boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, June 20, 2009

Waktu Ini.....! Sampai bila...

PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali
Harakahdaily
Sat | Jun 20, 09 | 12:40:53 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata PAS buat waktu ini tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan.

"Saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," katanya dalam kenyataan pendek yang diemelkan ke Harakahdaily pagi ini.

Kenyataan beliau itu adalah berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno bersedia berbincang dengan PAS atas apa sahaja topik tanpa meletakkan syarat. - mns_

Komen : Susah nak tafsir maksud cakap orang politik ni.. waktu ini tu adakah waktu terang!!!! dan bukan waktu gelap!!!!!!!

3 comments:

  1. kalau 'sewaktu dengannya' apa pula maksudnya?

    ReplyDelete
  2. Salam abang MM,

    Malam tadi Mat Sabu dgn Anwar Ibrahim datang ceramah kat Bangi, memang ramai orang yang datang, sampai melimpah ruah.
    Kalau nak tengok gambar-gambar sila la ker
    http://skuadpeninjau.blogspot.com/

    Amik la gambar-gambar tuh, bagitau kat semua orang yang kita tak kelapaq kat UG, macam Mat Sabu kata.

    ReplyDelete
  3. Salam ...
    Al Husseyn..sewaktu dengannya ada 5-6 orang, tak kan aku nak sebut kat sini.. kang aku kena ludah hang nak tolong gabuih ka...

    Skuad Peninjau..
    terima kasih atas maklumat tu.. hari ni tak sempat nak bejalan jauh lagi.. penat sangat..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari