Datuk Seri Najib Tun Razak bukan tidak tahu ramai pihak yang letih menunggu saat beliau palu gong bubar parlimen untuk pilihanraya umum ke 13.Senario ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi khususnya teka teki bila tarikhnya.
Semasa berucap melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di Seremban pagi Ahad Perdana Menteri memberi sebab mengapa lewat membuat pengumuman yang ditunggu itu.
Najib yang mengambil alih pentabiran negara dari Tun Abdullah Badawi pada 3 April 2009 yakni lebih setahun selepas pilihanraya umum ke 12 pada Mac 2008 kata PRU13 belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya dan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat.
"Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan bahawa dasar transformasi negara benar-benar boleh berjaya," katanya.
Perdana Menteri berkata, idea yang kreatif, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berkesan adalah sangat penting dalam usaha kerajaan untuk membela rakyat dan membangunkan negara.
"Hari ini, saya percaya rakyat sudah cukup yakin. Sebab itu saya tunggu perkembangan ini sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya umum," kata beliau.
Sementara itu pada majlis perjumpaan kepimpinan akar umbi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan selepas itu Najib menegaskan sebagai Perdana Menteri beliau tidak akan menjual maruah kerajaan, menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin ditunaikan.
"Hak sebelah sana (pembangkang) cakap, janji tapi yang buat kita (BN)...yang laksana BN lah. Senanglah nak janji, sesiapa boleh janji...janji mansuh PTPTN, tol, kurangkan minyak, free ini itu...senang...tidak payah ada kelulusan, siapa pun boleh cakap. Tapi pilihan raya memilih kerajaan yang bertanggungjawab, yang boleh bawa kita ke masa depan yang jauh lebih baik, yang menaikkan martabat, maruah bangsa dan negara.
"Inilah kerajaan kita, kerajaan BN. Kita tak tipu rakyat, kita tak menjual dasar populis, kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab untuk masa depan negara," katanya.
Perdana Menteri memberi jaminan beliau tidak akan korbankan masa depan rakyat dan negara kerana hendakkan undi dalam pilihan raya.
"Kita mesti ada prinsip dalam perjuangan, dalam hidup kita mesti ada prinsip sebab itulah pilihan raya umum bukanlah tentang siapa akan menang tapi destini negara kita...masa depan penentuannya akan kita tentukan tak lama lagi.
"Oleh itu, marilah kita kuatkan semangat, rapatkan barisan, tanam dalam hati bahawa kalau parti menang, masa depan dan hari esok masih ada," katanya pada majlis perjumpaan kepimpinan akar umbi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di sini, Ahad.
Najib yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini sebelum itu mendengar taklimat BN negeri.
Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan; Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Kerja Raya
Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek.
Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek.
Perdana Menteri berkata BN perlu berpakat dan mencari formula terbaik sebab kekuatan dalaman adalah amat penting kerana sekiranya BN kalah ini menunjukkan BN tidak bersatu dalam erti kata sebenarnya.
"Oleh itu, kenal lah diri sendiri, kekuatan kita, kelemahan kita, kelemahan musuh dan kekuatan musuh...segala kelemahan kita perbaiki, saya yakin dan percaya bumi Negeri Sembilan ini BN akan bertambah lagi kuat."-24/2/2013
Jawapan aku - Tarikh Najib ambil alih jawatan PM 3Apr 2009, belum genap 4 tahun lagi,,, apa yang dimaklumkan oleh Risik dan Sb, UMNO BN akan bungkus,, jadi adalah lebih baik teruskan sampai cukup tempoh,,, kaut selagi boeh harta rakyat,,, untung nasib kalau ada peluang isu yang menjatuhkan pembangkang ada harapan untuk sambung tugas... errmmm, apakah Najib dapat meneruskan jawatan PM!... Baik sangatkan Muhyiddin yang dah pun mendapat arahan dari Mahathir...
kalau dah confident sgt dengan sokong rakyat yang tak berbelah bagi,bubar jer lah parlimen.pak pak menteri pun yakin sokongan rakyat.rakyat lagi letih tunggu dan tak sabar.kan nak tunggu parlimen bubar dgn sendiri.
ReplyDeleteNajib dah kelemasan ..tun det tengah susun plan baru ..kepulangan bala dan serangan deepak mmg akan menjadi kan najib dan umnu amat tertekan ..najib hilang kekuatan team sendiri ..bukan sahaja rakyat letih ..penguasa umnu pun dah letih hilang keyakinan ..hanya tingal suara tapi tak ada keupayaan..bayangkan orang nazak mcmna...itu lah umnu masa ni..
ReplyDeletejangan bubar cuti sekoleh bulan tiga ni dah lah...ramai cikgu cikgi gi umrah, ni puak umno ni..habih la...
ReplyDeleteTransformasi dahlah tak jadi selama 4 tahun, boleh jadike 1, 2 bulan ni? Kalu AhjibGor ni letih tunggu TSMY lagi lah letih ler.......
ReplyDeleteTidak ada bulan yang lebih sesuai untuk bubarkan parlimen dan pru13 melainkan bulan mac. Ramai dah tok2 moh yang meramal dengan bulan ini. Apa pun kita jangan kesah sangat pasal bulan apa sebaliknya sudahkah kita membuat persediaan yang rapi untuk mengalahkan parti yang seringkali menang denga cara kotor ini. Jangan pulak disaat2 genting ini ada lagi pemimpin2 kita yang memberi bola tanggung kepada pehak lawan sehingga menjadikan akar umbi gelisah dan hilang arah.
ReplyDeletegaji tentera bulan feb kena potong woiiii!!!!!! kerajaan buat apa duit tu????? guna utk berkempen dan bagi jajan pada rakyat!!!!!anggota tentera gaji kena debit ko taknak ambik tahu??kau taknak jaga???? ooooo...sebab undi kitorg ni mmg akan dapat kat B'end sebab tu ki tak ambik pedulii????? hancur kerajaan.hancur zahid.hancur panglima kaki bodek!!!!
ReplyDeletecakap pun macam setengah2 ketua kg,agak nya dia sangka orang masih bodoh lagi???????
ReplyDelete