boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, March 27, 2012

Panas.... Anak buah ADUN Rim pulak didakwa minta rasuah wang dan sex..

Alahai UMNO Melaka... apa nak jadi,,,, kalau sebelum ADUN Rim yang juga timbalan Pengerusi J/kuasa Hal Ehwal Agama Islam Melaka ditangkap polis di kelab malam,, kini petugas majlis agama Islam pula.....

Melayu,melayu.....

TERKINI

Petugas MAIM didakwa minta rasuah wang, seks

27/03/2012 5:17pm

MELAKA 27 Mac – Seorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lepas.

Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500 daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira 6.30 petang, 10 Januari 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Zullias didakwa meminta perkhidmatan seks daripada Siti Aishah di bilik nombor 225, Coastal Park, Hotel Ujung Pasir pada kira-kira 1.15 petang, 13 Februari 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa’ad Shukor dari SPRM manakala Zullias tidak diwakili peguam. - BERNAMA



2 comments:

  1. MAIM ini apake bendanya?.kalau nengok apa yang sedang terjadi MAIM ni akan orang kenang sebagai maksiat agama islam melaka...aduhai!!!hang tuah oi!!dek kamu jadi pak turut pada kezaliman hang nenggoklah apa punya hodohnya kelakuan rakyat hangtu.hang jebat!!yang berjiwa pembela bangunlah tegakkan keadilan sama pakatan rakyat.

    ReplyDelete
  2. semua gerombolan Kera UMNgOk-BoNgok ni bergurukan mamakhateer sorang

    mamakhateer: bukan saya yg arahkan tangkap. itu keputusan polis yg tangkap mereka bawah isa. saya takde kenamengena dan tidak bertanggungjawab dan taknak jawab

    najibabun: bukan saya yg arahkan beli baju beli handbag beli cincin. itu kehendak suami saya. saya takde kenamengena dan tidak bertanggungjawab dan taknak jawab

    kak pijat: bukan saya yg beli kondo. itu kehendak lembu saya, eh suami dan anak2 saya. saya takde kenamengena dan tidak bertanggungjawab dan taknak jawab

    nazri: bukan saya yg bergaduh di kondo. itu tindaktanduk anak saya. saya takde kenamengena dan tidak bertanggungjawab dan taknak jawab

    mereka semua gunakan skrip yg sama dulu kini dan selamanya

    patutlah sepanjang negara ditadbir oleh gerombolan Kera, kes buangbayi tak habis2 malah semakin menjadi2, sebab depa pun ikut "pemimpin" haprak utk dijadikan contoh: itu anak saya, saya tak bertanggungjawab!

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari