Bukan ada niat nak menuding jari kepada sesiapa, benda yang dah berlaku tak boleh nak dikembali kepada keadaan seperti asal semula...
Cuma kekadang kala meluat sungguh dengan sikap sesetengah pihak, bila satu ketika dahulu, kenyataan Lim Guan Eng mengenai isu jenayah di negeri Johor, banyak pihak terutama dari gerombolan-gerombolan melayu tak boleh menerima kenyataan tersebut, sehingga dikaitkan dengan pihak istana, menyebabkan Lim Guan Eng terpaksa memohon maaf secara terbuka,,, itu pun masih tak puas hati disebabkan dendam politik yang tak sudah...
Apa pun bila kejadian tragis yang berlaku kepada adik Dirang, sepatutnya golongan yang bermati-matian mengatakan Johor negeri berada di dalam selamat aman sejahtera patut berfikir semula...
Harapan kita semua sebagai rakyat malaysia, pihak polis dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya,, jangan sekadar bercakap dalam TV yang polis akan membongkar sehingga ke akar umbi,, bukan apa.. teringat balik kisah dua tiga adik-adik kecil yang tak berdosa sebelum ini,, sampai sekarang tak dengar berita apa kesudahannya.
No comments:
Post a Comment