BERITA
Published: Sabtu Mac 30, 2013 MYT 5:11:00 PM
PRU-13: Pihak Berkuasa Pantau Cubaan Huru-Hara
KOTA KINABALU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihak keselamatan sedang memantau dan membuat persediaan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan pihak tertentu untuk mencetuskan huru-hara semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Sambil menekankan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menimbulkan ketegangan, katanya beliau sudah berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung perkara itu.
"Malah ketua-ketua polis negeri telah dipanggil untuk memastikan ia (sekiranya huru-hara berlaku) dapat ditangani dengan baik.
"Apa yang penting ialah kita membuat persediaan rapi bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini hari ini. Beliau dalam rangka lawatan dua hari ke pantai timur Sabah termasuk Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.
Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan yang dibuat Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Datuk Adiwijaya Abdullah berhubung perkara itu di Kuala Lumpur semalam.
Adiwijaya dipetik sebagai berkata bahawa parti pembangkang dikesan cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dengan tersebarnya risalah mengandungi cara untuk mewujudkan ketegangan di pusat-pusat mengundi di kawasan tertentu.
Menurut risalah itu, sasaran kekecohan ialah di kawasan Parlimen Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.
Adiwijaya juga dipetik sebagai berkata bahawa risalah itu didakwa menyebut saranan mewujudkan kekecohan di pusat mengundi dan mewujudkan twitter khas memperlekehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Hishammuddin berkata pemantauan itu bukan hanya ditumpukan ke 10 kawasan Parlimen tersebut tetapi dibuat di seluruh negara.
"Kita mahu menentukan pilihan raya yang adil dan bebas di negara kita. Kita tidak mahu ada pihak yang cuba menimbulkan huru-hara. Kita mesti pertahankan sistem demokrasi yang kita amalkan selama ini," katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan akan timbul masalah semasa pilihan raya umum, khususnya di Sabah ekoran insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Hishammuddin berkata pencerobohan itu tidak akan menjejaskan perjalanan pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.
"Memanglah pada peringkat awal ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyebarkan khabar angin yang sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan rakyat Sabah namun keadaan bertambah baik," katanya.
Hishammuddin berkata secara keseluruhannya keadaan di Sabah adalah tenang, selamat dan terkawal. BERNAMA
Woi... sejak bila silat gayung jadi penyiasat umno pulak...
puak puak itu lah sebenarnya pencetus huru hara,,,kerana mereka adalah pendekar...nak harap orang pr nak buat semua tu mana diaorang berani,,,pasai orang pr semua pandai pandai dalam akedemik ajer...keluaran universiti dunia kebanyakannya. lawan lawan ni tak berani aku...
ReplyDeleteSalam Manjungmari
ReplyDeleteDah lamer gayung ni sesat. Lama-lama jadi gayung untuk ceduk ayor jer ler. Mungkin boleh guna buat cuci ayor kencing kaki prono.
Bukan penyiasat ja bro . . merangkap tukang pukul berlesen masa PRU nanti ,silat melayu hanya untuk pukul melayu .
ReplyDeleteNi lah puak2 kaki fitnah...konon dapat maklumat PR nak buat huru hara..kenapa sebelum orang Sulu datang tak dapat maklumat??? Auta punya olang!! PR dah yakin nak menang, takkan dia orang nak timbulkan kekacauan!! Bodoh!!
ReplyDeleteaku pun ahli gayong juga tp taklah mcm yg dipertua kaki bodek tu...aku pun x tau mcm mana depa lantik yg dipertua hampehhhh ni...
ReplyDeleteAku juga ahli gayong juga sama seperti anon 9:59 pm. Tapi gayong kami pakai otak bukan gayong tak ada otak seperti yang dipertua bahlol tu.....
ReplyDeleteBukan semua ahli gayong bersama ngan pendirian dipertua 2...masing2 ada pendirian sendiri. Ahli gayong ramai, bukan semua satu kepala. Ramai blaja nak pertahankan diri shj bukan nak belasah orang lain.....
ReplyDeleteGAYONG TAK BERSAMBUT TAPI BERSERABUT
ReplyDeleteWoi.. aku anak melayu bukan penakut macam hangpa semua. harap hangpa orang PR buat kecoh hangpa pandai la.
ReplyDelete