6:50PM - 26 Mar 2014
Kassim Ahmad ditahan di Kulim
Sarjana Kassim Ahmad ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah, ekoran kenyataan kontroversinya berkaitan hadis yang dibuat dalam sebuah seminar di Putrajaya sebelum ini.
Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kassim ditahan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim kira-kira jam 2.30 petang.
Penahanan itu dibuat selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya, menurut kenyataan itu.
Beliau ditahan bawah Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 berkaitan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.
Sementara itu, anak Kassim -- Ahmad Shauqi -- berkata, bapanya dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kulim dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk tujuan soal siasat.
JAWI tidak dapat dihubungi pada masa ini kerana di luar waktu pejabat.
Dijangka didakwa esok
Seorang pegawai agama di Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.
Menurutnya, kira-kira 10 penguatkuasa agama terlibat dalam penahanan itu yang turut diiringi anggota polis tempatan.
Kassim dijangka dituduh di mahkamah syariah di Putrajaya pagi esok.
Kassim dalam seminar pemikirannya pada 16 Februari mencetuskan kontroversi apabila menyamakan ulama dengan "kasta paderi", menolak syahadah kedua dan berpendapat rambut bukan aurat wanita.
Program dua hari di Yayasan Kepimpinan Perdana itu dirasmikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan).
Kenyataan itu dikritik meluas pelbagai pihak termasuk parti politik, NGO dan ulama Islam.
Sebuah buku Kassim, Hadis: Satu Penilaian Semula diharamkan sebelum ini selepas dianggap antihadis.
Pasti akan ada usaha-usaha yang akan menyelamatkan si Kassim ni,,, apa pun Jakim dan Jawi kena teruskan,, pemimpin umno sekarang ni tengah duk sibuk isu MH370... ha ha ..
Jika Jakim dan Jawi bertindak dgn profesional tanpa takut apatah lagi memihak, tentu kantoi Kassim kali ini.
ReplyDeleteBukan setakat kassim jer,tu bapak setan yg mrmpersendakan Allah swt,hukum Allah swt dan Rasulullah juga wajib di ambil tindakan.ader brani ker?akhirat nanti kalian kena jawab oi.
Deletemengapa kasim seorang shj......yg seorang lagi tu mcm mana?
ReplyDeleteskrip baru nak pesong rakyat..diorang ni takda modal lain dalam politik..MH370 pun spin pilot sebagai bunuh diri kerana Anwar..cara politik nak laga agama, bangsa dan negara...lepas tu duduk bawah ketiak hamis dia..go jahanam la wei..
ReplyDeleteTangkap saja syaitan yang dikenali tu .
ReplyDeleteJakim dan Jawi berlakon aje tu....bila disergah oleh "Bapak Setan" yg sekor tu nanti habis lari lintang pukang dan fail nak dakwa kasim tu pun hilang entah kemana.
ReplyDelete