi cina mau.mana x cina GERAKAN tu x makan hati dgn kata2 najib. harap kj g sound pada cina GERAKAN tu apa lagi cina mau senada dgn najib, baru najib lantik kj jadi menteri pendidikan pulak kot ganti cine kristian di kementerian pelajaran dan pengajian tinggi tu.

    ReplyDelete
  7. itu pemain dari bangsa cina.cina rasis.sajer bagi kalah

    ReplyDelete
  8. Harap BAM dapat cari pemaian yang sedegil Misbun Sidek..Foo Kok Keong....Ada tu kt sekolah2...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari