boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, March 22, 2013

Lahad Datu - Perbicaraan Siang tadi, macam ada yang tak kena!

Berita tv3 jam 8 mlm tadi aku sempat perati, kes perbicaraan pengganas Sulu,, dalam pada tu keluar muka Tan Sri Ghani Patail,, bagi kenyataan yang tak ambik peduli sangat... cuma satu perkara yang aku hairan...


Kenapa lama sangat ? Nak kumpul bukti,,, Tudia.. hebat cerita Lahad Datu ni, semua yang kena hadirkan diri,, top-top man belaka,, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Peguam Negara, yang lain-lain tak payah cerita...

Dalam duk nak kumpul bukti begitu lama ? Satu jawapan yang sangat-sangat ditunggu dah pun dapat...



TAWAU: Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.
 
Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
 
Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.
 
Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.
 
Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.
 
Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.
 
Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
 
Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
 
Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.
 
Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.
 
Sementara itu, Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Februari lepas menggunakan pasport antarabangsa.
 
Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.
 
Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.
 
Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan straight jacket seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan berulang kali dalam bahasa Suluk.
 
Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.
 
Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya.
 
Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.
 
Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan nothing to say (tiada apa yang hendak dicakapkan).
 
Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.
 
Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.
 
Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin.
 
Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.
 
Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan.
 
Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini.
 
Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi.


Opss,, sorry.., ini bukan jawapan lagi,,, baru clue... bayangan jawapan... ehem-ehem,,,

Sabar la,,,ending cerita mesti kena suspen sikit,, baru syiokk.. 

Kesemua pesalah tak boleh diikat jamin,, beerti mereka semua terkurong dalam lokap,,, lama wei nak tunggu 12 Apr baru nak bagi peguam... Ingat perbicaraan Anwargate dengan Azizan pemandu Wan Azizah,,, 1998,, (ada saksi kena Turning Over)....

Kesemua tahanan ditutup muka,,, kenapa... takut dikenali ... ada yang kenal,, wartawan hanya seorang shj boleh masuk dlm mahkamah?, hanya bawa pen dan buku nota.. jeng....jeng.....mungkin ahli umno lagi, mungkin pemegang mykad?....

Bulan April bicara... ding dong ding dong,,, time tu PRU13 dalam waktu yang sama,,, agak-agaknya boleh tahu tak jawapan siapa yang menyuruh dan mengupahnya..... jeng.... jeng..

Hoi...tolonglah,,, jangan ingat ini sandiwara tau,,, Pakatan Rakyat kena bersiap sedia dengan permainan ini...Ini adalah peluru terakhir mereka sebelum PRU13..













9 comments:

  1. akan datang jgn dibenarkan si pengganas menutup muka bila di hantar kemahkamah, biat seluruh rakyat Malaysia kenal si jahanam yang telah menyebabkan kematian anggota keselamatn kita.Kalau boleh akhbar arus perdana menyiarkan wajah2 celaka ini. Malu kononnn.

    ReplyDelete
  2. Cukup2 la Anwar, dah malas lagi nak dengar nama itu. Banyak sangat isu yang berkait dgn Anwar ni. Jadi la macam Ah Jib Gor bersih sebersih bersihnya. Tak pernah melakukan dosa lansung. Tanpa Najib dan UBN tiada la BRIM, BLIM dan ntah pa2 la, sampai Kak Mah jadi bling2.......INI KALILAH!!!!!!

    ReplyDelete
  3. kami disuruh & diupah oleh anwar ibrahim.Belum apa-apa lagi dah tau jawapan anwar lagi.....

    ReplyDelete
  4. org yg dimaksudkan pasti DSAI...rakyat dh boleh agak..ttp rencanalah apa pun wahai ameno..Allah swt yg akan menentukan..wama karu wama karalllah walla hu khairul ma kirinnn..rakyat dh x pcya..cerita sebenar akan diketahui bila PR ambilalih putrajaya...kita tguuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  5. tumbangkan bn dalam pru 13 - dah lama banyak kompenan udah tak relevan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar bn tu komponen lama tapi original daripada komponen baru banyak celup apa cer???? korang tak menonton berita kah, berapa banyak yang dibawa parti pembangkang yang mengadu janji tak pernah tepat.... Saya yakin BN tetap menang PRU 13... jangan nak mimpilah

      Delete
  6. Satu lg perkara yang menghairankan aku ialah kata jeneral tu bahawa mayat2 tersebut boleh dituntut. Pada aku maksudnya pengganas ni ialah rakyat tempatan. Kalau x, takkan orang asing nak masuk atau disuruh masuk semata2 utk menuntut mayat?

    Persepsi aku ini memang sandiwara. Ingat orang yang gila kuasa nak hargai ke nyawa demi utk mengekalkan kuasa diorang? Bush nak serang Iraq pun sanggup melakukan 11 september yang meragut bukan sikit nyawa. Siapa penasihat Bush? Yahudi kan. Habis Msia pun dinasihat oleh Apco

    ReplyDelete
  7. Kenapa parti yang membawa kepada perubahan korang tak nak sokong??? korang nak juga sokong parti yang tak pernah menunaikan janji.. Apa korang ni dah tak boleh fikirkah yang mana betul dan yang mana salah??? yang mana menghalalkan yang haram dan tak mengambil kisah yang halal tu yang korang sokong... Biasa lah dah nak akhir zaman kan, korang semua ni mahu kisah Nabi Luth A.s berulang 2 kali...... Fikir lah kerana BN banyak rakyat yang terbela dan bukannya tercelah......

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari