Bukan aku nak menuding ke arah sesiapa,,, tetapi bagi pejuang melayu tak adakah rasa simpati dan turut sama rasa bersalah...
Bukan aku nak jadi pembela kepada 9 orang janda tu pulak, pasai aku kata macam tu,, sebab nanti akan ada komen-komen sedemikian... itu bangsat punya komen..
Hukuman keatas mereka dikatakan engkar arahan mufti... Mufti selaku mewakili Ketua Agama islam,, cukup senang mengeluarkan arah sebegitu kepada mereka...
Tuan Mufti tak masaalah,, cukup hujung bulan bawa kad atm boleh pi cucuk kat mesin atam keluar wang,, banyak mana gaji mufti aku tak pasti, elaun lain, rumah disediakan, ada pemandu dan kenderaan disediakan untuk ke tempat kerja... jadi mufti tak ada masaalah untuk hidup dan nak mencekik setiap hari tak perlu nak risau...
Tetapi bagaimana dengan 9 orang janda ni,,, mungkin ada anak dan tanggungan, apa kelayakan yang mereka ada untuk nak mencari kerja,,, mungkin boleh kerja sebagai tukang sapu atau tukang cuci,, tetapi berpadakah dengan kerja dan gaji yang mereka dapat berbanding dengan kerja GRO, seronok dapat duit pun dapat dengan lumayan dan sungguh mudah.
Nak harap bantuan BR1M,, alahai.. RM500.00 duduk di lembah Kelang,,, sekali masuk pasar berbelanja berapa yang tinggal,, nak tunggu setahun lagi,, nam makan apa..
Aku tak tau, apakah selepas dijatuhkan hukuman,, apakah ada atau tidak sessi kelas penerangan dan kesedaran seperti kaunselling..
Jikalau sekadar hukuman, tanpa tindakan pencegahan,, adalah amat malang sekali... Duit hasil sedekah dan kutipan zakat didalam baitulmal berjuta-juta,, apa yang dilakukan untuk kepenting umat islam.. Menteri nak guna bayar kos yuran guaman senang pulak...
Rasanya banyak jalan penyelesaian untuk mereka-mereka ini,, sebagai contoh,, negera kita kekurangan tenaga kerja pembantu rumah yang terpaksa diimport dari negara luar... Akibatnya berlakulah serti apa yang dilaporkan dua tiga hari yang lepas,, bayi kena lambung...
Rasanya pihak bertanggungjawab seperti Baitumal boleh menyediakan pusat latihan khusus kepada wanita-wanita sebegini sebagai pembantu rumah profesional,, ingat profesional.. yang diktiraf,, paling baik ada ISO 9001.
Kalau majikan boleh bayar beribu-ribu RM untuk kos nak bawa masuk pembantu rumah dari luar dengan bayaran gaji yang agak mahal,, apakah mereka tidak boleh membayar sebegitu kepada tenaga kerja dari dalam negara sendiri.
Ini sebagai satu contoh,,, woii Wanita UMNO, Muslimat Pas, Muslimat Abim, Cendiakawan dan cerdik pandai dan berbagai NGO,, tak bolehkah duduk semeja, tak payahlah nak panggi Rosmah mai rasmi...berbincang bagaimana nak cari jalan menyelesaikan berapa ramai wanita melayu berugama Islam yang terjebak di lembah kehidupan yang agak menyedihkan...
Aku sekadar nak meluahkan perasaan... melihat dengan apa yang akan berlaku 20 tahun akan datang kalau kita sesama tak membuat apa-apa perubahan.
Bukan aku nak jadi pembela kepada 9
ReplyDeleteorang janda tu pulak, pasai aku kata
macam tu,, sebab nanti akan ada komen-
komen sedemikian... itu bangsat punya
komen..
hehheehe....aku tergelak baca manjong mari ckp 'bangsat punya komen'...hehhehe...sebelum2 ni aku nampak n selalu je baca entry2 mjgmari yg xde point n hujah,just kutuk sana sini..itu kategori bangsat jgk ke.kita sbg blogger ni kena la bijak and bkn melulu lebih2 lagi kita ni dari prtbuhan islam..belajar la dri blog mcm amenoworld...jgn pasal kita nk tunjuk sgt keburukan org smpi terserlah keburukan kita.mcm amenoworld tulis dlm satu entry kita nk membangkang biar ada hujah,jgn bg point mcm bola tanggung utk gang be-end kenakan kita.hnya sbgai renungan.mjgmari nk ambil kira atau nk abaikan terpulanglah.allahuakbar.
memang komen-komen manjung mari adala KOMEN TERBANGSAAAAAT,,,,,,,,MAMPOS MANJUNG MARI
DeleteKhalid kata duit simpanan selangor banyak.Sampai boleh bayar hutang talam corporation.Kalau setakat 10 orang ni takkan tak boleh bagi RM10K seorang kot.
ReplyDeleteyang ni komen banggang
Deletesenang je...galakkan kawen 4...ni la punca masalah ni mula2 timbul...kawen 4 dipandang HINA...padahal Islam dah kasi JALAN penyelesaiaan pada masalah sosial ni sejak 1434 tahun dulu...
ReplyDeleteundeng2 syariah berdasarkan quran, hadis & sunnah. fatwa ertinya pendapat. jadi bolehkah pendapat dibuat hukum? jadi gro atau pros, itu isu lain.
ReplyDeleteManjungmari....aku rasa engko ni penulis syok sendiri le.
ReplyDeleteManjung mari,,,,Duit BRIM RM500 Dah ambil ke belum,,,kalau sudah ambil lu pun Haiwan juga, bukan saya kata tapi Nik Aziz cakap, jgn marah hee. Daripada Azmi Fasa 2F.
Deletebukan stakat haiwan manjung mari ni tapi MENATANG HARAM JADAH MANJUNG MARI
DeleteAda banyak je janda2 susah yang lain... blh je kerja yg halal.. ada yg buat 2 kerja... ada niaga kecil2.... ada kerja kilang... kenapa yg sembilan ni kerja yg haram jugak dia nk?
ReplyDeleteBkn salah mufti lah, bukan salah kerajaan kalau diri sendiri yg nk krja haram..
apa kata manjung mari buat dulu bantu mereka baru blh dabik dada..
Masaalah ibu tunggal telah ujud sejak beribu tahun dulu dan keadaannya tetap tidak berubah walaupun ada orang yang prihatin untuk membantunya seperti empunya blog ini....
ReplyDeleteMasih kah anda ingat apa yang telah disarankan oleh Mashitah Ibrahim ulamak dari UMNO Baru.... perempuan diharuskan melacur jika kehidupannya terdesak ? Salah atau tidak salah fatwa itu bergantung kepada kefahaman ilmu agama masing-masing.
Sebagai contoh... seorang perempuan berwajah cantik tapi buta huruf telah berkawin dengan seorang kelasi kapal MSC. Mereka telah dikurniakan empat orang anak. Malangnya suaminya keluar belayar telah tidak pulang kerumah lebih tiga tahun tanpa ada apa-apa pesanan sedangkan orang yang ditinggalkan dirumah itu perlu makan dan membayar segala bil untuk meneruskan kehidupan.
Siapa yang harus dipertanggongjawabkan diatas kesulitan yang dihadapi oleh perempuan buta huruf itu dan anak-anaknya. Sedangkan kehidupan mesti diteruskan. Perempuan itu tidak ada apa-apa pengalaman bekerja makan gaji kecuali pandai melayan suami saja. Tidakkah kepandaian itu lebih mudah terjebak kepada kerja GRO..?
Jika perempuan itu beragama islam dan tertangkap.... akan bertambah malanglah hidup mereka anak beranak kerana "ORANG JAGA AGAMA" akan perbodoh dan membahalulkan kesusahan mereka dengan hukum agama. Halal, haram, syurga, neraka... ayat alquran, firman Allah, sabda Nabi, sahabat nabi, orang yahudi, orang arab semuanya disebut dan dileterkan sebagai tanda mereka wakil tuhan.... akhir sekali hantar mereka kemahkamah dan jatuh hukum sama ada dipenjara atau bayar denda. Selesaikah masaalah kehidupan perempuan buta huruf yang terbabit dengan kerja maksiat itu ?
Jawapannya keadaan dan kehidupan perempuan itu tetap tidak berubah dan dia akan meneruskan pekerjaan yang dia tahu lakukan saja....
Kesimpulan cerita diatas, saya sokong jika ada cadangan program kebajikan bagi membantu kehidupan janda atau ibu tunggal yang terdesak dalam menjaga kepentingan keluarganya. Tapi bukan kepada janda yang suka pada berpelesiran dan mengamalkan sex bebas.