boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, March 5, 2014

Bukti Gred A - Inilah habuannya buat penorah getah.

Tujuan utama hanyalah semata-mata nak menjatuhkan Timbalan Presiden Pas Haji Mat Sabu, dan bukannya  diatas dasar akidah kepercayaan islam, 

Dan maka inilah habuannya...



BAHASA   

Pedagang Iran pulau barangan Malaysia ekoran kempen anti-Syiah Umno


OLEH ZULKIFLI SULONG DAN DANIEL LAU
MARCH 05, 2014


Getah Malaysia bernilai RM2 juta yang sepatutnya dieskport ke Iran terpaksa disimpan di Malaysia hingga menyebabkan kerugian kepada seorang ahli perniagaan. Gambar fail.Getah Malaysia bernilai RM2 juta yang sepatutnya dieskport ke Iran terpaksa disimpan di Malaysia hingga menyebabkan kerugian kepada seorang ahli perniagaan. Gambar fail.Seorang ahli perniagaan Malaysia terpaksa menyimpan getah bernilai RM2 juta yang mengikut rancangan awalnya akan dieksport ke Iran berikutan tindak balas pembeli di republik Islam itu terhadap kempen anti-Syiah yang dipelopori Umno.
Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-Iran (Mifa), Azizi Ahmad, berkata halangan datang daripada kalangan orang perseorangan Iran dan bukan dasar rasmi kerajaan negara itu.
"Mereka tidak mahu membeli barangan Malaysia sejak kempen itu. Ia umpama kempen yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) dahulu, Buy British Last, sekarang jadi Buy Malaysian Last," kata Azizi kepada The Malaysian Insider.
Azizi berkata, berbeza dengan pengikut Sunni, pengikut Syiah yang merupakan majoriti umat Islam di Iran sangat dipengaruhi oleh ulama mereka, maka sebarang panggilan boikot boleh memberikan kesan buruk terhadap Malaysia.
"Jika ulama mereka kata berhenti berurusan dengan Malaysia, susahlah kita nanti," katanya yang mendengar ura-ura perkara itu akan berlaku.
Selain masalah yang dihadapinya di Iran, Azizi juga berdepan masalah sama di kalangan rakyat Malaysia apabila beliau didakwa menjadi "tali barut Syiah" kerana hubungannya dengan republik Islam itu.
"Saya sedang dalam proses memfailkan saman ke atas seorang ustaz kerana membuat pelbagai tuduhan kepada saya sehingga menyebabkan saya dipulau dan perniagaan saya terjejas," katanya.
Sementara itu, seorang pegawai kedutaan Iran di Kuala Lumpur, ketika ditemui The Malaysian Insider, mengakui bahawa jumlah nilai perdagangan negara itu dengan Malaysia berkurangan dalam dua bulan pertama tahun ini.
Pegawai yang enggan namanya disiarkan itu bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu mengenai apa-apa kempen memulau barangan Malaysia oleh ahli perniagaan Iran.
Beliau berkata, jumlah nilai perdagangan yang lebih kecil mungkin disebabkan faktor lain seperti usaha Iran mempelbagaikan ekonominya dan mendapatkan bahan mentah daripada sumber baru.
Pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden Umno melancarkan serangan keras ke atas pengikut mazhab Syiah dan menuduh pemimpin kanan PAS sebagai pengikut aliran tersebut.
Turut menjadikan Syiah sasaran ialah ustaz yang berceramah di masjid dan surau dengan alasan Syiah dan Iran adalah musuh umat Islam, merujuk kepada perkembangan semasa di Syria yang meletakkan Iran dan negara Arab di pihak berlainan.
Baru-baru ini, The Malaysian Insider melaporkan beberapa syarikat milik kerajaan di Malaysia, khususnya dalam sektor minyak dan pertanian, kerugian besar apabila Iran mula mengurangkan import dari negara ini.
Ini menyebabkan seorang menteri dikatakan menghubungi seorang pemimpin PAS bagi menggunakan persahabatannya dengan Iran dalam memulihkan hubungan dengan Iran.
"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Pengerusi Biro Antarabangsa PAS kepada The Malaysian Insider.
Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok berkata, Malaysia mengalami kerugian besar apabila Iran bertindak balas terhadap kempen anti-Syiah di Malaysia.
"Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," katanya.
Hubungan Malaysia dengan Iran dan beberapa negara beraliran Syiah, termasuk Iraq, tegang ekoran serangan terbuka Umno terhadap Syiah, di mana mazhab tersebut dicap sebagai sesat dan terkeluar daripada Islam.
Susulan itu, masyarakat perniagaan Iran dan Iraq yang majoriti Syiah mula menjauhkan diri daripada Malaysia.
"Sejak kebelakangan ini ramai rakan-rakan perniagaan saya dari Iran mula mendekati Indonesia pula sebagai alternatif kepada Malaysia," kata Azizi.
Azizi berkata, jika dibandingkan sikap melampau Malaysia dengan Indonesia, republik itu bersikap lebih terbuka.
Katanya, isu Syiah menyebabkan syarikat Malaysia berdepan masalah di Iraq, terutama dalam sektor minyak dan gas.
Iraq, sebuah negara yang sedang dibangunkan semula selepas serangan Amerika sebelum ini, membuka banyak peluang perniagaan kepada negara lain, termasuk Malaysia, di mana syarikat petroleum nasional Petronas juga sedang berusaha mendapatkan peluang carigali di sana.
Penghujung tahun lalu, Ahli Parlimen dari Baghdad, Iraq, Syeikh Jalaluddin Asy-Shoghir, dalam satu ucapannya berkata, kerajaan Malaysia merupakan kerajaan pertama di dunia yang secara rasmi mengkafirkan Syiah.
"Syarikat Malaysia sedang bergembira dengan meraih pelbagai projek di Iraq dan banyak peluang perniagaan dianugerahkan secara istimewa kepada kerajaan Malaysia.
“Saya tidak tahu bagaimana kerajaan Malaysia boleh sampai ke tahap diplomasi yang hancur seperti ini dan melakukan pelanggaran akidah. Di mana Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)," katanya dalam rakaman video di Youtube yang tersebar luas.
Baru-baru ini, pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, memberi amaran supaya Malaysia berhati-hati dalam menangani isu Syiah kerana ia boleh mengundang tuduhan Malaysia tidak mengamalkan toleransi sesama umat Islam.
Pada 2004, Malaysia di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi menandatangani perjanjian yang dikenali Amman Message, sebuah inisiatif pemerintah Jordan pada ketika itu bagi merapatkan pelbagai mazhab dalam Islam termasuk Sunni dan Syiah.
"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah Muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata deklarasi yang turut disokong oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. – 3 Mac, 2014.

Dimana bukti gred A ? seperti yang diwarwarkan sebelum ini, Bagaimana dengan kes tolak hadis Kasim Ahmad, habis senyap sunyi menteri-menteri mulut capoi umno,, diam macam bibir dah gam..

tak nak pulak bising-bising suruh diambik tindakan,, 


10 comments:

  1. Kerana pulut santan basi. Terlalu ghairah nak kena kan mat sabu, akhirnya negara yang rugi.
    Mana zahid mulut longkang menyorot? Zahid perlu ambil tanggongjawab atas kebodohannya.zahid yang perlu selesaikan isu ini dengan iran.
    Tak perlu lah malaysia nak jadi proksi AS dalam menghancurkan negara umat islam.dah cukop dengan saudi yang menjadi kuda AS.lagi pun dah ramai ejen saudi kat malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah Syiah itu Islam ? Jika Syiah itu Islam, bolehkah saya mengikut kepada ulama-ulama Syiah ?? Pertanyaan ini tiada kaitan politik, hanya untuk pencerahan pemahaman dalam agama sahaja.

      Delete
    2. Along, ikut pandai hang laa nak ikut mana mana pun. akidah hang, hang punya pasal la.

      Delete
    3. Along,
      Terus la mengaji.. Harap2 jumpa..
      Anon 5.55
      Betul la jawapan hang tuh tapi apasal lima menet aku gelak baca jawapan hang.. Kahkahkah..

      Delete
    4. aku ada bata merah karbala.March 5, 2014 at 9:21 PM

      kerana pulut santan binasa,kerana mulut longkang,mau di hempok kepala dengan bata kerbala yg abg mat pegang ari tu.baru dia ada akai.mcm nie ker standard pemimpin kanan umno.suruh dia jer pi pulih balik hubungan dagangan dgn Iran.pasai aper pihak lain nak tolong plak.isu RBA senyap bila dia kecoh.isu lahat datu senyap bila dia kecoh.la nie isu syiah pun dia yg kecohkan tapi senyap jer.sembang kemain lagi....ada bukti gred A kunun.hancur negara ada mamat mcm nie.

      Delete
  2. umno ingat untung serang syiah, rupa nya makan tuan........tahniah PM Najib pilih Mneteri peringkat kampong. ambil contoh Pas Pemimpim nya peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete
  3. elok la pon...buat apa nak berurus dgn syiah ni...depa dapat getah tu kemudian bunuh suni di syria...mcm haram jadah...

    ReplyDelete
  4. PESANAN DRPD ORG UMNO: gara gara Mat Sabu,, habis perniagaan Malaysia terjejas.. x cukup setakat komunis,, Mat Sabu juga terlibat Syiah.. ini semua salah Pas..bukan salah Umno... jngan import tren dari China.. boikot Cina.. boikot Syiah... boikot Pas.. boikot DAP.. keh keh keh...

    ReplyDelete
  5. Zahid tu bukankah jawa, jika negara syiah boikot barangan Malaysia Zahid boleh pergi Indon sana. Peduli apa pada rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Jahid Komidi memang menteri bangang selepas Ahmad Maslan dan Juragan 69.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari