Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
SHAH ALAM - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan Pakatan Rakyat (PR) angkuh apabila menolak tawaran kerajaan untuk mereka membentang manifesto pilihan raya umum di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Sikap angkuh pembangkang itu sudah terdaftar dalam pemikiran rakyat Malaysia. Biasanya apabila orang berbudi kita berbahasa, tetapi bagi pembangkang, mereka berkata kami tidak mahu, kami tolak, alasan-alasan yang diberi tidak cukup," katanya.

Rais berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Warga Kerja Pos Malaysia Berhad bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Pada 22 Mac lepas, beliau menawarkan semua parti politik membentang manifesto masing-masing bagi pilihan raya umum ke-13 menerusi RTM selama 10 minit.

Bagaimanapun, pada 25 Mac lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menolak tawaran itu dan Parti Keadilan Rakyat serta Pas dilapor turut mengambil tindakan sama.

"Seharusnya mereka ambil ini sebagai satu peluang keemasan tetapi oleh kerana keangkuhan mereka, mereka tidak mahu menerimanya," katanya.

Rais yakin rakyat akan menterjemah tindakan pembangkang itu dalam pilihan raya umum nanti.

Ketika diminta mengulas hasrat Penasihat DAP Lim Kit Siang yang ingin bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Johor Jaya pula selepas mengesahkan bertanding di Parlimen Gelang Patah, beliau berkata perkara itu boleh diibarat sebagai 'dapat betis hendak peha, dapat peha hendak badan'.

Katanya, rakyat harus menolak seseorang yang begitu rakus untuk mendapatkan telapak politik dan juga penempatan kuasa tanpa mengira kesederhanaan dan keluhuran rakyat.

Mengulas prestasi Pos Malaysia, Rais berkata jualan syarikat itu meningkat dari RM1.1 bilion pada 2011 kepada RM1.5 bilion tahun lepas.

Beliau berharap perkhidmatan Pos Malaysia di Sabah dan Sarawak akan terus dipertingkat dari segi bekalan, komuniti dan kemudahan pos bergerak.

Katanya, pertambahan wakil pos di kedua-dua negeri sejak tiga tahun lepas menyumbang kepada peningkatan standard penghantaran. - Bernama

Sifat angkuh, bongkak dan yang sewaktunya itu adakalanya harus digunapakai bila berhadapan dengan manusia-manusia yang tak berotak?...
Sekadar 10 minit , apakah itu secara langsung atau sekadar rakaman,,, dapat menggunakan 10 minit, kerenah birokrasi sebelum nak dapat 10 minit tu entah berapa puloh jam... 
Jadi lebih baik tolak tawaran dari manusia tak berotak,, buang masa? ...
Sebelum ini pun dah 12 kali PRU tak pernah dapat pun guna Radio TV.... pun menang juga... 
Rakyat pun dah tak tengok tv sekarang ni,,, kalau PR tolak lagi ler rakyat tak tengok,,, tu yang anak yatim maroh benor tu...
Tahniah PR,, anda bijak tak masuk jerangkap samar Umno..