boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, June 30, 2011

Gambar-gambar Zambry@MB Perak bermesra, berkepit dengan wanita Cina..

Sendiri lihat sendiri fikir, tak mau nak komen apa-apa..




sumber - http://peraktoday.com/wp/?p=24181



Eeii - Uweekk,, nak termuntah bila membaca berita ini...

Eeii,,,, Umpama kita naik motorsikal berada dikedudukan belakang lori yang membawa penuh dengan babi dalam bakul keranjang, memang ,meloyakan...,
eiih,,, lu orang bacalah... syarat sediakan basin untuk nak tadah muntah.... Di SINI

SAH - Parti UMNO yang mengamalkan dasar komunis..

Salam Sejahtera,

,

Pada Isnin 27 Jun yang lalu, aku ada tulis DI Sini, nampaknya ada kesan dan perkembangan mengenai isu komunis yang melanda kepada parti UMNO..

Secara mudahnya pun kita boleh saksikan apa yang berlaku sekarang ini, dimana halangan-halangan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO terhadap rakyat yang ingin mengada perhimpunan BERSIH, saling tak ubah sama seperti regim komunis..

Dan nampaknya aku tak kesorangan mengatakan UMNO dah nak jadi sama seperti komunis, apa bila ada lagi tulisan yang mengeluarkan hujah yang UMNO dah jadi komunis..baca umno diresapi komunis

Dan yang paling kelakarnya parti chauvanis China Malaysia, Democratic Action Party (DAP) melalui suara partinya pun turut sama mengatakan yang parti UMNO dah dicemari dengan idealisme komunis baca roketkini.

dan yang paling kemuncaknya untuk mengesahkan UMNO dah kena jangkitan parti komunis apabila Ketua Pembangkan Parlimen malaysia sendiri mengesahkan yang UMNO dah sama seperti parti Komunis kerajaan guna samseng dan umno ada hubungan dengan komunis .


Komen - Cuma satu nama (label) ni sahaja yang tak digunakan oleh UMNO buat BERSIH,, iaitu Israel atau Yahudi.... kenapa yer......

Wednesday, June 29, 2011

Anak tiri Ziela Jalil jadi pondan...

Salam Sejahtera,


Daripada presiden UMNo hingga ke peyokong, pencacai semuanya dah menggelabah tak senang duduk....

Sebabnya angkara BERSIH.... takut sungguh,, tetapi dalam dok takut tu ada juga sekoq dua mulut hebiaq (bacul) mengatakan pondan kepada sesiapa yang nak menjatuhkan kerajaan melalui BERSIH.....

Fikiaq la sebelum nak cakap,,, siapa yang pondan siam selama ni..... harap bantuan polis, SPR nak menang pilihanraya.... phiirah...

Baca DI Sini

Mufti fatwa haram, Menteri kata haram....

Salam Sejahtera,




Mufti berfatwa haram ...... DI sini



Menteri pun berkata juga ....



Baca Di sini

erhmmm, habih tu apa yang tinggal,,, semua pakat haram,, dahhh... Malaysia negara haram.......




,


PLKN - Baru nak masuk bulan 7 (july), perbelanjaan tahun ini RM750 juta....

Salam Sejahtera,


Segala hasil mahsum negara, termasuk dari duit cukai semua rakyat jelata, dengan senang manusia- manusia yang dipertanggung jawab kan menjaga nya menghabiskan dari kantung negara,

Salah satunya penyalah gunaan wang adalan seperti Di Sini. ,

Pandaiya UMNO mentadbir negara......

.


,

BERSIH 2 - Fatwa-fatwa songsang dah mula keluar..

Salam Sejahtera,


Sebelum ini awai-awai lagi, lebih kurang 2 minggu lepas, fatwa songsang dah pun diwartakan dari penasihat agama negeri Jonor Dato Noh Gadut,,,






namun kurang mendapat perhatian, apakah fatwa Noh Gadut tak ada value, maka satu lagi fatwa songsang keluar, mungkin yang ini boleh mendapat perhatian rakyat terutama dari negeri aku,,, kalau tanya aku,,,, menyampah dengan orang tua ni.....



baca DI SINI ,

Tuesday, June 28, 2011

BERSIH 2.0 - Langkah terakhir Najib untuk menghalangnya...

Salam Sejahtera,

Dari apa yang aku dok rasa....,




Media-media pro UMNO yang semakin kecut dan letih tak tiduq malam, melaporkan Datuk Ambiga degil,.... pulak dah, macam-macam label yang beliau dapat, semakin tinggi rangkingnya nanti,,,, lebih popular dari Karpal Singh..

Pencacai-pencacai Najib pun semakin hebat, yang terkini pertubuhan Cina semalaysia Huazong pun turut sama membantah program Bersih dilaksanakan, DI SINI .biasalah Cina jenis bisnes cari makan, ia peduli apa kotoq ka bersih ka, lagi kotoq lagi senang bisnes,,,

Dan yang paling hebat sekali persatuan silat lincah, mahagaru Omar Din pulak memberi amaran, kalau Bersih dilaksanakan juga seramai SATU JUTA ahli akan turut serta menghalangnya....., Di SINI .

Tu dia, Patriot, perkasam, kimma, pekida campor lagi sejuta silat lincah, padat Kuala Lumpur,,,



jawapannya.....



Inilah strategi yang dilakukan oleh PDRM dan Najib....., selepas ini akan keluar kenyataan, oleh kerana terlampau sesak dengan rakyat dan PDRM tak dapat mengawalnya, maka PDRM mencadang atau di sarankan bandaraya Kuala Lumpur .....

Pada 09 July nanti mulai jam 12.30 tengah hari sehingga jam 10,00 malam Perintah Berkurung (Curfew) akan dilaksanakan.....

Habih cerita,,, sesiapa yang keluar juga tembak..tak banyak cerita...

,

Monday, June 27, 2011

Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah di tuduh ........

Salam Sejahtera,

Aku tak pasti sama ada cerita ini benar tau palsu,,, tetapi inilah budaya blogger UMNO,,, agaknya tak dapat habuan apa yang dijanjikan...maka menyalaklah ia......




Cerita sepenuhnya ada di kedahkekl.


Aku nak percaya pun susah dengan cerita ni bila melihat biodata orang yang dituduh seperti dibawah.......

,








Berita Panas - BN dah mula kempen buat survey cari sokongan rakyat...

Salam Sejahtera,

Apakah kerana kebangkitan rakyat yang ditunjukkan oleh BERSIH2, kemudian polling di Star Online mendapat hit sokongan pembaca sejuta lebih membuatkan UMNO dah panas pungkoq.....

Atas daya inisiatif terseut nampaknya mereka cuba-cuba buat survey mencari apakah mereka masih dihati rakyat... maka dibinalah seperti apa yang ada di bawah ini..... klum


Alamatnya di http://andabersamakami.com/, jadi apakata kita semua pakat-pakat pi isi sama sebagai tanda sokongan bagi depa (UMNO) syok sendiri.... kuang..kuang...kuang... wakaka.... jom kita pakat pi isi,, bukan kena bayaq duit pun....

kalau dah isi tu hangpa janganlah dok buboh email yang betui,, tak kan itu pun aku nak kena ajaq kut...


Satu untuk kau, satu untuk aku, dulu giliran kau, kini giliran aku.....



Dulu kau,


Kini aku,

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, disambut pegawai Kedutaan Malaysia semasa tiba di Washington untuk lawatan kerja empat hari. Turut sama Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis. - Foto BERNAMA
Jun 27, 2011 5:06 pm

Apa Kata UMNO - Rais Yatim kata PSM itu nak hidupkan fahaman KOMUNIS.....UMNO ?.....

Salam Sejahtera,

komunispcpolis

Bukan aku pandai mulut nak buka cerita atau nak mengata-ngata... tetapi ini adalah fakta... bacalah disini

Almaklum kita semua sudah pun yang PSM tu sebelum ini dikenali PSRM lambang kepla kerbau,,, semua orang tau itu sosialis..sepupu sepapat dengan komunis,,, tak payah ceritalah,,, aku tak hairan pun ,,,,,,,,,,,

Tapi yang aku hairan yang dah dok ada kuasa 54 tahun dah, pun dok sekongkol dengan komunis... ni apa cerita.... lagi sekali ... ini bukan fitnah,, seperti Zahin Hamidi dok kata... blogger PR punya blog ada fakta.... wakaka....




Ish,ish... siapa dalam gambar tu,,, amoi pun ada,,, ini amoi China Doll dalam video tu ka.... aihhh Manjungmari... jangan dok buat cerita merapu tak tentu hala... yang pakai baju melayu bersampin UMNO tu tak payah cerita,,, tu melayu mengaku keturunan anak raja....

Tiga orang lagi apek Cina tu siapa, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dengan Tony Phua ka... wakaka.... aku pun tal kenai siapakah mereka....

Ceritanya adanya ada di sini ....

hiss UMNO boleh pula bekerjasama..... ini macam pun ada ka.... phiiirahhhh... kwahk.......pthuihhh..

.




Isu video sex Anwar - Perlawanan baru nak bermula....Isu nostalgia mengusik jiwa....

Salam Sejahtera,

Perlawanan yang belum ada kesudahannya.... tak kan nak diam mebisu seribu bahasa..... he he he...



Dah bertaubat agaknya..... Bacalah disini ,

Sunday, June 26, 2011

Ambik ko Menteri... baru ada akai..

Salam Sejahtera,

Seorang dari menteri MCA ni aku respek juga secara peribadi, kesian pulak rasanya,,,

Apa tidaknya, yang buat hal staf dibawah Kementeriannya, namun sebagai menteri yang bertanggungjawab, awai-awai lagi dia tak cerita banyak.... terus minta maaf...

Jarang aku jumpa seorang menteri dari BN yang begitu mudah minta maaf kepada rakyat bawahan....

Tetapi itulah, terlampau ghairah nak minta maaf, entahlah tak pasti pulak, apakah ikhlas atau tidak permohonan maaf tu,, menyebabkan permohonan maaf tersebut di reject....

Haiya menteri,, lain kali lu mau main itu lagu P Ramlee dalam cerita Pendekar Bujang Lapok, itu lagu maafkan kami... baru ada ngam....

Berita Pagi Minggu - UMNO Johor akan tewas pada PRU13 nanti..

Salam Sejahtera,
Satu berita gembira yang patut dikongsi bersama......


Pengakuan yang dibuat oleh penyokong UMNO merangkap Setiausaha PERKASA Negeri Johor, bahawa selepas PRU13 nanti UMNO Johor berkemungkinan mendapat 2 kerusi majoriti...

Satu berita yang cukup menggembirakan,,, mudahah-mudahan negeri tradisi Johor itu dapat ditewaskan.... PAS Ganti UMNO.....

Baca di amirhamzah
di,

Saturday, June 25, 2011

UMNO Tapah Perak paling merempat (miskin) dalam Malaysia..

Salam Sejahtera,

Bukan nak mengata sesama bangsa dan agama, tapi nak buta bagaimana...dah kenyataan....
,


Dah lah tanah perkuburan dipolitikkan,,,,minta pula sumbangan dengan siapa... eiii tak tergamak aku paparkan wajahnya di blog aku ni.... hangpa klik DISINI

Oiii bukan aku saja yang dok kutuk UMNO Tapah ni,,,, blogger pencacai UMNo yang mula dok kutuk,,,, aku cuma tolong sebarkan,,, daripada dok sebar video lucah ada baik aku sebar buruk laku UMNO.....

Terima kasih theflyingkick. ,....wakaka....Tanah kubur pun mau ka.... haiya...

Video Sex Anwar - Mahkamah dah jadi Rubber-Stamp buat UMNO..

Salam Sejahtera,

Seminggu sebelum ni, laman-laman web, tak kira pro atau kontra pada pemerintah, media dan akhbar sudah menyiarakan yang geng Trio jahannam akan didakwa dimahkamah..

Dan keputusannya hari ini nampanya ada kesepakatan akhbar/media menyiarkan keputusan mahkamah tersebut.....

Keputusan hakim setelah ketiga-tiga malaon mengaku bersalah untuk memudahkan rancangan jahat mereka, maka hakim tak perlu nak bersoal banyak, malah peguan Rahim Tambi Chik Abdullah Shafiee (101% UMNO) yang lebih sibuk memberikan kenyataan melebihi dari hakim, keputusannya hanyalah denda sekadar RM5500.00... Namun berita itu tidak disiarkan,, yang disiarkan 99.99% betul rupa Anwar, jadi mahkamah semalam telah terbukti dijadikan rubber stamp untuk mengukuhkan cerita video sex, hebat Malaysia negara serba serbi boleh buat UMNO...

Sedangkan kita tahu sebelum ini, bagaimana kes video ini menyebabkan IGP Ismail Omar terpaksa dimasukkan ke hospital setelah beberapa kali hasil siasatannya oleh polis tidak diterima oleh AG,, jadi apa ertinya semua ini, polis dah puas siasat ketulenan dan kesahihan pelakon dalam video tak ada jawapan, pergi ambik jawapan dari dua orang professor Amerika, entah betul atau tidak wallahuaklam,, yang sudah pasti melayu hutan, melayu felda habis pakat ternganga percaya dengan permainan UMNO...




Hasilnya ketiga-tiga malaon tersenyum puas, mungkin habuan yang dijanjikan dah sedia menunggu,,, untuk didunia,, tetapi yakinlah, habuan untuk di yaumul mahsyar juga pun sudah sedia menunggu....

Cuma aku nak tergelak sikit semalam, kenyataan dari Ketua Pemuda UMNO dalam berita NTV7 petang semalam, dengan keputusan mahkamah ini terbukti UMNO tak terlibat.... wakaka... betullah tu,,,, kena percaya cakap UMNO ni,, tetapi jangan disimpan dalam kepala otak, nanti tak pasail jadi sewel kita macam orang UMNO,,,,

Hairan bin ajaib, UMNO tak terlibat, tetapi beberapa pegawai kanan polis terlibat ikut serta, bukan setakat semalam dimahkamah, tetapi sewaktu dalam upacara sumpah lahanat di masjid dulu pun, berapa ramai pegawai polis yang ikut serta,, kalau semalam ketiga-tiga ekoq malaon ni diiringi sampai masuk ke dalam kenderaan yang sedia menunggu setelah selesai menerima hukuman mahkamah.siapakan ketiga-tiga ekoq ni,, sehingga layanan yang mereka dapat seumpama menteri-menteri UMNO....


Kesimpulannya, semalam aku rasa dengan perbelanjaan yang tak sampai RM10,000 iaitu RM5500 bayar denda kat mahkamah, kemudian bayar untuk anak-anak India seperti dalam gambar diatas ni seorang RM50, duit beli kertas untuk sepanduk baru berapa sen sahaja, nampaknya mereka dah berjaya dari satu sudut untk memalukan Anwar,

Jadi apa tindakan Pakatan Rakyat selepas ini,, bagi fikiran aku, masa masih ada lagi, Road Show buat Anwar menjawab balik segala tuduhan ini harus dilaksanakan lagi, blogger PR harun memainkan peranan balik, terutama blogger-blogger Revolusi 2013 yang lalu, dan yang paling terbaik,, kalau mereka guna mahkamah untuk buat cerita, Anwar pun guna balik mahkamah, seelok-eloknya pergi ke Amerika guna mahkamah Amerika saman dua ekoq professor tu dulu,, baru hebat kan,, tengok mana nak pegi lepas tu... baru ada akai....


Nukilan dari pemuda melayu di perantauan....

Dari kecil hingga kini saya membesar di Malaysia, fokus saya tertumpu pada Malaysia.

Cari duit dan terus cari duit. Ada kerja makan gaji dan ada kerja sendiri. Tetapi semuanya menjunam. Kalau untung, dapat pelanggan dari Singapura beli produk yang saya jual. Dapatlah bernafas sedikit. Hal itu juga memberi saya satu gambaran jelas mengenai keupayaan membeli seorang warga Singapura dan warga tempatan.

Setelah bekerja di Singapura, cara saya berfikir telah banyak berubah.

Dalam erti kata lain, saya tidak lagi berminat untuk bekerja di tanah air lagi. Umum tahu, bahawa matawang kita kecil. Anda boleh gelar saya penganggur hari ini.

Tetapi anda juga harus tahu, bahawa wang yang saya bawa pulang dari bekerja di Singapura sebulan, banyaknya sama seperti bekerja 3 bulan di Malaysia. Itulah hakikatnya.

Mengapa saya harus berhempas pulas demi pulangan yang tidak setimpal?

Jangan tipu diri kita.

Bagi orang Islam pun, kita ada sistem hadiah. Buat baik dapat pahala dan buat jahat dapat dosa.

Anda solat di Kuala Lumpur tak sama pahalanya berbanding solat di Mekah.

Siapa boleh sangkal kenyataan ini?

Saya cukup marah dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan anak tempatan kita kurang daya tahan berbanding pekerja asing. Walhal isu gaji kecil yang menyebabkan anak tempatan kita hilang semangat bekerja di tanah air sendiri.

Ketika berada di Singapura sayalah pekerja asingnya. Saya rasa bersemangat setiap hari dengan gaji RM3,000 lebih. Terasa diri saya dan kepakaran saya dihargai.

Tahukah para pembaca semua, ketika saya pulang ke Malaysia, barang-barang yang mahal di depan mata saya tidak lagi menjadi sesuatu yang amat mustahil untuk dibeli? Terasa dengan bekerja di luar negara itulah juga jalan keluar untuk seorang yang tidak mempunyai kelulusan tinggi atas kertas seperti saya.

Ini berbeza ketika bekerja di tanah air sendiri dengan gaji RM900. Nak beli sesuatu pun kena tunggu berbulan-bulan untuk kumpul duit. Alangkah bodohnya.

Mana dia negara berpendapatan tinggi? Golongan yang berpendapatan tinggi ialah golongan menteri sahaja. Bagi golongan lain, nasiblah apa nak jadi pun. Hahaha!

Bodohkan? Sebut negara, ibarat satu negara akan berpendapatan tinggi. Tapi bila dilihat, ia hanyalah omongan kosong semata-mata.

Formula matematiknya mudah. Jika kita mahu negara kita bermatawang tinggi, kita mesti ada pemimpin seperti Lee Kuan Yew. Orang tersebut mampu membuatkan SGD $1 = RM2.46

Saya faham rakan Mamak (India kacuk Melayu) , abang-abang Syed (Arab kacuk Melayu) bangga dengan RM (Ringgit Mahathir/Ringgit Mamak). Walaupun Mahathir terkenal dengan salahguna-kuasanya sehingga membuatkan matawang negara kita ketinggalan jauh.

Tetapi itulah hakikat rakan Mamak dan abang-abang Syed kita yang sehidung dengan Mahathir. Mereka hanya ada susuk Mamak Mahathir. Macam mana pun tingkah-laku Mahathir, tetap mereka sokong. Bahkan mereka ini lebih Melayu dari Melayu asli.

Bila saya cakap Lee Kuan Yew hebat. Maka rakan Mamak dan abang-abang Syed kita akan mengaum bak Sang Harimau mengatakan "Lihatlah sumbangan Mahathir, tengok nun ada Menara PETRONAS, siapa buat?".

Saya kata itu pakai duit rakyat. Rakyatlah buat. Arkiteknya memang seorang Mamak pun, anak tempatan. Nama dia C├ęsar Pelli.

Saya nak tambah sikit, "Dei tambi! Lee Kuan Yew mari dia boleh beli itu menara separuh harga tau?!"

Kalau bodoh tak sedar, tengok ini : SGD $1 = RM2.46

Mudah tak formula matematik itu?

Usah kita ketinggalan dengan rakan senegara kita kaum India dan Cina. Mereka ini rupa-rupanya lebih ramai yang bekerja di UK, AS, Australia, New Zealand, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan lain-lain negara maju. Bukan sahaja mereka bahkan rakyat dari negara-negara ASEAN pun sudah ramai yang merantau. Saya khuatir, jika orang Malaysia khususnya orang Melayu bawahan tak ambil peduli, mungkin mereka akan ketinggalan lebih jauh.

Jadi jangan garu kepala, hairan bagaimana orang Cina dan India boleh kaya-raya. Mereka naik kereta import. Orang Melayu semua naik kereta tin milo Mamak Mahathir. Sudahlah tak ada kualiti, tapi dek kerana gaji kecil dan pengangkuan awam yang tak meluas, naiklah juga.

Alahai kasihan bangsaku dipermain-mainkan oleh seorang Mamak Mahathir.

Masih tak sedar orang Melayu kita? Teruskan sokong orang itu, jerit-jerit sampai terberak. Mahathir menangis hoooo... hoooo.... dalam PWTC pun bukan boleh ubah ini: SGD $1 = RM2.46

Si Mangkuk Najib Mongolia pun tak boleh bikin apa-apa. Dia sujud pada Mahathir, apa boleh dia buat? Nak menangis hoooo... hoooo.... dalam PWTC lagi?

p/s: SKMM pun sibuk tanya tentang video porno. Apa pendirian saya? Saya jawab kamu orang SKMM, gaji kamu sudahlah kecil. Sokong orang zalim yang menabur pasir dalam periuk nasi rakyat Malaysia masih tak sedar diri? Memang tak ada otak. Memang dasar manusia bengap.


Sumber : hanief.

Friday, June 24, 2011

Pakar dari Amerika hanya SAHkan ketulenan Video,,,

Salam Sejahtera,

Mengikut kata Geng Trio 2 orang Pakar dari Amerika telah mengesahkan video itu tulen,,, Oklah semua boleh terima kenyataan tu....

Tetapi lelaki dengan wanita Cina tu mirip atau serupa,,, ringkas cerita Eskay tu pun mirip juga .dan sewaktu bersumpah lahanat dulu secara tidak langsung ia ada mengatakan ia ada bersama,....macam mana tu... ....


TERKINI

Pakar sahkan ketulenan video mirip Anwar

24/06/2011 4:48pm

KUALA LUMPUR 24 Jun — Dua pakar dari Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video seks yang ditayangkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim adalah tulen dan tidak ada sebarang ”tampering” (diubah-ubah) dan ”superimpose” (gambar ditindih) dilakukan.

Pakar-pakar daripada Dartmouth College, Hanover, New Hampshire itu, juga mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah serupa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah Shazryl dan Shuib mengaku bersalah terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan. - Bernama




,

Perak Darul Ridzuan - Ciri negeri kebajikan,...!@#

Salam Sejahtera,

inilah nasib yang diterima oleh saudara-saudara sebangsa dan seagama dengan aku,, entah apa yang tak kena,, mana mungkin tak ada penyelesaian.... mana dia rakyat didahuluka..... phooorahhh.

Tanaman musnah, jentera dirampas

SERI ISKANDAR - Seramai 600 kelompok peserta peneroka Sungai Tumboh, Bandar Universiti kecewa dengan pihak berkenaan kerana memusnahkan tanaman dan merampas jentera mereka dalam satu operasi pemusnahan kawasan penerokaan di kawasan berkenaan.

Penerokaan itu berlaku sejak 2010 setelah permohonan dibuat di Pejabat Tanah dan Daerah Seri Iskandar pada Oktober tahun yang sama.

Timbalan pengerusi kelompok, Tajol Ariffin Abdul Jalal berkata, penerokaan dibuat penduduk kampung yang bermastautin di Perak Tengah dan kawasan sekitarnya.

Menurutnya, sebelum membuat penerokaan itu pihaknya menghantar surat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Seri Iskandar untuk meminta kebenaran.

“Surat balasan yang kami terima mahu kami menghantar dua pelan kecil kepada pihaknya dan selepas itu kami memulakan penerokaan tanah berkenaan.

“Setiap peserta mendapat dua hektar seorang dan masing-masing melakukan pembersihan tanah secara berperingkat mengikut sumber kewangan yang ada," katanya kepada Sinar Harian.

Tajol Ariffin berkata, peneroka adalah 100 peratus orang Melayu dan mereka sanggup menggadaikan segala harta termasuk barang kemas untuk membersihkan kawasan masing-masing.

Menurutnya, dia dan peneroka lain kecewa kerana hanya di kawasan itu sahaja diambil tindakan sedangkan banyak kawasan lain lagi turut diteroka.

“Kami kecewa dengan tindakan ini kerana kawasan yang diteroka oleh bangsa lain tidak diusik malahan diberi lesen menduduki sementara (TOL) tetapi kami di sini ditindas begitu sahaja.

“Ini menunjukkan ada diskriminasi berlaku dan tidak mustahil dalam pilihan raya pasti ada pengalihan kuasa berlaku,” katanya.


Tindakan luar jangkaan


Seorang peneroka, Zulkifli Tahir, 47, berkata, dua minggu sebelum kejadian itu, pihak berkenaan datang untuk mengambil tindakan sama, namun apabila perbincangan dibuat mereka membatalkannya.

Menurutnya, pihaknya menyangka perkara itu senyap begitu sahaja tetapi ada hari ini (semalam) pihak berkenaan datang lagi dan melakukan tindakan yang sungguh di luar jangkaan.

“Tanaman kami yang sedang menunggu masa untuk mengeluarkan hasil dimusnahkan begitu sahaja, manakala jentera pula disita.

“Mereka menggunakan kuasa yang ada termasuk penggunaan senjata bagi mengelakkan kami memasuki kawasan berkenaan,” katanya.

Dia berkata, sebelum itu seramai 50 peserta telah berjumpa menteri besar bagi membincangkan perkara itu, namun tidak mendapat hasil yang baik.

“Beliau tetap dengan keputusannya untuk memusnahkan kawasan kami dan hari ini perkara itu benar-benar terjadi.

“Kami bukan suka untuk memburuk-burukkan pihak berkenaan dan sengaja mengadakan cerita tetapi apabila mereka seolah-olah mengabaikan rakyat ini amat mendukacitakan kami.

“Sepatutnya sebelum tindakan ini dibuat mereka memanggil kami dahulu untuk mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak tetapi apa yang berlaku ialah mereka terus melakukan operasi,” katanya.

Mohd Sepian Arshad, 48, pula berkata, dia dan peserta lain tidak akan berganjak daripada tindakan mereka untuk meneruskan penerokaan itu memandangkan mereka telah berhabisan beribu ringgit untuk tujuan itu.

Katanya, dia sudah habiskan hampir RM20,000 untuk penerokaan dan tanaman pisang yang hampir mengeluarkan hasil tetapi dimusnahkan begitu sahaja.

“Saya adalah bekas tentera dan tidak mempunyai tanah jadi saya mengambil peluang ini untuk memiliki tanah dengan meneroka tanah.

“Saya juga mempunyai tanggungan anak seramai lapan orang dan tidak adakah pertimbangan untuk kami memiliki tanah sendiri bagi menyara kehidupan keluarga,” katanya.


Ceroboh tanpa kebenaran


Sementara itu, wakil Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak memaklumkan kepada Sinar Harian, operasi itu dijalankan mengikut seksyen 425 kanun tanah negara atas kesalahan pencerobohan tanah kerajaan.

Menurutnya, mereka yang terlibat meneroka tanah kerajaan tanpa kebenaran dan boleh diambil tindakan mahkamah.

“Operasi yang dijalankan pada hari ini ialah operasi bersepadu bersama 350 anggota meliputi pasukan kami sendiri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Imigresen, SPRM dan pejabat tanah Seri Iskandar.

“Kami mengambil tindakan kerana mereka ini meneroka tanah haram seluas 400 hektar sejak setahun lalu tanpa kebenaran.

“Sebelum ini, pihak pejabat tanah ada mengeluarkan notis arahan supaya mereka memberhentikan penerokaan kawasan itu tetapi mereka ingkar dan kita mendapat arahan daripada pihak berkuasa negeri untuk menjalankan operasi ini,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya memusnahkan tanaman dan merampas serta menyita alatan yang digunakan untuk tujuan penerokaan itu.

Katanya, operasi seumpama ini juga pernah dilakukan di tempat lain apabila mendapat laporan dan arahan daripada pihak berkenaan.

“Orang ramai harus menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran supaya tidak menceroboh tanah kerajaan kerana ia menjadi satu kesalahan dan tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari