boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, March 1, 2014

Tuan Psj PAS Terengganu - Tolonglah kalau nak buat statement tu?

Semenjak dari kejadian saman RM 2 juta kepada Tuan Guru Haji Hadi Awang, aku malas nak komen apa-apa, sebab cerita sahih sebenar pun aku tak pasti, berbagai cerita yang aku dengar,, apa pun aku hanya boleh simpati dengan apa yang berlaku...

Tapi bab ni aku kurang setuju....



BERITA

Kes Saman Terhadap Hadi Awang Tidak Jejas Imej PAS

Abdul Hadi Awang
KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu menganggap saman sebanyak RM2 juta oleh bekas calon PKR terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menjejaskan imej parti itu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat berkata saman bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Abdul Hadi menyebabkan parti itu terus menerima sokongan.
"Isu ini seperti fenomena setiap kali adanya pilihan raya kecil (PRK) seperti PRK Kuala Besut hinggalah ke PRK Kajang," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Media bersama pemimpin PAS di sini.
Pada 23 Feb lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Abdul Hadimembayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal hadir untuk menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Dis tahun lalu.
Pada Khamis lepas, Abdul Hadi menfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah itu.-BERNAMA
Kajian dari badan bebas mana yang kata tak menjejaskan Parti Pas,, kalau ada segelintir ahli pun dah kalut,,, apatah lagi penyokong dan golongan atas pagar....., 

kalau ia pun nak jaga masa depan patut-patutlah keluar kenyataan..



16 comments:

  1. Ni pun satu..... komen syok sendiri jugak..
    pasai apa tak jejas parti...mamat ooooii..
    Kalau psj negeri tak la teruk sangat..
    ni presiden parti la... mangkok oooiii..
    hang kena jawab bagi yakin la... kalau tidak hang diam terus tak payah dok gatai mulut nak komen benda yg belum tahu..

    ReplyDelete
  2. knapa la org Pas pn nk menegak kan benang basah.. buat2 sedap hati.. nk jaga air muka yg dh jatuh.. x paham la aku.. dh brjangkit penyakit degil drpd umno ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno gak yg dikaitkn dan dipersalah kan...kebodohan sndiri ttp diprtahankn dgn kaitkn parti lain

      Delete
    2. aik.. eh eh.. Juragan mari lagi... dia datang.. ceng ceng... asal sentuh Umno je Juragan trus melatah & bagi komen... umpan dh mengena.. ramalan ku benar belaka ** ayat Juragan 69 tu**

      Delete
    3. aku sokong Juragan, diri sendiri yg bahlol nak membahlolkan Umno pulak.

      Delete
  3. Ngaku aja lah....
    Teruk2 hentam orang kaki pil kuda la....kaki hidu gam la...lepas tu tak nak ngaku salah.
    Tak kira lah pak aji ka...pak lebai ka...salah tetap salah.
    Patut minta maaf pada semua rakyat negara ini kerana ucapannya semua orang dengar.

    ReplyDelete
  4. payah gak kalau tuan guru mcm ni....itu belum lagi jadi tuan tanah kedawong...kah kah kah kah

    ReplyDelete
  5. haha puak pas mmg gitu, apa yang tok ghuru kata walaupun salah mmg depa backup punya, almaklumlah walaq

    ReplyDelete
  6. Aku dah cakap dah...Pas yg dulu bukan lah yg sekarang...

    mmg x sangka TGHH kini dah EGO...dh la menfitnah...x nak ngaku lak...kemudian sombong x nak mintak maaf...sekarang kita nampak bila UMNO ada lembu...lembu2nya TETAP akan sokong umno sampai kiamat...kini penyakit lembu ni dah terpalit pada PAS...

    alhamdulillah...aku masih waras x terjebak lagi kedalam kancah TAKSUB dan JUMUD....sepertimana yg berlaku pada UMNO dan PAS kini...sekali Allah tunjukkan yg TGHH kesayangan MM lagi gile nak berkuasa...terang2 kantoi pon masih rasa dirinya kebal al maksum...mcm gampang...kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya ahli2 PAS dah lama pecat atau buat undi tak percaya kpd TGHH, dia tak berwibawa menjadi presiden PAS, tengok saja semasa PAS memerintah Kedah, dah berpuluh-puluh aduan dibuat diatas kepincangan kepimpinan disana tapi tiada sebarang tindakan diambil dan sekarang apa dah jadi? Kini kegawatan ini berlaku pula di Kelantan, nampaknya PRU14 nanti Kelantan juga akan hanyut spt Kedah.

      Delete
  7. Sebagi Tuan Guru bercakap tu, perlulah berhati-hati sikit, jangan bercakap macam orang jahil, nanti ligkup Parti Pas.

    ReplyDelete
  8. Itulah akibat jika ambil penasihat yang salah , yang kita tu pula pakai ambil saja membabi buta tanpa selidik apa yang kita dapat dari penasihat yang hendak melingkupkan kita , jika yang bercakap itu ahli biasa mungkin tiada kesan tapi ini seorang Presiden ,kalau dah silap mohon maaf sajalah ,tapi nampaknya presiden ini terlalu ego dengan jawatan ,maka balasanya malu dan harga diri sudah jatuh ketahap yang bukan sebagai seorang tokoh yang boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  9. Adakah lojik?
    adakah lojik ??
    adakah lojik lojik lojik lojik dan lojik surat drp mahkamah tak diterima???

    ini satu GAMBARAN yg sgt sgt sgt sgt sgt sgt2 TERANG sama ada...si Presiden adalah,

    -A) sgt sgt sgt sgt sgt sgt2 CUAI dan LEMAH
    -B) sgt2 sgt sgt sgt sgt2 tak berSISTEMATIK
    -C) sgt sgt2 sgt sgt sgt2 kaki KLENTONG

    ISLAM jenis apakah ini,,,,yg CUAI LEMAH tak berSISTEMATIK dan KLENTONG!?
    Jeneral/Presiden apakah ini,,,,,,yg CUAI LEMAH tak berSISTEMATIK dan KLENTONG!?

    Inilah akibat hakikat yg ditunjukkan oleh ALLAH apb lobai fakeh bermain FITNAH!!

    Klu kat negara2 kafir HARBI yg makan BABI sprt Jepon Korea Taiwan hatta negara yahudi Israel tuh pon mrk akan LETAK JAWATAN bila ada tuduhan dan saman drp mahkamah krn mrk ada maruah ttpi kat sini....same jer geng2 setan yg dikenali dgn puak2 setan yg berSEMBUNYI, lg TERUK!?

    ReplyDelete
  10. din ayam jantan, din ayam kampung, din ayam serama, din ayam brand, din ayam telor, din ayam golek, din ayam tambatan, din ayam bulu ayam, din ayam KFC, din ayam Pas, din ayam Umno, berapa banyak din ayam dalam Pas daaa...? ini bukan menantu musang berbulu ayam... ni memang ayam berbulu ayam... gara gara menantu habis Presiden kena saman... Pas ade cadangan nk lantik Presiden baru...? takbir..! Allahuakbar..!!!

    ReplyDelete
  11. Yg menyampah dlm PAS sekarang bukan pas dulu.. ramai yg dok gatai mulut nak buat kenyataan yg belum tentu betul atau salah terutama yg baru setahun jagong dlm pas ni.
    Tak kira menantu ke anak bekas exco ke baru pegang sikit jwatan dah rasa hebat ego dan keluar kenyataan mengalahkan presiden.
    Sepatutnya biar presiden saja yg menjawab apa2 isu yg sesuai ..
    Presiden pun kenalah peka dlm semua hal..barulah nampak pengurusan yg cekap..
    jnglah isu dah basi baru nak respon....

    ReplyDelete
  12. Thіs is done through constant updаtіng off techniques and strategies ass yߋur campaign goes
    along. There is sіmply littlе reaѕon ' especially after the Panda and Penguin upԀates ' to ƅеlieve that Googlе
    would reward websites for these unusսal strategies, wɦen content
    іtself iѕ all thаt ѕearchers are looking for. Could DKI
    be the solսtin to webmasters and markеters who need more than page views from their visitors.


    Alѕo visit my blog post :: gsa hosting

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari