boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, March 21, 2012

MEMALUKAN - PAC dah hilang taring akibat tandukan NFC...

Memang menakjubkan... satu badan yang paling berkuasa dan berinterigriti iaitu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak lagi dihormati oleh pihak yang dipanggil untuk disiasat...

Sesi pendengaran siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kes National Feedlot Corporation (NFCorp) yang sepatutnya bermula hari ini tidak dapat dijalankan kerana tidak dihadiri pengerusi dan pengarah urusan syarikat itu.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata pihaknya mempunyai kesukaran untuk mendapatkan kerjasama penuh daripada NFCorp kerana isu melibatkan syarikat itu telah menjadi kes di mahkamah.

Sesi pendengaran itu pagi tadi dipercayai dihadiri Pengurus Besar Sumber Manusia NFCorp, Wan Zurina Saaran, yang diiringi dua peguam.

“Peguam mereka memberi maklumat bahawa mereka menasihati ketua eksekutif badan itu supaya tidak hadir…satu sebab adalah kerana jemputan itu tidak datang daripada PAC sendiri.

“Mereka (peguam) juga menasihatkan pengarah urusan atau pengerusi eksekutif badan itu supaya tidak hadir kerana takut apa-apa penjelasan yang diberikan itu akan menjejaskan mereka dalam perbicaraan nanti. “Tak ada keputusan lagi dibuat setakat ini. Kita menghormati pendapat peguam dia dan keputusan semua pihak, sebab kes itu agak serius (dan) kalau yang disebut itu digunakan dalam mahkamah, ia boleh menjejaskan mereka,” katanya.

Pada 12 Mac lepas, Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat.

Isu NFC mendapat perhatian berikutan Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober lepas menyatakan projek itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya. Terdapat dakwaan wujudnya penyelewengan dalam peruntukan RM250 juta yang disalurkan untuk projek terbabit.

PAC sebelum ini mengarahkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar menjemput NFCorp hadir memberi keterangan kepada jawatankuasa itu.

Azmi berkata PAC akan mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi mendapatkan semula arahan jelas mengenai tahap siasatan yang boleh dijalankan berhubung isu NFCorp


No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari