boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, June 19, 2009

Berita Tgh..TPM mahu TGNA lupakan sengketa UMNO-PAS Era 70 han..

Salam Sejahtera,..

Umno mahu bincang kerajaan perpaduan disegerakan

KUALA KRAI: Umno mahukan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin Pas melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka," katanya kepada pemberita pada majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok di sini hari ini.

Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran.

Beliau meminta Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melupakan sengketa yang pernah berlaku antara Pas dan Umno pada era 70-an dahulu sewaktu kedua-dua parti bekerjasama membentuk kerajaan negeri Kelantan tetapi Pas kemudian keluar kerana masalah dalaman.

"Itu zaman lampau. Sebagai umat Islam kita digalak bermaaf-maafan," katanya. - Bernama


Komen: TGNA dan Pimpinan PAS (kecuali boneka UMNO) bukan jenis manusia pendendam, kalau tidak mana boleh tertubuhnya Pakatan Rakyat... Sebab utama TGNA tolak UMNO adalah UMNO tidak mahu pada Islam... Ingatkan ucapan TGNA.. Kalau hari ini UMNO ubah dasar perlembagaan pada Islam, malam ini juga PAS bubar..jadi sendiri mau fahamlah,,, jangan cakap ikut sedap mulut...awak tu bakal PM juga... kang tak sempat nanti...

1 comment:

  1. KERAJAAN PERPADUAN WADAH UTAMA MENYATU-PADUKAN MELAYU/ISLAM

    Berita dari blog Cina Islam : Cuma 10 wakil PAS tandatangan tolak 'kerajaan perpaduan'.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Dalam 10 orang wakil PAS itu sebenar nya separuh daripada nya berjiwa PKR.

    Mereka tahu bahawa PKR akan musnah jika 'Kerajaan Perpaduan' benar2 dapat diujudkan. Begitu juga dengan DAP. DAP akan kembali lemah seperti dahulu.

    Jika DAP lemah, dengan sendirinya kaum cina dan india terpaksa mengikut menyokong 'Kerajaan Perpaduan yang berteraskan politik melayu/Islam sepenuh nya.

    Orang melayu/Islam harus sedar, kuasa memerintah oleh melayu/Islam akan musnah jika berpecah dalam politik. Contohnya apa yang sedang berlaku sekarang.

    Kaum cina dan india sudah bersatu dalam DAP, kaum melayu/Islam berpecah dan sudah menampak kan kelemahannya dari segi kuasa memerintah.

    Suara kaum cina dan india semakin lantang untuk menghapuskan hak2 kaum melayu. Mereka juga sudah berani menuntut perkara2 yang akan merugikan kaum melayu/islam.

    Sedarlah sebelum terlambat.
    Pemimpin2 UMNO mungkin sudah sedar segala kesilapan nya dan sudah berubah.
    Mengapa kita tidak berani mencuba 'Kerajaan Perpaduan' ?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari