boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, March 28, 2013

Pengesahan dari PDRM - Papagomo adalah bekas polis

Pihak atasan PDRM cuba nak menutup Papagomo bukan lagi sebagai pengundi hantu,, tak apalah... SPR pun dah padamkan nama tersebut,, jadi nak pertikai apa lagi... 

Cuma bab Papagomo sebagai perasuah tidak dinafikan... baru beberapa tahun kerja dah terlibat rasuah...


Papagomo bukan lagi pengundi pos

pada 28-03-2013 04:03 



Post Pic

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menegaskan bahawa bekas anggota keselamatan yang juga pengendali blog Papagomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris kini bukan lagi pengundi pos.
 
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, ini kerana beliau sudah ditamatkan perkhidmatannya pada September 2012 lalu.
 
Malah, dakwaan bahawa Wan Muhammad Azri merupakan pengundi hantu kerana didaftarkan sebagai pengundi pos dan pengundi awam di dua lokaliti berbeza adalah tidak timbul.
 
"Anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi polis.
 
"Ia sekali gus menyangkal dakwaan mana-mana pihak bahawa perkara ini dibuat untuk mewujudkan senarai pengundi di dua tempat yang berbeza," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
 
Mortadza berkata demikian mengulas dakwaan bahawa pengendli blog Papagomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris masih dikategorikan sebagai pengundi pos walaupun ditamatkan perkhidmatan pada September 2012 lalu.
 
Sebelum ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Wan Muhammad Azri adalah pengundi hantu yang boleh mengundi di dua tempat berasingan iaitu di Ampang dan Wangsa Maju.
 
Dakwa Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, Wan Muhammad Azri yang juga Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd memiliki dua kad pengenalan iaitu sebagai anggota polis trafik dan turut mempunyai kad pengenalan awam.
 
Selain itu menurut Mortadza, pihaknya mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri adalah bekas anggota pasukan polis berpangkat konstabel dan pernah berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya mulai 1 Julai 2002 sehingga 30 November 2004 apabila ditangkap di atas kesalahan jenayah.
 
Setelah disabitkan bersalah, Wan Muhammad Azri dijatuhkan hukuman dan dikenakan tindakan tatatertib serta dibuang daripada PDRM pada 6 September 2012...

Polis dan pecat,, umno pulak pergi pungut jadi macai.....memang dasar umno suka barang buangan...


2 comments:

  1. Alamak...!!!!Lu pon sama lah gak Manjung Mari...kaki rasuah gak masa dalam Navy...cuma dalam Navy tak panggil rasuah tapi "adjust"...kemudian masuklah PAS untuk menyucikan dosa..!!!Org yg dh biasa makan duit dari sumber haram nie kebiasaanya ayat2 dlm blog kebanyakannya menghasut and Memfinah!!!....ini kenyataan...sejengkal jdi sedepa...!!!!MANJUNG MARI@PAPAGOMO=PAPAT SIKU LIPAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,ye ker..
      Kaki rasuah jugak rupanya si ManjungMari ni..
      Patut la kaya semacam jer..
      Kah kah kah

      Delete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari