boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, March 22, 2012

Speaker Pandikar Amin kantoi... Mahkamah Rayuan Tolak..

Whoooo!!!!.. Ambik ko... mentang-mentanglah diberi kuasa penuh oeh UMNO untuk menghalang pembangkang bersuara kat Parlimen, sikit-sikit halau keluar, silap sikit halau keluar,,, kalau MP UMNO yang buat hal daalm parlimen tak pulak dihalau keluar,boleh pulak, yang asyik dok PR..

Dal hal ini secara peribadi aku lebih menyukai Timbalan Speaker dari Sarawak Dato Dr Wan Juanaidi,, beliau lebih nampak adil dalam parlimen jika nak dibandingkan dengan Pandikar Amin ni....


Bila dah diberi kuasa mutlak halau MP keluar dewan,,,, eih-ieh,,,, nak jadi mangkok hayun plus tambah pulak,,, memang sudah lebih,,, pandai-pandai nak potong punca rezeki orang,,, sesuka hati dia aja,,, kalau ya pun nak bodek Najib berpada-pada bro,,, masyarakat boleh menilai lu.... Sekarang apa dah jadi,,,, padan muko.... Raso serupo tertempek kulit babi kat muko...

TERKINI

Tindakan lucut elaun wakil rakyat langgar Perlembagaan

22/03/2012 4:29pm

PUTRAJAYA 22 Mac - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa tindakan Dewan Rakyat melucutkan pemberian elaun kepada Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo selepas beliau digantung daripada menghadiri sidang selama 12 bulan pada Mac 2009, melanggar undang-undang.

Ia menyalahi Perkara 64 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Ahli Parlimen berhak dibayar elaun kerana haknya untuk mendapat ganjaran dan manfaat selaku wakil rakyat, tidak boleh dinafikan.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk K.N. Segara yang bersidang bersama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Linton Albert ketika menolak rayuan Speaker Dewan Rakyat dan tiga pihak lagi.

Keempat-keempatnya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan wakil rakyat pembangkang itu berhak menerima ganjaran walaupun penggantungannya daripada menghadiri sidang Dewan bermula 16 Mac 2009, sah di sisi undang-undang.

Pada 22 Oktober 2009, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) menolak permohonan Gobind agar perintah penggantungannya selama 12 bulan, ditarik balik kerana mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa mencabar usul yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Mahkamah bagaimanapun berpendapat, beliau layak diberikan elaun bagi melaksanakan tugas-tugas di kawasan Parlimennya kerana beliau hanya digantung daripada menghadiri sidang Dewan, bukannya mewakili pengundi di kawasannya.

Ahli Parlimen Puchong itu digantung tanpa mendapat sebarang elaun berikutan kenyataannya di Dewan Rakyat yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Gobind diwakili oleh peguam Karpal Singh manakala perayu-perayu diwakili oleh Peguam-Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi dan Amarjeet Singh. - UTUSAN



5 comments:

  1. PADAN MUKA BERUK-BERUK UPAHAN UMNO NI.

    ReplyDelete
  2. Satu keputusan yang adil untuk wakil rakyat... untuk menegak keadilan di cemari oleh tuan speaker pro BN...

    ReplyDelete
  3. memang manusia ni jenis muka tak malu..

    ReplyDelete
  4. Keputusan BODOH yg dibuat di Parlimen ....... kantoi ...
    Apa depa tak baca perlembagaan ke ..

    ReplyDelete
  5. malunya aku nak mengaku orang sabah lantaran kebodohan si pandikar nie...
    mau saja aku tonyoh=tonyoh muka dia kalalu aku jumpa dia di KK atau pasar pilipin..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari