boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, June 7, 2009

1Malaysia - Idea asal adalah dari Presiden PAS yang Pertama..

Salam Sejahtera...

Nampaknya slogan 1Malaysia telah mendapat perhatian oleh YDPA sendiri.. makin semangat Mat monggol yang mencadangkannya......

Kemudian adalah pulak suara-suara yang mengatakan idea ini sebelum ini dicetuskan oleh Lim Kit Siang ... yang mula-mula dulu dengan slogan Malaysian Malaysia kalau tak silap aku...

Petang tadi sambil dok relax sekejap aku semak balik buku politik pertama yang aku beli , sebelum ni buku dah hilang dalam simpanan.. puas aku mencari tak jumpa...
rupanya anak kedua aku bawa balik ke UTP. Bila dia balik cuti semester baru ni, aku tengok ada balik buku tersebut.. tanya rupanya dia yang bawa balik... Lega...

Buku ini ialah karangan oleh Dato KJ ... calon tunggal wakil Kelantan yang menang dalam pemilihan AJK PAS Pusat.

Dengan ini jelas bahawa Presiden PAS yang pertama Allahyarham Dr Burhanudin Al Helmi dalam ucapan Mesyuarat Agung Parti pada 24 Ogos 1957 ada menyatakan pada paragraph yang 

iii) Untuk membina satu bahasa, satu negara dan satu bangsa yang teguh hanya di akui bahasa Melayu sahaja jadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang tunggal dinegeri ini,

Cuma yang kita nampak idea ini diguna pakai di Indonesia, Thailand dan Filipina... Di negara mereka hanya ada satu bahasa, bahasa Thai... bahasa Indonesia dan Tagalog.. walaupun keturunan Cina, malah nama pun bertukar kepada nama mengikut negara masing-masing.

Kita boleh lihat pada sekarang tiada lagi krisis perkauman yang begitu ketara berlaku di negara mereka.

Tetapi kita diMalaysia masih terkial-kial mencari formula untuk menyatukan semua kaum kononnya.. tetapi dalam parti masing-masing masih lagi mempertahankan kaum masing-masing... malah parti PAS yang turut memperjuang
Islam for All pun dah turut terpedaya dengan UMNO kerana terikut-ikut nak mempertahankan hak keistimewaan orang melayu.

Mengapa boleh jadi demikian... Hak ini aku tak tau nak jawab... hangpa fikiaq sendiri...

Tak kiralah satu Malaysia ka.. apa ka... yang penting Islam mesti didahulukan...







1 comment:

  1. DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

    http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari