boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, June 25, 2009

Satu lagi PRK Parlimen selepas Manik Urai..

Oleh Samsuri Roslan

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Yang Dipertua PAS kawasan Bandar Tun Razak, Mohd Shukor Abdul Azz berkata beliau dan barisan kepemimpinan PAS kawasan tidak tahu dan tidak mempunyai maklumat kononnya Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi Anggota Parlimen Bandar Tun Razak.

Mohd Shukor yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat daripada mana-mana seumber untuk mengesahkan spekulasi kononnya akan berlaku kekosongan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

Isu kekosongan kerusi Parlimen ini timbul kembali di kalangan pemerhati politik berikutan penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini. Isu kekosongan kerusi ini dijangka berlaku selepas selesai pilihan raya kecil Dun Manik Urai di Kelantan.

Zaid dikatakan akan bertanding di situ untuk membolehkan beliau memasuki Dewan Rakyat balik dan seterusnya membantu Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Mohd Shukor mengakui isu kekososngan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pernah timbul beberapa bulan sebaik sahaja selesai pilihan raya umum ke-12 lalu. “Ketika itu Khalid baru dilantik sebagai Menteri Besar Selangor”.

“Kami pernah mendengar isu tersebut ketika Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor tetapi selepas setahun berlalu kami tidak pernah mendengar isu ini dibangkitkan kembali,” katanya lagi.

Secara peribadi dia melahirkan kurang setuju jika pilihan raya kecil Parlimen diadakan di kawasan tersebut memandangkan kecenderungan pengundi Melayu masih kurang berpihak kepada Pakatan Rakyat.

“Walaupun Pakatan Rakyat mendapat sokongan padu dari kalangan pengundi bukan Melayu namun sokongan pengundi Melayu amat diperlukan bagi membantu kemenangan calon dalam pilihan raya kecil ini,” katanya.

Walaupun dia akur dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat lebih mendapat sambutan berbanding dengan Umno mahupun Barisan Nasional namun segala-galanya bergantung kepada isu semasa.

Shukor menyifatkan situasi politik di Parlimen ini adalah 50-50 memandangkan majoriti undi yang diperolehi dalam pilihan raya umum ke-12 lalu adalah 2,515. “Jika dalam kawasan Parlimen jumlah majoriti undi demikian disifatkan sebagai `kurang selamat’ berbanding dengan kawasan DUN,” katanya lagi.

Beliau juga berpendapat segala-galanya bergantung kepada Khalid sendiri selaku Ahli Parlimen dan Menteri Besar samada mahu mengosongkan kerusi atau sebaliknya

“Jika dia yakin dan tetap berkemampuan memegang kedua-dua kerusi ini, kenapa perlu dia melepaskan jawatan,” katanya.

Bagaimanapun sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat, Shukor menjelaskan parti dan kepemimpinan PAS kawasan tetap bersiap sedia untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan strategi jika kemungkinan ini berlaku.


Komen : Kalaulah benar berlaku... apakah PRK DUN Penanti berulang... sebab ini permainan politik PKR...?? PM 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari