boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, June 15, 2009

Nasihat Awal Tuan Guru Nik Aziz....

'Boneka UMNO' nasihat awal - Nik Aziz

Nik Abdul Aziz Nik Mat bersalaman dengan Lee Kuan Yew yang melakukan kunjungan hormat di pejabatnya di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 14 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya merupakan nasihat awal.

Namun beliau mengingatkan bahawa nasihatnya itu mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggapnya sebelum ini sebagai 'ilham' UMNO.

Beliau berkata, gelaran 'boneka UMNO' yang diberikan kepada kalangan pemimpin Pas yang menyokong idea itu hanyalah merupakan kaedah pertama untuk menasihati golongan tersebut.

''Tidak ada manusia di dunia yang tidak buat silap. Isteri boleh salah kepada suami, suami boleh salah kepada isteri begitu juga ketua boleh salah kepada orang bawahannya.

''Maka kaedah pertama saya bagi adalah nasihat. Sesiapa yang setuju kerajaan perpaduan ini adalah 'boneka UMNO','' tegasnya.

Beliau bercakap demikian selepas menerima kunjungan yang julung kalinya ke negeri ini oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Rombongan dari republik itu turut disertai oleh Menteri Kewangan Singapura; Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pendidikan; Dr. Ng Eng Han dan Setiausaha Parlimen Kanan, Masagos Zulkifli Masagas Mohamad.

Kelmarin akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan membidas mereka yang mempertahankan cadangan itu sebagai boneka UMNO.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan mereka supaya mengikuti nasihatnya jika tidak ingin terus digelar sebagai 'boneka UMNO'.

Nik Abdul Aziz yang pernah menyifatkan dirinya sebagai nakhoda Pas mendakwa mempunyai hujah yang cukup untuk membidas idea penubuhan itu.

''Semua orang mesti dengar. Itu nasihat dan saya ada hujah cukup tetapi saya tidak mahu bercakap lanjut mengenainya,'' jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya adakah berlaku krisis keyakinan terhadap pimpinan Pas dan sama ada beliau sudah tidak lagi mempercayai pemimpin-pemimpin ini, beliau enggan mengulas lanjut.

Ditanya mengapa mereka seolah-olah masih membelakangi bantahan beliau sebelum ini, Nik Abdul Aziz berkata: ''Kenyataan pertama saya baru-baru ini cukup.''

Mengulas mengenai pertemuan dengan Kuan Yew, katanya, tujuan delegasi Singapura itu tidak lebih daripada sekadar ingin melihat keadaan di negeri ini.

Katanya, pertemuan selama kira-kira sejam itu berjalan lancar dan beliau mengambil kesempatan menerangkan kepada Kuan Yew bahawa corak pemerintahan Pas di negeri ini adalah berkonsepkan Islam sepenuhnya.

Tambahnya, beliau tidak membincangkan mengenai isu hubungan politik antara kedua-dua negara kerana ada pihak lain yang lebih arif untuk bercakap mengenainya.

Komen - Mungkin ada yang kata ini adalah Pendapat Peribadi tok Guru lagi...Tetapi apa pun aku sentiasa menyokong ketetapan TGNA....

3 comments:

  1. Tujuan PAS bersengkokol dengan DAP se mata2 inginkan sekelimut kuasa memerintah. Yang akan di timpa malang ialah orang melayu.

    PAS sudah mengetahui bahawa DAP sedarah sedaging dengan PAP Singapura. Cina dan india Malaysia sudah bersatu menyokong DAP@ PAP. Untuk menguatkan kedudukan nya DAP mengambil hati pemimpin2 PAS dengan menyokong nya pada PRU12 yang lepas.

    PAS mengetahu akan kesalahan nya menyokong DAP@PAP, apakan daya sudah termakan budi. Terpaksa terus menyokong DAP. Sekarang cuma rakyat melayu sahaja yang boleh selamatkan negara dari balapetaka ini. Kita kena berhenti menyokong PAS dan PKR, menyokong mereka bermakna menyokong DAP @ PAP.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Kami tetap bersamamu wahai TG HJ NIK AZIZ.

    Takbir !!

    Marakbar Nasaruddin !!

    Marakbar Mustapha Ali !!

    ReplyDelete
  3. warga emas yang seangkatan dengan pahbedah,majority setuju dgn cdgn kalu cgu Pa berundur dari SUA,bagilah peluang yg muda3 buat koje...ada agenda ke??????jawap di akhirat...ngape tak pecah rekod bg muslimatlak, Dr Lo Lo menang beso gak...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari