boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, March 22, 2012

Muhyiddin Yassin akan jatuhkan DS Najib selepas PRU13 nanti !

Cerdik betui kepala otak orang Cina dengan menggunakan matermatik atau pun juga sifir,, sebab itu kaum mereka berada di pelusuk tempat diseluruh dunia.... Tak terfikir oleh aku,,, moga-moga walaupun buah fikiran orang bukan Islam, namun keikhlasan yang ada padanya untuk menjatuhkan kezaliman moga-moga akan menjadi kenyataan...


Guan Eng: Pakatan hanya perlu 100 kerusi untuk ambil alih Parlimen

March 22, 2012

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Lim Guan Eng percaya Pakatan Rakyat (PR) hanya perlu menang 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang harus dilaksanakan sebelum Mei depan untuk menawan Putrajaya dan "Umno akan musnah".

Setiausaha Agung DAP itu berkata PR "mungkin tidak mampu" untuk menawan keseluruhan 112 kerusi untuk majoriti di Parlimen dalam pilihan raya umum pertama mereka tapi Barisan Nasional (BN) akan tumbang sekiranya pembangkang menguasai majoriti di Semenanjung.

"Pilihan raya kali ini agak sukar. Kami mungkin tidak mampu, dan kami tidak perlukan 112 kerusi untuk memegang kuasa. Cukup hanya 100.

"Sekiranya kami adalah parti majoriti di Semenanjung Malaysia, adakah akan ada lagi kesetiaan daripada parti Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak?" soal Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu temuramah khas dengan The Malaysian Insider minggu ini.

Beliau turut menjangkakan "jika kami memperolehi 90 kerusi di Semenanjung dan 10 di Sabah dan Sarawak", Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjatuhkan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lim menjelaskan bagaimana Najib sendiri mengambil kuasa daripada kedua-dua jawatan berkenaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya lepas setahun menguasai kerajaan selepas pilihan raya terburuk BN pada Mac 2008.

"Kamu yakin Muhyiddin tidak akan cabar Najib? Itu sudah pasti. Umno kemudian akan musnah. Itu merupakan permainan yang sangat berbeza," jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi.

DAP telah menyertai pakatan tidak rasmi antara PKR dan PAS dalam pilihan raya 2008 yang menyaksikan rekod kemenangan 28 kerusi kerajaan dan menafikan dua per tiga majoriti Parlimen dan lima kerajaan BN.

Ketiga-tiga parti pembangkang berkenaan menerima sokongan lebih daripada separuh undi popular di kawasan semenanjung, dengan memenangi 80 daripada 166 kerusi.

Parti-parti tersebut kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan 30 ahli Parlimen akan berpaling tadah kepada PR pada 16 September, 2008 dan menamatkan penguasaan selama 50 tahun parti pemerintah sejak kemerdekaan.

Pemimpin pembangkang dipercayai telah mensasarkan Sabah dan Sarawak terutamanya setelah Parti Progressif Sabah, yang mempunya dua Ahli Parlimen keluar BN.

Bagaimanapun, janji bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah tertunai dan peningkatan Najib menyaksikan BN kembali bertenaga dengan kemenangan pilihan raya kecil.

Namun begitu, Najib yang menggantikan Abdullah kononnya dilihat akan meningkatkan kemenangan kepada 140 kerusi sejak empat tahun lalu dan pemerhati melihat, hanya melalui kemenangan dua per tiga majoriti akan menjamin masa depan Najib.

Kajian bulan lalu yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan rating Najib melonjak 10 peratus kepada 69 peratus dengan peningkatan ekonomi dan pemberian wang tunai RM500 kepada kumpulan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah melonjakkan nama beliau.

Lim sebelumnya berkata pembangkang harus menambahbaik kedudukan mereka di Sabah dan Sarawak daripada dua kepada sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi untuk berpeluang memiliki kuasa memerintah.

Namun demikian, ketika temuramah tersebut beliau berkata "kita harus realistik, perkara itu bukan mudah, tapi bukan juga mustahil."


No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari