boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, March 28, 2012

Dato Seri Najib - Negarawan atau Autawan?

Oleh:

BERKATALAH Perdana Menteri Najib, pembangkang umumnya auta dan menyatakan fakta.

Untuk berkata, isu-isu tertentu adalah auta, ia mungkin betul atau ia mungkin fakta. Tetapi kalau semuanya auta ia adalah satu auta yang nyata.

Najib dan UMNO mulai sekarang kena buktikan apa saja yang pembangkang timbulkan ada auta.

Contohnya tuduhan kerajaan Najib menggunakan firma perunding Apco, sebuah syarikat milik Yahudi Amerika adalah auta. Adakah auta Apco tiada apa-apa urusan dan peranan di Israel?

Adakah auta kerajaan IMalaysia membayar puluhan juta kepada Apco untuk mempromosikan Malaysia di luar negara?

Rafizi dari bahagian strategi PKR mendedahkan bahawa suami Shahrizat Jalil menggunakan sebahagian duit pinjaman RM250 dari kerajaan membeli dua kondo mewah. Adakah dakwaannya auta? Kalau auta mengapa pula antara dakwaan yang dihadapkan kepada suami Shahrizat ialah pembelian kondo itu?

Sebelum suami itu didakwa, boleh dianggap pendedahan Rafizi itu auta. Tetapi sesudah dia didakwa, adakah Jabatan Peguam Negara mendakwa sesuatu yang auta.

Suami Shahrizat belum didapati bersalah. Tetapi bolehkah dakwaannya yang berpunca dari pendedahan pembangkang adalah satu auta? Bijakkah perdana menteri ia juga satu auta?

Wajarlah Najib tampil menyatakan apa antara pendedahan kompeni lembu itu bukan fakta, melainkan semuanya auta.

Adakah cincin bernilai 24 juta ringgit yang dihantar melalui kastam kepada isteri Perdana Menteri satu auta? Mungkin harganya itu auta. Tetapi faktanya berapa? Apa pun berita dari sumber Najib cincin itu sudah dibawa keluar negara. Ertinya cincin itu dihantar kepada Datin Seri Rosmah bukan auta.

Ada pun Rosmah dilaporkan membeli pakaian ratus ribu di Australia. Kalau juga auta ia bukan berpunca dari pembangkang. Ceritanya dipetik dari apa yang dilaporkan oleh media Australia. Media itulah yang memulakan auta itu.

Isu pembunuhan nyonya Mongolia bernama Altantuya. Adakah ia isu auta? Adakah nyonya itu tidak dibunuh dan adakah mayatnya tidak pernah diletupkan di Selangor?

Kes itu sudah dibicarakan dan sudah pun ada keputusan mahkamah. Ia adalah fakta dan bukan auta. Itu pun auta juga.

Mungkin ada cerita tentang nyonya dan kaitannya dengan Perdana Menteri Najib ada unsur auta. Tetapi Najib wajar terangkan yang mana dalam cerita itu yang auta dan yang mana pakta?

Kes nyonya itu dan Najib difailkan di Paris. Adakah kes itu satu auta atau betul kes itu ada di mahkamah Paris?

Kemudian ada pula dakwaan bahawa syarikat Malaysia mengaut untung atas pembelian kapal selam dari Perancis dan pesawat pejuang Sukoi Rusia sebesar setengah bilion. Angka komisyen itu mungkin auta tetapi adakah mengambil untung itu auta? Jumlah yang tidak auta berapa?

Anak perempuan Najib bertunang tahun lalu diadakan di Hotel Shangri La. Perbelanjaannya sekitar setengah juta. Boleh dihujah ia dilunaskan oleh Najib atau kerajaan. Tetapi faktanya tuntutan dibuat hotel terhadap Jabatan Perdana Menteri. Pembangkang hanya membangkitkan perkara itu.

Jabatan Perdana Menteri menafikan ia dibiayai kerajaan. Apa bukti penafikan itu bukan auta? Dan yang sah bukan auta kosnya hampir setengah juta. JPM tidak pernah menafikannya.

Najib bercakap di Parlimen untuk memansuhkan ISA. Tetapi ISA masih berkuat kuasa. Tiada apa-apa tindakan untuk memansuhkannya. Tidakkah ia auta? Selagi akta itu begitu, Najib dikira meauta Parlimen. Kata orang Terengganu ia lebong.

Sehingga ini orang terasa auta terbesar ialah Najib. Diperkenalkannya slogan Rakyat Didahulukan. Dengan harga cincin Rosmah dan harga pakaian diberi di Australia slogan Rakyat Didahulukan adalah auta saja.

Tuduhan pembangkang auta payah diterima tetapi Najib boleh dikira seorang autawan.



3 comments:

  1. Auta= sepuloh cakap, dua belas tak bolih percaya.

    ReplyDelete
  2. kah kah kah..seorang autawan..tht's a good one.

    Bapak Autawan Malaysia.

    ReplyDelete
  3. adakah haji subky melabelkan haji najib sebagai 'autawan' itu boleh dikira fakta?
    mungkin di kalangan ramai (bukan 'rakyat biasa'! teramatsangat meluat dgn label spesis pengkastaan itu yg membezakannya dari 'golongan vip'! belajar dari kitab mana??!) ada yg menganggap itu adalah auta, kerana mereka berpandangan sebenarnya haji najibabun chiep kepada gerombolan Kera UMNgOk-BoNgok itu adalah 'autawanita' yg sudah terlalu kerap melindungi suami beliau iaitu flom yg bertubuh lebih besar itu!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: BINATANG PELIHARAAN SAYA 5

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari