boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, June 12, 2009

Kedudukan Terkini Kepimpinan PAS......

PEMILIHAN PESURUHJAYA DAN AJK PAS , KEPUTUSAN KURANG BIJAK

MERAGUKAN dan kurang bijak. Itulah yang boleh saya simpulkan dengan pemilihan Pesuruhjaya Pas Negeri yang baru dan juga senarai AJK baru yang dilantik. Itulah yang berlaku di dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat yang baru diadakan semalam. Dalam situasi Pas terancam, bergelora serta menjadi sasaran kritikan, nampaknya parti ini tidak pernah belajar dari kesilapan mereka.

Berikut adalah senarai perlantikan yang baru dibuat di dalam mesyuarat tersebut, dan seperti biasa ahli-ahli Pas diajar untuk `wala', kepada senarai ini:

Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud, ahli parlimen Kota Raja
Wan Ubaidah Wan Omar, exco kerajaan Kelantan
Asmuni Awi, timbalan pesuruhajaya PAS Perak
Ahmad Dollah, timbalan pesuruhajaya PAS Sabah

Saya merasa agak pelik ke mana `hilang'nya Dato Anuar Tan seorang pemimpin yang boleh mewakili kaum Cina di dalam Pas? Beliau telah beberapa penggal berada di dalam saf kepimpinan Pas Pusat dan jasanya untuk menarik sokongan kaum Cina tidak boleh dipertikaikan. Bukankah Pas sekarang begitu hebat untuk mempromosikan parti kepada kaum yang selama ini begitu takut kepada Pas? Dato Anuar Tan tidak mendapat cukup undi daripada perwakilan bagi membolehkannya berada dalam saf kepimpinan tetapi salahkah jika beliau dilantik di dalam AJK ini sebagai mewakili kaum Cina? Memang benar, perlantikan jawatan ini adalah budi bicara Presiden mahu pun ahli mesyuarat, tetapi tidak adakah seorang pun yang terfikir betapa perlunya seorang pemimpin berbangsa Cina berada di dalam Saf kepimpinan Pas? Saya berharap perkara ini tidak dipandang sepi oleh Pas, tetapi jika keputusan yang telah dibuat perlu ditaati, apa yang boleh dikatakan lagi.

Mari kita lihat pula senarai Pesuruhjaya Pas Negeri khususnya yang baru dilantik. Saya tidak mahu ulas yang lain, tetapi amat memeranjatkan mengapa MB Perak YAB Ir Nizar yang memperolehi undi terbanyak di dalam AJK Pas Pusat tidak dipilih sebagai Pesuruhjaya Pas Perak? Bukan kita ingin mengatakan Us Abu Bakar Husin tidak layak untuk menjadi Pesuruhjaya Pas Perak, tetapi di dalam situasi sekarang, politik yang bergelora di Perak adalah amat bijak dan tepat jika jawatan tersebut diserahkan kepada YAB Ir Nizar. Bukankah YAB Ir Nizar memerlukan segala kekuatan moral dan fizikal di samping kepercayaan dan sokongan untuk menghadapi situasi di Perak sekarang? Bukankah dengan jawatan Pesuruhjaya Pas Perak sekiranya diserahkan kepada beliau, maka bertambahlah kekuatan moralnya dan penyokong-penyokong Pas dan PR di Perak? Tetapi Pas membuat pilihan yang pada saya tidak menepati suasana dan kebijaksanaan politik. Jika Dr Hassan Ali yang jauh kurang undinya daripada YAB Ir Nizar masih dikekalkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor, tidak munasabah YAB Ir Nizar tercicir pula. Saya tidak tahu samada kerana beliau terlalu kuat menentang Kerajaan Perpaduan bersama Umno yang menyebabkan beliau `terlepas pandang' oleh pimpinan Pas. Jika beliau terlalu menentang Umno sekali pun memang wajar kerana beliau sendiri yang tahu betapa `azab' nya berdepan dengan parti yang tidak boleh diharapkan itu. Berikut adalah senarai yang dilantik dan yang dikekalkan untuk jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri:

Senarai pesuruhjaya PAS negeri:

Hashim Jasin (Perlis)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
Saleh Man (Pulau Pinang)
* Abu Bakar Husin (Perak) – dulu Ahmad Awang
Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)
* Datuk Harun Taib (Terengganu) – dulu Datuk Mustafa Ali
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Osman Moras (Sarawak)

* mengalami perubahan, sementara yang lain kekal

Saya berharap agar Pas lebih menyelami sepenuhnya hati penyokong-penyokong dan ahli-ahli mereka. Teramat bimbang kita sekiranya jika tersilap percaturan, Pas akan mengalami kerugian di masa akan datang. Jangan terlalu banyak mencatur politik mengikut selera masing-masing sehinggakan tidak memperdulikan perasaan orang lain yang sedikit sebanyak membantu Pas sehingga menjadi seperti sekarang. Tetapi, seandainya kita diminta taat dan `wala' juga dalam perkara seperti ini, kita serahkan sahaja kepada Allah S.W.T.

Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/

Komen… Tak apa… Sekurang-kurang hampir keseluruhan negeri kecuali Selangor semuanya Ustaz…belaka… nampaknya Usul Dewan Ulamak supaya jawatan no 1, 2, dan 1 dari Naib Presiden di kalangan Ulama walaupun ditolak usulnya di muktamar… tetapi dipraktikkan di Negeri-negeri. Berjaya juga mereka ya…

Malang buat negeri saya… bukan apa saya bimbang nanti Ust Abu Bakar Husin akan terkebelakang… sebabnya dalam Pakatan rakyat apa yang saya perhatikan terutama Pimpinan DAP mereka sudah selesa bersama Nizar… begitu juga pengundi Cina dan India… mereka hanya mau Nizar…kalau ahli PAS tak ada masaalah…

Walau apa pun terimalah dengan hati terbuka…setengah pihak mengatakan Pimpinan terutama Presiden umpama duduk ditempat yang tinggi… beliau Nampak jauh ke hadapan…dengan apa yang kita tak Nampak…. betul tu saya setuju… tetapi saya sebagai orang menginap dibawahan pulak Nampak akan lubang-lubang yang sedia menunggu akan kejatuhan kita sendiri….Manjungmari..

3 comments:

  1. Manjongmari,

    Satu komen yang baik.

    Apakah dgn tidak melantik DS NIzar sebagai PJ Pas Perak, maka pimpinan Pas hendak memadamkan secara perlahan2 tentangan kepada Umno berkenaan kes Perak. Mungkin bagi mereka kerajaan PR Perak pun hanya kerajaan DAP dan DS Nizar hanya boneka DAP seperti yang selalu dijaja oleh Umno.

    Mungkin juga pimpinan Pas menerima hujah Umno bahawa "Kuatnya Melayu maka Kuatlah Islam" bukan sebaliknya yang kita faham.

    ReplyDelete
  2. Bukan bermaksud saya disini untuk mempertikaikan hak dan keputusan yang diambil oleh TGHH dalam melantik kepimpinan baru AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri. Sesiapapun yang dipilih oleh Tuan Presiden PAS adalah hak beliau sebagai pemimpin parti. Apa yang saya nak sampaikan disini, adakah cara pemilihan tersebut merupakan pemilihan secara peribadi atau dibentangkan didalam mesyuarat PAS Pusat dengan mengambil kira situasi negara dan kehendak majoriti perwakilan atau apakah kriteria yang digunakan dalam memilih pemimpin tersebut. Sebagai ahli saya berhak memberikan pandangan untuk kebaikan parti. Adakah saranan-saranan Naib-naib Presiden, Murshidul Am PAS dan AJK PAS Pusat diambilkira dalam menentukan kepimpinan peringkat Pusat dan Negeri(Pesuruhjaya)? Persoalan-persoalan ini bukanlah untuk mempertikaikan kewibawaan TGHH dalam memilih pemimpin, tetapi adalah lebih molek jika pemilihan ini dibuat secara kolektif dengan mengambil kira semua perkara dan maslahah umum. Cara terbaik ialah mengemukakan pandangan dalam mesyuarat dan berbincang dengan baik untuk mencapai kesepakatan dengan mengambil kira Konsep Kepimpinan Ulama yang sebenarnya iaitu dengan tidak mengenepikan kewujudan warga profesional dan warga marhaen yang bukan terdiri dari ulamak atau profesional. Apa yang sempat dilihat sepintas lalu, boleh dikatakan hampir 100% Pesuruhjaya PAS Negeri adalah ustaz-ustaz dari pelbagai institusi pengajian. Suka saya mencadangkan walaupun sudah terlewat (mungkin dilain waktu boleh difikirkan), agar perlantikan Pesuruhjaya dilantik setelah mengambilkira pandangan PAS-PAS Kawasan agar diberikan ruang kepada mereka untuk mencadangkan sendiri Pesuruhjaya bagi mewakili parti bagi peringkat negeri. Jika Presiden memerlukan wakil yang boleh bekerja bagi pihak Presiden, maka PAS Kawasan2 juga memerlukan Pesuruhjaya yang boleh bekerja bagi pihak mereka. Kemungkinan terdapat golongan profesionalisma yang haraki (walaupun bukan ulama) tetapi dilihat berkeupayaan utk mengemudikan PAS peringkat negeri. Tokoh-tokoh seperti Ir Nizar, YB Khalid Samad, Dr. Mujahid Rawa, Ir Amiruddin, YB Husham Musa adalah diantara tokoh-tokoh penting yang berkelayakan. Jika mereka tidak memegang jawatan-jawatan penting dalam PAS, bermakna PAS mengenepikan kilauan permata yang sedang bergemerlapan. Usahlah dilabel pro-pakatan ke atau pro-UG ke, endorgan ke atau apa-apa sahaja dengan tujuan untuk mengenepikan mereka kerana ia bukan sahaja akan merugikan PAS tetapi juga membiarkan pelapis-pelapis parti disia-siakan kebolehan mereka. Memanglah melukut ditepi gantang pun boleh bekerja (itu bahasa merendah diri), tetapi amat rugilah kalau sekadar melukut ditepi gantang sahaja, sedangkan mereka berkebolehan berperanan di dalam gantang.
    Apapun keputusan telah dibuat oleh Tuan Presiden, saya hanya mengharapkan yang terbaik, orang lain pun mungkin berfikiran untuk mendapatkan yang terbaik. Kepada Cikgu Pa, Setiausaha Agong PAS yang baru, tahniah diucapkan. jadikan tugas anda untuk memperkasakan PAKATAN RAKYAT, bukannya memperkasakan KERAJAAN PERPADUAN. Ini adalah amanah perwakilan muktamar, jangan disia-siakan amanah ini.

    nak tau lebih lanjut, sila ke website http://makkalsakhti.blogspot.com

    PAS FOR ALL...NOT FOR UMNO/BN!

    ReplyDelete
  3. selain undi ade syura..kepada PAS..watlah kerja kerana Allah swt..xper..yg penting kualiti bkn kuatiti ahli..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari