boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, June 7, 2009

Masih ada Yang sama berperasaan macam aku...

Salam sejahtera....
Aku ingat aku saja yang dok cempera tak ketahuan sejak dari semalam... rupa-rupa ada lagi yang serupa....aku copy & paste....kat bawah...

'Ulamak - The Monolog

Berkaitan 'Ulamak, aku ada beberapa soalan yang cuba aku jawab:

Mengapa Kelantan menang 5 penggal berbanding Terengganu?
  1. Ada beza antara kualiti Tn. Guru Nik Aziz berbanding kualiti Tn. 'Ulamak Hadi.
  2. Ada beza 'Siapa' bantu Tn. Guru Nik Aziz berbanding 'siapa' bantu Tn. 'Ulamak Hadi.

Mengapa PRU12 BN lingkup 5 negeri dan hanya dapat simple majority?
  1. Sebahagian rakyat tolak BN.
  2. UMNO kuat hanya di Johor, Sabah dan Sarawak.
  3. PAS, PKR dan DAP solid bergabung tenaga. Prinsip PRU: PR vs BN. 1 lawan 1.

Mengapa sebahagian Melayu tolak UMNO?
  1. Rasuah, seleweng kuasa, salah guna kuasa dan bermukasurat2 lagi.

Mengapa Tn 'Ulamak Nasha & Tn. 'Ulamak Hadi suka UMNO?
  1. Pi tanya depa. Depa buat kerja tu bincang dengan sapa dalam PR?

Pasai apa Tn. 'Ulamak Nasha menang?
  1. Sebenarnya dia kalah dalam menang. Tapi hidung machonya tetap tinggi.
  1. Masa pencalonan peringkat bahagian, dia dapat lebih 60%. Dalam Muktamar semalam, hanya dapat bawah 50%. Tak dapat pun simple majority. Keputusan lebih kurang si KJ dalam PAU tempohari. Tapi si KJ cakap berlapik, "yang menang tak menang semua, yang kalah tak kalah semua".

Pasai apa keputusan 1,000 perwakilan dikira lebih 6 jam? mengalahkan PRK Penanti yang 15,000 pengundi itu?
  1. Pi tanya Tn. Ulamak lagi sorang - Tn. Ulama' Mustafa Ali. Dia boss di situ.

Adakah ada kemungkinan PAS boleh lingkup lepas ni?
  1. Na'udzubillahi min dzalik. Tapi ada potensi dan tendency. Jika kepimpinan tertinggi masih ingat depa saja yang betui dan depa saja yang terer.. Aku teringin nak tengok Terengganu akan datang. Bukan dalam PRK, tapi PRU13.
  2. Tuan-tuan 'Ulamak tertinggi kata PAS untuk semua, bagus. Takut ka nak kata Islam untuk semua?
  3. Beberapa orang Tn. 'Ulamak mengutuk bloggers. Bagus. Tn. 'Ulamak Hadi mengiktiraf peranan bloggers dalam penyediaan media alternatif (konon), tetapi bila bloggers nak masuk buat liputan, kena halau - ini apa cerita ?
  4. Lain-lain - aku sambung monolog di lain kali, Insya Allah.

Bagaimana dengan kemestian Kepimpinan 'Ulamak ?

  1. Woit, Nabi dulu 'ulamak lulusan 'Usuluddin atau Syari'ah dari universiti mana? .. Dia anak yatim, tak pernah sekolah, tak tau tulis baca. Dia kerja gembala kambin saja, kemudian pi meniaga barangan Siti Khadijah. Akhlaknya diperakui mulia dek kaum musyrikin. Dia dididik Tuhannya. Dia Nabi dan Rasul terakhir dan terpilih. Dia dikurniakan Al-Quran. Dia tidak ego. Dia lebih suka hidup miskin berbanding jadi raja.
  2. Tang ni aku respect Tn. Guru Nik Aziz. Pasai tu, orang BN Kelantan berani kata "selagi TG Nik Aziz ada, jangan harap UMNO dapat Kelantan." Pasai apa, orang BN Terengganu tak kata lagu tu kat Tn. 'Ulamak Hadi. Kerap aku dengar orang bukan Islam puji keperibadian dan kezuhudan TG Nik Aziz, tapi kenapa tidak terhadap Tn. 'Ulamak Hadi ?

Awat yang aku tengok hang nampak hanging semacam ni?

  1. Hehe. Pasai apa? Pasai bukan sikit aku jumpa kumpulan ustaz2 lulusan Tempatan atau Timur Tengah tapi realiti - ramai yang semi-haprak (macam aku jugak). Pi surau masjid pun liat, rumah dekat. Minta jadi imam, undur belakang. Minta mengajar, berkira. Bab kerja profesion - culas, slow @ lembap (kata bos depa). Mertun tak ketuk, paku tak masuk. Cakap bab Islam dan keilmuan, berdegar. Bagi aku, kalau setakat tukang baca doa majlis upacara, tukang kebun pun boleh baca kalau ada skrip. Piirah dengan kealiman jenis itu. 'Alim yang menggetikkan.
  2. Bagi ustaz2 yang memang bagus ilmu dan amalan, tahniah! Aku respect kat hangpa. Hangpa tulong la jaga, peliharalah nilai 'ulamak itu selayaknya dengan sebaik-baiknya... Sekurang-kurangnya aku gembira, masih ada 'ulamak di sekitar aku di Malaysia ni.

2 comments:

  1. aku simpati dengan kekalahan husam , sayang betulk dia tak berjaya ~~

    ReplyDelete
  2. klu dapat siarkan perbahasan khalid samad tadi , sungguh bagus

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari