boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, March 31, 2010

Dimana Hak Istimewa Orang Melayu!!!..

Salam Sejahtera...

Ha ha ha.., padan la Dr Mahathir cakap dalam ucapan Perkasa tempohari UMNO tidak lagi mendapat kepercayaan orang Melayu, memang betui la....

Cuba hangpa perati senarai penerima pertama biasiswa nasional 2010.

1. Gladys Tan Yee Kim (SMK Green Road, Kuching)

2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya)

3. Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan, Labu)

4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar)

5. Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah, Seremban)

6. Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Gombak)

7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Baharu)

8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka)

9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Gombak)

10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping)

11. Muhammad Amal Aiman Mohd Yusof (MRSM Kota Baharu)

12. Kuah Jia Ying (SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang)

13. Chean Chung Shen (SMK Methodist (ACS) Sitiawan)

14. Ahmad Zhafir Zulkfli@Zulkifli (SBPI Temerloh)

15. Goh Diangde (SMK Derma, Kangar)

16. Ameenah Azman (Kolej Tunku Kurshiah, Seremban)

17. Erin Chuah Wei Yen (SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur)

18. Mohamad Syukri Azmi (MRSM Kota Baharu)

19. Muhammad Syafiq Kamarulzaman (SBPI Selandar, Melaka)

20. Neelam Devi Nath (SMK Buloh Kasap, Segamat)

21. Ooi Hui Lynn (SMK Convent Green Lane, Pulau Pinang)

22. Nurliyana Sanusi (MRSM Kota Baharu)

23. Gan Li Fang (SMK Tun Mamat, Tangkak)

24. Muhammad Sallehuddin Mansor (SMK Matang, Perak)

25. Muhammad Izzat Solihuddin (MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka)

26. Nurizzati Zainal Nazeri (Kolej Yayasan Saad, Melaka)

27. Khairunnisa Che Bahrun (Maahad Ahmadi, Tanah Merah, Kelantan)

28. Nurulaida Mohd Darus (SBPI Jempol, Negeri Sembilan)

29. Loh Sook Yin (SMK Tinggi St David, Melaka)

30. Malathy a/p Balakrishnan (SMK Ibrahim, Sungai Petani)


Daripada 30 penerima , hanya 15 orang iatu 50% sahaja pelajar anak Melayu, 13 orang lagi Cina dan 2 orang India... Kenapa sebelum ini ada pihak-pihak yang dok memperjuangkan hak Melayu diam membisu,

Kenapa bila UITM dicadangkan diberi kouta 10% kepada bukan bumiputra seketika dahulu maka bangunlah pejuang-pejuang Melayu menentang cadangan tersebut.

Pemberian biasiswa ini bukan 10% kepada bukan bumi, malah separuh dari jumlah tersebut...

Kalau kita perhatikan dari senarai anak-anak melayu tersebut cuma 3 orang sahaja dari sekolah harian (SMK) iaitu dari Maahad Ahmadi Kelantan, SMK Matang Perak dan SMK Derma Perlis, 12 orang lagi semuanya datang dari sekolah berasrama Penuh, inilah nasib yang diterima oleh anak-anak bersekolah harian, peluang untuk mereka terlalu sedikit berbanding dengan pelajar dari Sekolah berasrama penuh...

Apakah yang akan terjadi kepada anak melayu dalam tempoh 10 tahun akan datang kalau begini rupanya....

He he he 1Malaysia....

Sumber : malaysiakini.

PENYAMUN , PENCURI,... Siapa ya..

Salam Sejahtera....

Mana nak taruh muka wei,,, apabila dikatakan pencuri dan penyamun, tetapi nama pun UMNO, bukannya ada perasaan malu, apa dia kira itu semua, hukum Allah yang lebih besar daripada itu pun ia tolak, ini setakat curi, samun perkara kecik sajalah, itu standard mat gian kebulok syabu ajalah...


He he ... 1Malaysia...., 1Dunia orang tahu yang dalam dewan Sidang DUN ada Penyamun dan pencuri.....

Awas - Satu Lagi Penyakit Baru...

Salam Sejahtera...

Wabak H1N1 belum selesai, wabak denggi yang dah bertahun-tahun tak juga habis, walaupun setiap petang ada saja taman perumahan kena sembur ubat....

Yang terkini satu lagi wabak, virus air kencing tikus, selebriti yang juga pelawak Din Beramboi kini koma dan berada di hospita Selayang akibat jangkitan virus tersebut. Baca DI SINI.

Dalam suasana negara yang masih kelam kabut dengan politik tak sudah-sudah, jenayah kolar putih dan biru semakin berluasa, kegiatan maksiat dan moral yang sudah berada dikemuncak, ekonomi yang semakin meruncing mengcekik nafas rakyat-rakyat marhaen, tiba-tiba masalah kesihatan dan keselesaan kehidupan rakyat dinegara ini juga masih lagi belum terjamin.

Tahniah 1Malaysia.

Tuesday, March 30, 2010

Cerita Sama Tapi Penyampaian Berbeza..

Salam Sejahtera...

Malam tadi aku terbaca satu kisah, kisah yang tak baguih, 18 SX, di DI SINI. Lengkap semuanya cerita yang di paparkan di blog-blog...

Tetapi pada pagi ini, berita dan kisah yang sama, di ceritakan di akhbar DI SINI. Berita ceritanya macam hampieh,,, kenapa tak sebut dari parti politik mana..... Kenapa ya... takut orang-orang Parlimen Hulu Selango tahu ka...

Monday, March 29, 2010

Yahoo..Mari-mari...Sama-sama kita ....

Salam Sejahtera...

Sekejap tadi aku ke Kuliah Magrib Bulanan Ustaz Wan Ahmad Tarmizi , seperti biasa kuliahnya, cuma satu berita baik buat kita semua Ustaz Wan juga rupanya dah blog sendiri,

Jadi disini aku menyeru semua para pembaca yang ada blog, boleh kiranya linkkan blog Ustas Wan diblog masing-masing, moga-moga pembaca dapat membaca apa yang di isi dalam blog Ust Wan,

Dalam blognya cuma ada satu isu atau topik sahaja..., tak banyak isu... hangpa masuk dan baca sendiri.... http://wantarmizi.blogspot.com/

Politik MCA - Teori Kepala Ikan..

Salam Sejahtera...

Masih ramai lagi yang belum lupa bila apek ni keluar dalam TV dengan teori seekor ikan, dan menerangkan apabila kepala ikan dah busuk, maka keseluruhan ikan itu dah tak boleh dimakan lagi....








Namun semalam perwakilan MCA sendiri dah kena virus seperti mana rakan utama mereka UMNO, dah hilang prinsip maruah untuk memilih pemimpin no 1 mereka,

Kita boleh lihat bagaimana mantan Presiden Amerika hero Bill Clinton dengan Monica Lewinsky, bagaimana sikap rakyat Amerika menolak dan sikap Bill Clinton sendiri.

Apakah kebusukan di kepala ikan tersebut dalam MCA dan juga UMNO akan memberi tuah kepada Pakatan Rakyat.., Insyaallah, semakin busuk bau kepala ikan semakin ramai yang akan tinggalkan BN dan UMNO..



Kenyataan Mursyidul Am PAS..


KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN


PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

Sunday, March 28, 2010

Pakaian Menunjukkan Budaya..

Salam Sejahtera...

Yang ini bukan lakonan, ini benar dan betul belaka..., Sebab kalau budaya Melayu Malaysia Pakaian menunjukkan Budaya, ada dua kategori, satu kategori lakonan, satu yang benar-benar...

Yang lakonan biasalah, dalam felem,..., Yang benar ialah menunjukkan realiti kehidupan,,

Kalau Di negara Arab pakaian berjubah begini memang tradisi Arab, itu tak boleh ambil kira...

Tapi kalau dalam Malaysia, pakaian berjubah, bersongkok putih, selalunya menjadi pakaian ke masjid, balik masjid singgah pi tahlil, ia biasa menjadi rutin umat Melayu Islam di malaysia...
ia tak pakai jubah pergi kelab dangdut atau karaoke,,, tak ada...




Inilah berkat dari ketua kerajaan yang sering berpakaian begini, lalu menjadi idola kepada semua,,, maka menjadi agak luar biasa sikit bagi kita terpandang anak raja yang sekarang pemangku raja berpakaian begini,

Itukah sebabnya yang menjadi igauan sesetangah pihak takutkan bakal Raja memerintah negeri yang 20 tahun Ulamak memerintah, sehingga ada yang sanggup melangkau kuasanya...

Sebelum ini pun Tengku Faris dahmengejutkan rakyat dengan mengimami sembahyang hajat di padang, tahniah...

Moga-moga Allah S.W.T merahatmati pemimpin dan rakyatnya yang bertakwa...

Alangkan baiknya kalau Raja Muda Negeri aku pun dapat berpewatakan begitu...........




Calon "Bermukah" Jadi Presiden MCA..

Salam Sejahtera...

Nampaknya Calon yang ditolak oleh sekumpulan Wanita Cina dengan gelaran No Adulterous President' (NAP) ("Bermukah") DI SINI telah dipilih oleh Perwakilan MCA untuk menerajui kepimpinan MCA sebagai Presiden dengan undi 911. Perwakilan yang memilik Chua Soi Lek tak kira itu lama punya cerita, yang mereka mau masyuuuk kocek....serupa itu satu lagi parti komponen BN Melayu maaa...

Nampaknya baru ada ngam, hampir sama setanding dengan Presiden Parti Komponen BN yang lagi satu tu,,,, Parti apa ya...,,, aaa..aaa..aaaa.aaaa.. aku tak kata ya..., nanti mengumpat...

Tahniah MCA...., Tahniah 1Malaysia... ada ngam...ma.... Apa cerita PKFZ.. boleh tutup buku maaa..

Pembohongan Besar Ibrahim Ali..

Salam Sejahtera...

Kami tidak bermusuh dengan sesiapa,,,, Kepala hotak hang.., yang buat report polis sampai 13 report tu apa benda....kalau dengan UMNO memang betui dan aku setuju..., malah siap jadi barua UMNO.., baca DI SINI..

Saturday, March 27, 2010

Kepercayaan Orang Melayu Kepada UMNO dah terhakis..

Salam Sejahtera...

Apa cerita dengan Parti Melayu yang terbesar di dunia iaitu UMNO apabila penyokong parti tersebut yang terdiri dari orang Melayu dah hilang kepercayaan.. he he.. ini bukan aku saja nak tulis, walaupun aku sendiri dari dulu lagi semenjak di bangku sekolah Menengah tahun 1974 - 1978, aku dah mula hilang kepercayaan kepada UMNO, sampailah hari ini.

Kenyataan orang Melayu dah hilang kepercayaan kepada UMNO keluar dari mulut manusia yang menjadi Pelopor parti UMNO itu sendiri, DR Mahathir, BACA DI SINI.

He he.. padanlah sanggup pi jadi Tukang Rasmi Majlis Perkasa...., apakah Dr Mahathir sendiri hilang kepercayaan kepada UMNO atau pun UMNO yang tak suka kat dia.., mana satu betui...


Bodoh Piang Punya Melayuu..

Salam Sejahteraa...

Apa lagi yang boleh aku nak kata, selain dari bodoh,, apa tak bodohnya.., apa faedah yang dok pi tonyok keris sampai naik kelepek hidung tu.... apa faedahya... simbolik... phoorah.. apa yang simbolik...

Tak usah nak tonyok la keris tu..., kalau pi rodok perut yang pakai tengkolok tu ada faedahnya,, itu baru aku salute... itu baru Perkasa....
(gambar ehsan Malaysia Insider)



Baguih Punya Syarat 1Malaysia....

Salam Sejahtera...

Ini semua kerana kedudukan ekonomi negara dah meningkat, pandai dan bijaknya Menteri Kewangan yang menjana ekonomi negera memerintah negara Malaysia.

Apa tidaknya, kalau sebelum ini sebuah sekolah yang para pelajarnya nak masuk tandas sekolah pun kena bayar 10 sen, kini yang paling terbaharu syarat yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk kakitangan awam yang ingin bersara awal wang ganjaran (gradeduty) hanya dibayar RM10,000 atau 20% daripada ganjaran tersebut.....,

Oii RM 10 ribu apa yang boleh dibuat, nak bayaq ansuran gelang bini pun tak lepas, buat kata yang berangan nak pi ke Mekah tunai haji pun tak cukup, sorang pergi pun belum tentu...., kebanyakan kakitangan awam yang mohon bersara awal selalunya disebabkan faktor kesihatan, tempat kerja.. bini diselatan, laki diutara..., dan yang paling banyak ingin mula penghidupan baru nak berniaga, dah ..., bagi yang ada niat dihati nak berniaga, nampaknya tak kesampaianlah, kalau setakat RM10 ribu, boleh nak meniaga apa, tak sempat pun... apa tidaknya, bila dah mula pencen gaji pokok dah tinggal separuh, segala elaun EKA, COLA, Keraian, Sewa Rumah dah tak ada lagi,,, lari budget Yob...

Inikah hadiah untuk rakyat yang didahulukan,,, aku syorkan apa kata kakitangan awam, yang dok bercita-cita nak bersara awal, kalau plan A tak berjaya, apakata lepas tu mohon kerja jadi Polis pulak,,, bukankah Polis nak tambah ramai anggota, lagi pun Polis gaji mahal, duit elaun pun tak terabis nak makan......

Kaitan Berita :bharian.

Friday, March 26, 2010

Buat Wanita dan Puteri UMNO...Contohilah Kumpulan Ini...


'Tolak pemimpin bermukah'

Hangpa tau apa makna maksud bermukah, aku pun tak tau..., terpaksa rujuk kamus dewan, maknanya...

bermukah melakukan persetubuhan secara haram, berzina, berkendak: jangan ~ dgn gundik raja dan jangan ~ dgn tunangan orang.

Jadi perkara yang baik yang dilakukan dalam kes perhimpunan MCA tu patut dicontohi oleh Puteri dan Wanita UMNO pada masa-masa akan datang...
Tak semesti "bermukah" aja, berjudi, togok arak, rasuah, raba bontot...
Baca DI SINI

YB Saifudin - 4 MP PKR Umpama Anjing, Dr Asri - Apabila Ulama Disifat Bagai Anjing..

Salam Sejahtera..

Sebelum ini sewaktu pembukaan Sidang Parlimen yang lepas YB Macang Saifudin menyifatkan 4 ekor MP PKR yang melompat umpama anjing upahan, memang patut pun....

Namun hari ini bab anjing lagi, Dr Asri pula menyifatkan sesetengah ulama pula sebagai anjing, "

Hari ini mungkin sesetengah ulama sudah tidak bimbang jubah putih mereka tercemar lagi, kerana mereka memiliki koleksi pakaian yang cukup banyak hasil dari kemewahan memakai gelaran rasmi agama. Sehingga ada yang jumlah gajinya mengejutkan parlimen dan rakyat.

Namun di zaman moden ini, mereka mungkin bimbang habuan yang dijanji tidak diberi, kontrak mereka tidak disambung, atau pangkat mereka tidak dinaikkan, atau bisnes yang mereka menjadi ‘duta produk’ atau juru larisnya terjejas, atau perlantikan mereka di institusi-institusi yang menghasilkan elaun bulanan itu terganggu.

Baca SEPENUHNYA


Komen : agak-agaklah, siapalah ulama-ulama yang dimaksud itu ya..., ehem-ehem...

UMNO, MIC masing-masing dah kebulorr..

Salam Sejahtera...

Pertama sekali aku ucapkan takziah buat waris dan keluarga Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.


Umpama lanun-lanun yang hanyut dibawa arus laut berhari-hari sampai kepantai nak mencari makanan dan minuman, disebabkan dah terlalu kebulor, projek pun dah dua tahun lebih tak masuk, maka UMNO spesis muka yang tak tau malu terus mengemukakan cadangan mereka DI SINI.

UMNO nampaknya masik nak pakai barang lama iaitu mantan MB I no spik English bakal menjadi calonnya. Baca DI SINI

MIC pun yang selama ini kehilangan hampir habis semua kerusi yang diperuntukkan kepadanya pun tak buang masa, terus keluar pengesahan yang bekas calon sebelum ini dicalonkan semula, DI SINI

He he UMNO & MIC serupa abang adik juga machaa, kasi gaduh pun tarak apa punya,, tak ada hal..

PKR dan PR nampaknya diam lagi, masing-masing dalam bergabung lagi agaknya, apa pun aku punya pendapat dari hati yang ikhlas, kalau rasa nak menang banyak nak dapat undi, calon PKR adalah diharapkan berehat dulu buat seketika, berikan ketengan buat pengundi-pengundi yang fobia dengan adegan lompat-lompatan baru-baru ini, awas....., strategi UMNO macam-macam,,, ada lagi yang nak melompat...,

Oleh kerana pengundi Melayu 53% lebih, adalah lebih baik kerusi ini diberikan kepada PAS untuk PRK ini sahaja, nanti bila PRU 13 lain cerita, runding balik...., Nama pun Pakatan, apa salah kalau berpakat dahulu, cukuplah 4 yang dah lompat, karang yang ini pun terlepas juga, padan muka...


Hukum Karma - Baru 15 Tahun berlalu..

Salam Sejahtera...

Kesian juga aku kat sahabat kita seorang ni, Abdul Malek Hussin, 53, bukan saja gagal mendapat pampasan kewangan itu yang diberikan Mahkamah Tinggi pada 2007 sebanyak RM 2,5 juta, tetapi juga diarahkan oleh kuorom itu untuk membayar kos litigasi RM50,000. Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Sulong Matjeraie dan Datuk Ahmad Maarop semalam sebulat suara memutuskan penahanan Abdul Malek selama 57 hari itu adalah sah. Abdul Malek dibebaskan pada 21 November 1998.

Tak tahu aku nak ulas apa-apa, tetapi sesiapa yang ingat, sahabat kita inilah sewaktu PRU 9 tahun 1995 yang lalu selaku calon PAS bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS WP telah menarik diri dari bertanding PRU dan mengistiharkan dirinya menyokong calon UMNO.

Waktu tu aku rasa lagi sedih dengan apa yang dilakukna oleh beliau dari apa yang dia rasa sekarang ni....cukuplah..mungkin imbuhan dari penarikan dirinya dari bertanding dulu tu banyak lagi....jadi tak perlulah RM 2,5 juta tu..., malas nak ungkit cerita lama.....

Thursday, March 25, 2010

Jawablah Dengan Benar ......

Salam Sejahtera....

Hurggh, hebat, memang berinterigriti,, semalam di sebut dalam parlimen, hari ini bersempena dengan hari ulangtahun yang ke 203 terus kes tersebut akan disiasat oleh pihak polis, apakah kerana orang yang disebut itu 1Malaysia?..

Confius juga aku, sebelum ini kejadian sebegini SPRM punya tugas, tetapi apakah dengan tambahan kenaikan elaun RM200 sebulan, tugas tersebut telah diambil alih.... Baca DI SINI

He he,,, awak peguam, kacang aja jawapan yang nak diberikan kepadda polis tu nanti..,,

Tahniah Ulul Amri Menteri Pelajaran....

Salam Sejahtera...

Satu perkembangan terbaik untuk pelajaran anak=anak sempena 1Malaysia..., cukuplah hak-hak guru yang pergi kursus dipotong atau disekat, kalau sebelum ini guru-guru kursus makan ala buffet atau ala-card atau pun paling koman sparnar makan hidang 4 orang semja, tapi sekarang makan pakai tapau....., ayak minum pun sirap limau bungkus ikat plastik.....

Tak cukup Cikgu di dera, anak murid mula kena.... oiii, kata ekonomi nak ada peningkatan, bertambaik baik... kwah ptuihhhh.....



BEBERAPA pelajar SMK Tansau, Putatan keluar dari tandas sekolah tersebut yang mengenakan bayaran sebanyak 10 sen setiap kali menggunakannya, di Putatan, Sabah. 24 Mac. - Utusan/GHAZALI BASRI

Komen : Kalau sorang sekupang, berapa ratus pelajar sekolah tu..., kroni sapa yang dapat konrak makan duit taik tu...

Wednesday, March 24, 2010

Berita Paling Kelakar - Menusuk Kalbu.. Aduhai

Salam Sejahtera...

Inilah satu-satunya berita yang paling kelakar dalam masa 3 bulan pertama tahun 2010, Selamat Membaca ..., Apapun lepas tu jangan ketawa tau... ,,, kesian kat depa...


UMNO Padang Besar Memang Anak Jantan !!

Salam Sejahtera..

Tahniah UMNO Padang Besar, Syabas... Teruskan perjuangan hangpa menekan (Adun) Titi Tinggi Yip Sun Onn dari MCA meletakkan jawatan walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan beliau tidak akan melepaskan kerusinya.

Biar lepas ni diadakan PRK ,,, Itu jam hangpa boleh demand macam-macam kat UMNO Pusat, Royalti dan wang ehsanb pun boleh dapat...,

Teruskan mendesak ADUn MCA letak jawatan, lepas tu hangpa calonkan wakil Melayu (UMNO) mengambil tempat kerusi tersebut.kalau DAP Cina hangpa tentang, MCA pun Cina juga.. kemudian kita lawan... sapa boleh menang belakang kira..

Ingat... Ada Pilihan Raya Kecil ada masyuuuukkk.......

Berita Berkaitan.. DI SINI

Bunyi-bunyian dari seorang lagi katak yang beriman.. ....

Salam Sejahtera...

Seekor lagi katak kebebasan melayu memaklumkan dalam parlimen yang ia pernah "ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyah iman untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana dilindungi Allah daripada terbabit dalam fitnah itu dan menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan
. Baca SETERUSNYA.

Betui-betui bebas katak-katak ni, ada katak yang lawan tokeh lama, ada katak yang nak bodek tokeh baru, dua ekoq katak satu dari Bagas Serai dengan katak Nibong Tebal apa pulak ucapannya.... Katak oii katak...nasib hangpa la katak,,, nak jadi umpan haruan ka atau pun ulak sawa,,, silap-silap buaya tembaga....

Hoi... Bolak Balek Cakap Mangkok Ni..

Salam Sejahtera....

Mangkok ni pun dah sampai tahap......, Tahap apa... Tahap HARAM JADAH....,

Baca kenyataannya.. "selagi peletakan jawatan itu belum dimaklumkan oleh speaker DUN Perlis Datuk Yazid Mat kepada pihaknya, Yip masih wakil kerusi itu yang sah".Baca Seterusnya.

Sewaktu Speaker Perak Sivakumar dalam kes 3 mangkok yang melompat dulu kenapa tak diterima, sehingga terpaksa dibawa ke mahkamah, sampai kat mahkamah tergantung tak bertali sehingga sekarang.
Begitu juga DUN Kota Seputih, Kedah, dah betul ADUNnya salah mengikut Undang Tubuh Negeri Kedah, Speaker dah hantar surat kepada SPR, tak ada juga PRK,,, kenapa oii,

Lu saja nak kena maki dengan aku petang ni...


Bukti Yang UMNO Menganiyakan DSAI.

Salam Sejahtera...

Inilah dasar parti geombolan mlayu paling bangsat dalam hidup ku ini, walaupun selama ini kita boleh merasakan yang UMNO ini sama atau lebih teruk lagi dari Yahudi laknantullah, tetapi susah kita nak membuktikannya, namun kini terdapat sudah bukti-bukti kukuh dari penulis atau pecacai UMNO sendiri...

Takkan tak boleh terfikir modal lain kot? Tak boleh kreatif sikit ke?

Kalau benar kerajaan terdesak untuk membunuh karier Anwar maka rasanya masih ada modal lain untuk digunakan.

....


Kalau hendak kenakan Anwar, ini adalah antara peluang terbaik sebab dia guna nama Agong dan ATM.

ISA, OSA dan entah hapa-hapa lagi, gunakan ajelah....dah kerajaan yang berkuasa, dah nama konspirasi...boleh gunakan apa sahaja untuk mengenakan Anwar.

Tak perlu gunakan liwat lagi, gunakan kenyataan Zahrain itu sebaik mungkin.

Seterusnya Baca DI SINI

Tuesday, March 23, 2010

Berita-berita Yang menghairankan..

Salam Sejahtera...

Dalam suasana negara yang mana UMNO mempunyai banyak peluang-peluang untuk menghentam pembangkang khususnya DSAI, tetiba dengan secar kita tidak sedari datang pula berita-berita yang mengaibkan UMNO, tetapi sayang kita tak pandai nak mengolahkan cerita tersebut.

Berita pertama - Biasalah ADUN N1 Titi Panjang Perlis letak jawatan, sebabnya tak puas hati tak sambung jawatan EXCO, kenapa jadi begitu, Ini baru anak jantan, ada buah ....., tak seperti yang dok-dok melompat baru-baru ni...itulah hebatnya UMNO memerintah negara, sedangkan sebelum ini ada pemimpin UMNO mengatakan DSAI tiada kreadabiliti.

Berita Kedua - Seramai 70 orang lebih pekerja-pekerja di PWTC membuat piket tak puas hati dengan pengurusan baru di pWTC, apa nak kata ni.. UMNO juga oii, menurut kata-kata salah seorang yang terlibat, mereka dikerah bekerja separuh nyawa, gaji yang dibayar tak seberapa.... Aku dok ngok dalam TV berita sekejap tadi semuanya orang Melayu, dan comform yang bekerja tu semuanya penyokong atau ahli-ahli UMNO sendiri, kalau penyokong atau ahli parti PAS aku rasa mustahil depa yang mencari rezeki disitu,,,

Itu pun UMNO kerah macam binatang terhadap tenaga-tenaga pekerja yang sama warna kulit dan bangsa..., ini nak perjuangkan Umat Melayu... tahiii kucinglah UMNO oii.....

Berita ketiga - satu lagi kehebatan dari orang Melayu, yang ini pun kalau tak UMNO pun tentu hasil didikan dari puteri UMNO juga,, apa dia, pemain sepaktakraw wanita dari Terengganu ditahan polis bersama boyfriendnya ketika sedang menjual dadah, pil kuda di kuala Terengganu, kesian orang Melayu yang nak jadi ahli sukan, inilah orang Melayu, artis pengedar dadah, ahli sukan pengedar, ahli politik parti melayu pula asyik nak rasuah, judi, togok arak, apa lagi yang ada pada melayu oii.

Perhatikan suasana sekarang, ahli politik melayu hentam DSAI dalam Parlimen, yang bangun dok bela DSAI Gobala seorang India dan Tian Chua berbangsa Cina,, macam itu nak ajak perpaduan melayu,,, oiii phoorahlah, pergi mampuih lah UMNOOO..

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari