boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, June 24, 2009

Umno paling kecewa Pakatan menolak kerajaan perpaduan


Oleh Samsuri Roslan

KUALA LUMPUR, Jun 24— Pihak yang paling kecewa dengan keputusan PAS dan rakannya dalam Pakatan Rakyat menolak kerajaan perpaduan adalah Umno.

Mereka kecewa dan marah berikutan tindakan PAS yang akur dengan keputusan gabungan Pakatan Rakyat menolak idea kerajaan perpaduan terutamanya dalam isu yang berkaitan dengan kuasa politik orang Melayu dan Agama Islam.

Ahli Jawatan Kuasa Penerangan Umno Malaysia, Datuk Othman Desa mempersoal sikap PAS yang mengutamakan kepentingan politik daripada perjuangan agama yang dilaung-laungkan selama ini.

“Mana hala tuju PAS yang mahu mendaulatkan agama dan memperjuangkan perpaduan ummah jika parti ini akur dengan parti bukan Islam demi kepentingan politik,” katanya ketika mengulas keputusan gabungan Pakatan Rakyat yang menolak idea kerajaan perpaduan yang pernah dicetuskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam kenyataannya kepada media, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun isu itu pernah ditimbulkan dalam muktamar PAS tahun lalu dan disebut kembali dalam muktamar tahun ini, pakatan pembangkang mendakwa idea penubuhan kerajaan tersebut sebagai fitnah, tohmahan jahat dan tindakan terdesak Umno.

“Majlis pimpinan pakatan pembangkang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno/BN yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan pakatan pembangkang yang semakin mendapat dukungan rakyat,” katanya.

Othman yang juga bekas Setiausaha Politik kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi mempersoal sikap golongan ulama PAS yang menaungi parti itu bertindak menolak perpaduan demi kepentingan politik.

“Belum berlaku sebarang pertemuan atau perbincangan, mereka sudah menolak idea perpaduan ini. Apakah sikap demikian ini menggambarkan ciri-ciri yang dikehendaki oleh Islam itu sendiri?” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kepemimpinan PAS terutamanya golongan ulama supaya menyoal diri sendiri apakah hukumnya menolak perpaduan demi kepentingan Agama dan bangsa Melayu.

“Di manakah maruah dan harga diri PAS?” Kami benar-benar kecewa kerana kepemimpinan PAS masih melihat kepentingan diri dan politik sebagai keutamaan sedangkan mereka mempunyai pakar yang arif termasuk di bidang agama itu sendiri,” tambahnya.

Beliau juga menyifatkan ini adalah masa dan detik yang terbaik untuk Umno/PAS berbincang mengenai masa depan agama dan bangsa Melayu yang dianggap sebagai ‘kritikal’ dan tegang.

Ahli Jawatan kuasa Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) cawangan Klang, Puan Zubaidah Abu pula mengharapkan agar para pemimpin politik yang dominan Islam dan Melayu supaya meneruskan agenda perbincangan dan muzakarah walaupun terdapat pelbagai halangan.

“Demi kepentingan agama dan bangsa, para pemimpin Islam dan Melayu perlu meneruskan tindakan mengadakan perbincangan dan muzakarah walaupun terdapat pelbagai halangan dan rintangan,” katanya.

“Tidak rugi akan meneruskan agenda perjuangan ini demi kepentingan nasib Agama dan anak-anak bangsa kita pada masa hadapan,” katanya lagi.

Bekas Ahli Majlis Daerah Grik, Perak, Zulkarnain Abu pula menganggap kegagalan mengadakan muzakarah Umno/PAS begitu merugikan terutamanya di kalangan orang Melayu dan Islam sendiri.

“Pihak yang berkuasa perlu meneruskan perbincangan walaupun mungkin ada kumpulan tertentu yang tidak menyukainya,”katanya.

Source : themalaysianinsider.

Komen: Bila sokongan Orang Melayu dah makin berkurang, kaum Cina dan India pun bertukar juga, baru teringat nak perpaduan... kenapa sebelum ini tiada dalam agenda...

3 comments:

  1. Salam MM,

    Minta tukarkan link blog ke http://ikutsukaakuisa.blogspot.com

    Kerana domain link yang lama dah kena kacau dan tak boleh akses lansung. hampeh betul....

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. MSO ni dah terlalu BANYAK makan TAHI PALAT pemimpin umno,,, tu lah pasal dia ni jadi macam tu hahahahahaha

    ReplyDelete
  3. Salam...
    ISA arahan hang telah dilakukan...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari