boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, March 31, 2012

Dua VIP ini bakal menjadi mangsa Ds Najib..

Tak ada apa yang nak dihairankan,, Kalau pengawal peribadi sendiri C/Inspektor Azilah dan Koperal Sirul boleh dipersalahkan hingga ke tali gantung,
Jadi untuk dua manusia ni tak jadi hal,,, walaupun KSN merupakan seorang paling tertinggi sekali dalam penjawat awam,, namun untuk menyelamatkan diri,,, Nasib kamu la,,, itulah baik budinya pemimpin UMNO laknatullah..






Hinanya Zambry dan UMNO Bahagian Lumut..

Waktu aku sampai pagi tadi terdapat beberapa banner yang menunjukkan betapa hinanya melayu-melayu pencacai UMNO Lumut..., ada dua tiga lagi banner yang aku tak smepat nak ambik,,, lu orang boleh bayang sendiri.....


Double klik pada imej untuk paparan lebih jelas













Laporan terkini dari Teluk Rubiah..(VALE)

Cuaca yang tak berapa baik,, mendung gelap ak hujan,, sekarang jam 9.15 ....

Sayang programe yang agak lewat,, sebelah dengan seorang lelaki Cina,,, Cina kampong begitu semangat dok tunggu bersama aku....

Awas ... Polis dah buat roadblock,, tapi aku masuk dia tak tahan,,, hanya sekadar menakut-nakutkan kepada sesiapa yang nak datang.... Mana ada arahan larangan dari OCPD Lumut.... Polis hanya menjalankan tugasnya sahaja....

Ini dia UMNO jadi-jadian yang halau orang Melayu....







Bukan nak pandai-pandai reka cipta hal-hal budi pekerti perangai orang UMNO,,, maklumat ni semua dari blogger UMNO sendiri.... hangpa baca kisahnya di bongkar-shaik-hussein-halau-melayu.








Thursday, March 29, 2012

Fuiyo - Amaran Zambry a/l Kadiaq kepada DS Ir Nizar

Malam ahad lepas, aku di panggil oleh Pengarah MTD Dun Pasir Panjang, beliau memaklumkan UMNO Pasir Panjang tambah lagi satu isu, sebelum ini isu Tokong Cina yang paling Besar di Malaysia yang berada di Pasir Panjang, kemudian isu baru yang terkini Kilang Bijeh Besi Vale yang dalam pembinaan di Teluk Rubiah,,, kedua-dua projek ini adalah hasil usaha Nizar sewaktu menjadi MB selama 11 bulan dulu... Ho ho.... kalau macam tu lemaglah Zambry,,, ambik copy paste dari kerja hasil Nizar, kalau betul lah...

Dan lebih menarik Zambriy dah mula terasa suam-suam juboqnya menyebabkan memberi amaran kepada Nizar,,, Klik sini






Aku tak mau ambik tau siapa empunya kerja, baik Nizar atau Zambry, yang penting terutama dalam isu Teluk Rubiah ni, sebab apa yang berlaku ni, Nizar rumahnya di Ipoh, bila menang jadi ADUN 2008 dulu lagi, Sifu aku terus bersuara meminta dia berpindah dan menetap di Manjung, sebab dia ADUN Pasir Panjang, tetapi sampai ke sudah tak kesampaian,,, jadi aku harap PRU13 calon DUN Pasir Panjang PAS Perak pilihlah calon tempatan, tak kira sesiapa,, ada 3 nama yang dicalonkan, akar umbi penduduk Pasir panjang lebih berminat dengan calon tempatan.

Bagi Zambry pulak walau pun dia orang Pangkor, semenjak dia jadi calon Pangkor selepas PRU11 2004, dia pun tak duduk di Pangkor, dia juga duduk di Ipoh, dan aku yakin,, kalau dia pencen politik sekali pun dia tak balik duduk kat Pangkor,,,

Jadi mereka berdua tak merasa akan keperitan warga Manjung terutama pada 3-4 tahun akan datang..

Ada suara-suara bangang bin bengong mengatakan dengan adanya projek Vale di Teluk Rubiah maka dengan secara tak langsung akan wujud peluang-peluang pekerjaan untuk warga tempatan,,,

Semenjak bila warga tempatan Manjung menjadi pengnggur terhormat tak ada kerja untuk hidup,, apa yang jelas, bila ada sesuatu projek mega, anak tempatan entah kemana, yang ramai warga Bangla, Nepal, Vietnam,, kalau rakyat malaysia yang ramai warga Sabah, orang manjung.... boleh kira...

Warga Nelayan Pasir Panjang sekarang ni masing-masing dah senyum mengepak, kerana bila projek dah siap,, mereka dah tak boleh pergi ke laut lagi,, tak payah jadi nelayan,, ada habuan sedia menanti sebagai faedah ganti rugi...

Betulka boleh dapat, Apa yang aku dengar 2-3 bulan lepas, nelayan pantai di kawasan Teluk Muruk masih dik menunggu habuan ganti rugi,, menurut cerita pengurusan Marina Bay dan bayar sejumlah RM2juta, tetapi malang sekali,, duit tersebut taksampai ke tangan nelayan, entah tersangkut di mana wallah huaklam,,, tak tahulah pulak,, mungkin sehari dua ni dah dapat...

Akhir kata,, cukuplah,, Daerah Manjung tak perlu projek-projek mega, cukuplah dengan kepadatan penduduk yang ada, tahap sosio ekonomi yang semakin tinggi, dah sama seperti Kuala Lumpur... nak cari rumah sewa pun perit,, tak ada rumah,,
Warga Manjung lebih memerlukan hospital yang perlu diupgradekan sesuai dengan nisbah penduduk, Daerah yang sebegini besar, satu sekolah berasrama penuh pun tak dapat didirikan,, tak kiralah SBP atau MRSM,,, dari sini Manjung ketinggalan,,, nak harap Zambry jadi MB,,, hanya sebuah sekolah menengah agama Tahfiz di Pulau Pangkor,,, entahlah,, ramai pelajar yang masuk dah ditarik keluar oleh ibu bapa pelajar,, aku tak tau apa pasal...

Jadi sebagai tanda kita tak mahu projek kilang Vale di Teluk Rubiah, pada pagi Sabtu ni 31 Mac jam 10.30 satu perhimpunan sebagai tanda bantahan akan doadakan,,, jadi warga Manjung datanglah beramai-ramai bagi sokongan, ini bukan anjuran PAS atau parti politik, tetapi ini adalah atas perihatin blogger Otai-Manjung, Sahabat Alam Malaysia, Persatuan Alam Sekitar Perak dan ramai lagi NGO-NGO yang simpati dengan kemusnahan alam sekitar.





Yang mana satu betul... Mahkamah memang hina atau Hinanya mahkamah..

Malas nak komen apa-apa...lu orang sendiri fikir.... Malaysia Tanah Air ku...






Kisahnya DI SINI

Duit karan air cond mahkamah pun tak lepas.......

Guru Wanita beranak 4 dipecat dari jawatan ...

Hebatkan,,, kejadian yang berlaku disebuah negeri diselatan tanah air, negeri yang paling tinggi semangat kemelayuannya,,, negeri yang dimana ahli parlimennya menjadi Menteri Pelajaran zaman berzaman,,, apa tidaknya,,, Hishammudin Auww, kemudian sekarang Muhyiddin, Johor brand semua....tup-tup seorang guru telah dipecat,,,

Aku tak percaya 100% apa yang diceritakan oleh guru yang dipecat tu,,, tetapi apa yang lebih aku percaya di zaman UMNO serba serbi boleh berlaku,, tak ada yang mustahil.....


Experience
• Teaching experience of 22 years, from 1989.
• First Senior Assistant from 2004.
• Acting Headmistress for 1 year 3 months.
* Currently in fifth semester of completing Masters and have good academic record.
* Completed Headmaster professionalism course in 2008.
. * Currently as a volunteer, teaching students at Rumah Barkat, Johor Bahru from
2009.
* A community member of Persatuan Rumah anak-anak yatim, Johor Bahru.
* Experience as a Polling leader ( Ketua Tempat Mengundi ) for four terms.
* Guest speaker for English UPSR excellence programme.
* UPSR Examiner for 7 years and Head Examiner for 3 years.
* Twice awarded Excellent Award Service in 2001 and 2004.
* Instructor for Teaching and Learning Mathematics and Science in English
( ETeMS ).
* Instructor for Year 2 Science Curriculum state level.
* Instructor for Year 3 Science Curriculum state level.
. * Instructor for Level one Science Curriculum state level.
* Facilitator for Science Specification Item for examination in 2005.
* Motivation Instructor in 1995.
* Advisor for Parents and Teachers association in 2005 and 2006.
* Coordinator in 2001 for new school, SK Taman Skudai Baru 2, Johor Bahru.
* Contributed in Selection of extensive and contemporary literature books organized
by the Ministry of Education in 2003.
* Completed Leadership course in 2007.
. * Contributed in the Cluster school management and changes in 2005.
* Completed First Senior Assistant management course in 2008.
* Contributed in the Office management and finance for First Senior Assistant in
2005.

Kisahnya terlalu panjang,, bukar sekadar cerpen, malah boleh dikjadikan Novel,,, jadi aku hanya paste pengalaman guru tersebut,,, berapa banyak duit kerajaan dihabiskan untuk guru tersebut, tup-tup pecat,,, jadi siapa yang rugi,,,, rakyat..., mana mungkin kes sebegini cara penyelesaiannya hanya dengan memecat apabila mahkamah memutuskan guru tersebut tidak bersalah....

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh baca luahan-hati-seorang-guru.


Wednesday, March 28, 2012

Tolong terjemahkan - Agama Islam dikelirukan oleh MCA..



Salah satu dari apa yang tertera disini,, suami orang Islam bila ajar isterinya boleh tarik telinga bininya, atau pukul guna kayu baseball... itulah dakyah MCA kepada orang Cina....

Sumber : facebook

Dato Seri Najib - Negarawan atau Autawan?

Oleh:

BERKATALAH Perdana Menteri Najib, pembangkang umumnya auta dan menyatakan fakta.

Untuk berkata, isu-isu tertentu adalah auta, ia mungkin betul atau ia mungkin fakta. Tetapi kalau semuanya auta ia adalah satu auta yang nyata.

Najib dan UMNO mulai sekarang kena buktikan apa saja yang pembangkang timbulkan ada auta.

Contohnya tuduhan kerajaan Najib menggunakan firma perunding Apco, sebuah syarikat milik Yahudi Amerika adalah auta. Adakah auta Apco tiada apa-apa urusan dan peranan di Israel?

Adakah auta kerajaan IMalaysia membayar puluhan juta kepada Apco untuk mempromosikan Malaysia di luar negara?

Rafizi dari bahagian strategi PKR mendedahkan bahawa suami Shahrizat Jalil menggunakan sebahagian duit pinjaman RM250 dari kerajaan membeli dua kondo mewah. Adakah dakwaannya auta? Kalau auta mengapa pula antara dakwaan yang dihadapkan kepada suami Shahrizat ialah pembelian kondo itu?

Sebelum suami itu didakwa, boleh dianggap pendedahan Rafizi itu auta. Tetapi sesudah dia didakwa, adakah Jabatan Peguam Negara mendakwa sesuatu yang auta.

Suami Shahrizat belum didapati bersalah. Tetapi bolehkah dakwaannya yang berpunca dari pendedahan pembangkang adalah satu auta? Bijakkah perdana menteri ia juga satu auta?

Wajarlah Najib tampil menyatakan apa antara pendedahan kompeni lembu itu bukan fakta, melainkan semuanya auta.

Adakah cincin bernilai 24 juta ringgit yang dihantar melalui kastam kepada isteri Perdana Menteri satu auta? Mungkin harganya itu auta. Tetapi faktanya berapa? Apa pun berita dari sumber Najib cincin itu sudah dibawa keluar negara. Ertinya cincin itu dihantar kepada Datin Seri Rosmah bukan auta.

Ada pun Rosmah dilaporkan membeli pakaian ratus ribu di Australia. Kalau juga auta ia bukan berpunca dari pembangkang. Ceritanya dipetik dari apa yang dilaporkan oleh media Australia. Media itulah yang memulakan auta itu.

Isu pembunuhan nyonya Mongolia bernama Altantuya. Adakah ia isu auta? Adakah nyonya itu tidak dibunuh dan adakah mayatnya tidak pernah diletupkan di Selangor?

Kes itu sudah dibicarakan dan sudah pun ada keputusan mahkamah. Ia adalah fakta dan bukan auta. Itu pun auta juga.

Mungkin ada cerita tentang nyonya dan kaitannya dengan Perdana Menteri Najib ada unsur auta. Tetapi Najib wajar terangkan yang mana dalam cerita itu yang auta dan yang mana pakta?

Kes nyonya itu dan Najib difailkan di Paris. Adakah kes itu satu auta atau betul kes itu ada di mahkamah Paris?

Kemudian ada pula dakwaan bahawa syarikat Malaysia mengaut untung atas pembelian kapal selam dari Perancis dan pesawat pejuang Sukoi Rusia sebesar setengah bilion. Angka komisyen itu mungkin auta tetapi adakah mengambil untung itu auta? Jumlah yang tidak auta berapa?

Anak perempuan Najib bertunang tahun lalu diadakan di Hotel Shangri La. Perbelanjaannya sekitar setengah juta. Boleh dihujah ia dilunaskan oleh Najib atau kerajaan. Tetapi faktanya tuntutan dibuat hotel terhadap Jabatan Perdana Menteri. Pembangkang hanya membangkitkan perkara itu.

Jabatan Perdana Menteri menafikan ia dibiayai kerajaan. Apa bukti penafikan itu bukan auta? Dan yang sah bukan auta kosnya hampir setengah juta. JPM tidak pernah menafikannya.

Najib bercakap di Parlimen untuk memansuhkan ISA. Tetapi ISA masih berkuat kuasa. Tiada apa-apa tindakan untuk memansuhkannya. Tidakkah ia auta? Selagi akta itu begitu, Najib dikira meauta Parlimen. Kata orang Terengganu ia lebong.

Sehingga ini orang terasa auta terbesar ialah Najib. Diperkenalkannya slogan Rakyat Didahulukan. Dengan harga cincin Rosmah dan harga pakaian diberi di Australia slogan Rakyat Didahulukan adalah auta saja.

Tuduhan pembangkang auta payah diterima tetapi Najib boleh dikira seorang autawan.



Bersatuuu kita bersatu ...Sama-sama jadi lembu...

Wakaka .... lembu-lembu betina tengh naik minyak,,,cari lembu jantan....

Dua ekoq lembu montel elok dah untuk di sembelih... dua ekoq lagi sesuai untuk sup gear box....wakaka...



Fuiyo!....Pukolan dari gadis 18 tahun...

Belum sempat malaikai Izraiel menjalankan tugasnya,,, dah pun dapat habuannya...sepatutnya jika di nilai dengan umurnya 78 tahun.... dah nyanyuk dah,,, tetapi ia masih hebat sebelum ini..

baca di Di SINI

Nak tunggu tindakan berwajib dari agensi penguatkuasa agama Islam,,, haprak,,, kenapa... sebab mangkok ni pun ahli UMNO,, dan ramai anak muridnya pemimpin UMNO,, maka tindakan keatas dirinya disenyapkan....

Namun Allah lagi berkuasa,, dihantarnya gadis 18 tahun untuk dia... ambik ko... moga-moga sempat bertaubat......




Fuiyo.....Gambar ADUN Rim Melaka bersama Shahrizat Jalil..

Terbukti memang jenis loklaq atau ular ayaq.... spesis sama dengan Rahim Tamby Chik ni....


Sumber Gambar = facebook.com/photo.

Tuesday, March 27, 2012

Dari debu dia datang, kepada debu ia pulang.



Oleh

Mari talqinkan UMNO.
Ianya bukan apa apa. UMNO sudah sampai masa tamat nya. Bila dah tiba maut, kita tak boleh melambat atau menyegerakan walaupun se saat. Rakyat sudah lemas dan meluat dengan UMNO. Untung nya, UMNO tidak boleh melakukan apa apa untuk menyelamatkan diri nya. Setiap hari UMNO menunjukkan lemas nya.
Najib berkata kepada rakyat jangan melakukan kesilapan sekali lagi. Amat benar- jangan melakukan kesilapan dengan memberi lesen kepada pimpinan UMNO untuk merompak dan melanun negara ini. Pada kadar kerajaan UMNO memberi kontrak dan pinjaman dengan kadar rendah, seolah olah nya, kerajaan pimpinan UMNO memerah rakyat. Negara akan bengkrap.
Lebih mendukacitakan- Najib menunjukkan sifat UMNO yang bongkak. UMNO merasakan dia lah sahaja Melayu nya. Dia lah sahaja yang pandai mengurus negara. Dia lah sahaja yang melindungi orang Melayu. Dia lah sahaja yang boleh beri masa depan kepada orang Melayu dan Malaysia. Akan tetapi, fakta menunjukkan negeri2 di bawah Pakatan Rakyat di tadbir dengan lebih baik.
Bagaimana UMNO boleh memberi kita suatu masa depan yang cerah, jika ia telah menyebabkan suatu sejarah yang muram dan masa kini yang kacau? How can you offer a bright future when you have created only a dark past?

Ternyata Najib tidak menghormati pilihan rakyat. Ternyata Najib bukan seorang democrat tapi seorang closet feudalist yang despotik.
Kenapa?

kerana yang Najib kata buat silap itu merupakan 51% dari undi popular di Semenajung Malaysia. Siapa Najib untuk berkata 51% dari pengundi popular telah silap kerana menyokong Pakatan Rakyat? Penyokong UMNO dan BN hanya merupakan 49% peratus dari pengundi popular. Yang menyelamatkan UMNO dan yang membolehkan Najib jadi PM, ialah persempadanan kawasan mengundi. Kalau tidak ada pembohongan dan ‘arrangement’ macam ini, UMNO yang melakukan kesilapan demi kesilapan keatas rakyat Malaysia sudah lama bungkem!.
Apa punca kesombongan UMNO yang paling besar? Ada 2 punca nya.
Pertama UMNO menyifatkan diri nya penaung dan orang Melayu mereka yang UMNO naungi. UMNO patron dan Melayu budak budak. Ini bertentangan dengan piagam manusia yang merdeka- bahawa penentu nasib dan masa depan individu ialah diri mereka sendiri. Dengan sikap sombong UMNO menerapkan jiwa hamba keatas orang Melayu.
Kedua nya- UMNO menganggap diri nya sesuatu yang mesti di sembah dan rakyat ialah budak2 hamba sahaya mereka. Sekali lagi ini bersalahan dengan piagam manusia yang merdeka- yang menyifatkan kerajaan hanya suatu wadah yang melalui nya, rakyat mencapai pelbagai matlamat kepentingan masyarakat. Kerajaan bukan sesuatu yang menekan dan menindas rakyat.
Jadi apa yang rakyat dan bangsa Melayu hilang dengan menolak UMNO? Merka hanya akan menghilangkan rantai dan pasung yang selama ini memenjarai jiwa mereka. UMNO membodohkan orang Melayu dan suka selagi orang Melayu bergantung kepada UMNO dan tertunduk tunduk meminta sedekah seperti segala tambi dan peon. Ini bukan cara untuk memertabatkan maruah bangsa.
Nasib baik yang menyebelahi kita ialah kerana UMNO bodoh. Kalau UMNO cerdik, pakatan rakyat yang jadi jurubicara rakyat akan susah. Jadi kita tepuk bila Najib kata pembangkang auta. Kita tepuk bila Najib tidak hormat 51% pengundi popular. Kita tepuk bila Najib cakap merapu dan kata Anwar tidak layak jadi PM. Tapi kita jangan lupa, kedua dua PM dan TPM sekarang adalah pengikut orang yang hari ini di katakana tidak layak jadi PM.Kedua mereka adalah pengikut setia team wawasan yang ketika itu di pimpin oleh orang yang di katakan tidak layak jadi PM.

Reality nya- jika Najib boleh jadi PM, maka sesiapa sahaja ada peluang jadi PM. If Najib can become PM, anyone can too.
Najib dan UMNO tidak tahu lagi menangani keadaan. Mereka bercelaru. UMNO dan BN ingat semua ini is about Anwar. Sebab itu mereka attack Anwar dengan cara lama- Izam Mat Nor, Nallakarupan, Umi Hafilda, Hassan Ali, Zulkifli Nordin di perkudakan untuk menyerang Anwar.
Sebetulnya kita suka keadaan demikian berlaku kerana UMNO bodoh. Akhirnya UMNO akan sedar bahawa penolakan rakyat kepada UMNO bukan disebabkan oleh Anwar Ibrahim.

Ianya adalah kerana UMNO sudah sampai masa untuk kita takqinkan. Dari debu dia datang, kepada debu ia pulang.



Panas.... Anak buah ADUN Rim pulak didakwa minta rasuah wang dan sex..

Alahai UMNO Melaka... apa nak jadi,,,, kalau sebelum ADUN Rim yang juga timbalan Pengerusi J/kuasa Hal Ehwal Agama Islam Melaka ditangkap polis di kelab malam,, kini petugas majlis agama Islam pula.....

Melayu,melayu.....

TERKINI

Petugas MAIM didakwa minta rasuah wang, seks

27/03/2012 5:17pm

MELAKA 27 Mac – Seorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lepas.

Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500 daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira 6.30 petang, 10 Januari 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Zullias didakwa meminta perkhidmatan seks daripada Siti Aishah di bilik nombor 225, Coastal Park, Hotel Ujung Pasir pada kira-kira 1.15 petang, 13 Februari 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa’ad Shukor dari SPRM manakala Zullias tidak diwakili peguam. - BERNAMA



Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang akan keluar parti?

Heboh,,,Kecoh, dikebanyakkan blog-blog pencacai UMNO....arrghh, aku tak kisah lagi....

Tetapi kalau keluar dalam laman web yang ada kreadibilty,, maka tertanya-tanya juga dalam hati,,, biar betul atau saja-saja lawak nak hadapi PRU13 tak berapa lagi..klik. pesuruhjaya-pas-pulau-pinang-akan.

Bila musin dekat PRU 13 ni biasalah,, antara betul dan tak betul kadang-kadang tu susah nak klasifikasikan...moga-moga ini semua tak betol.....puak UMNO kata nak ikut Hasan Ali,, dari situ pun dah tak betul dah,,, Hasan Ali dipecat,,, buka kelar parti.... jadi aku anggap berita ni gerak saraf UMNO dah terdesak di Pulau Pinang...
.

Monday, March 26, 2012

Cerita dari gambar perihal PM 1Malaysia Dato Seri Najib..

Sumber yang aku ambik dari akhbar resmi negara iaitu BERNAMA.... Kisah sebenar hangpa cari sendiri, cuma apa yang aku nak tonjolkan inilah situasi yang berlaku kepada PM 1Malaysia...

Tidak ada niat walaupun sebesar biji sawi didalam perasaan minda aku nak menghina apa yang berlaku seperti didalam gambar ini.., apa yang aku nak kalian semua berfikir,, inikah nilai sebenar PM 1Malaysia yang dikatakan berjiwa rakyat....
Lihat cara gerak kerja PM,, terlalu berhati-hati.... seolah-olah beliau seorang yang pakar dalam nak melaksanakan tugas tersebut,, betulkah apa yang belia laksanakan.... Kalau hangpa tak ada asas knowledge ikat bata memang hangpa tak persaan.


Ha, ha, ha... aku dah berjaya,,, tengok hand glove pun aku dah takut,,, betui kani ....
Moral of the story... Kenapa yang ada kat sekeliling PM tu bengong juga atau takut nak tegur apa yang PM buat tu salah !!!!

Kalau inilah apa yang berlaku didalam pentadbiran Najib,, maka bernasib malanglah rakyat Malaysia,,,



Hakim-Hakim di Mahkamah Malaysia semuanya bodoh belaka? Najib yang yang kata..

Pastikan HAKIM dan peguam diberikan pemafahaman untuk membuatkan keputusan dan memberikan kemenangan.... Arahan Najib pengerusi mesyuarat....... Cerita penuh boleh lihat di video ni...



 

Tim. Pengerusi J/kuasa Hal Ehwal Agama Islam Melaka yang ditangkap di Kelab Malam kelmarin..

Apa yang dok riuh dalam akhbar Sinar harian siapa ADUN Melaka yang ditangkap.,, maka inilah orangnya..tak payahlah nak komen-komen,,, kalau dah namanya UMNO..

NAMA : SDR. MOHD. YAZED BIN HJ. KHAMIS,

TARIKH LAHIR / TEMPAT LAHIR : 09.05.1966

NO. KAD PENGENALAN : 660509-04-5441

ALAMAT : 53 JALAN CEMPAKA 7, TAMAN SERI CEMPAKA,
75400 PERINGGIT, MELAKA.

NO. TELEFON
i) BIMBIT : 019 - 6674104
ii) RUMAH : 06 - 2845731



Sumber gambar facebook.com/photo.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari