boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, February 22, 2013

Kes Berat beb.. Kalau MB Pas di katakan berbohong..

Sebelum ini kes hal-ehwal negeri Kedah, aku malas nak ambik pot, hal rumah tangga mereka,, biarlah mereka selesai sendiri...

Cuma dalam diri aku, paling pantang dan aku tak suka kalau sikap individu yang suka bebrohong, tak kira sesiapa.. entahlah..


Apakah berita ini benar atau pun bohong juga aku tak pasti,, tetapi kalau benar adalah amat malang sekali..



ALOR SETAR: Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pernah bertemu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi menyelesaikan masalah mereka tetapi tidak begitu diberikan perhatian.

Sambil menafikan dakwaan Azizan bahawa kakitangan Kuin tidak pernah bertemunya sebaliknya membawa masalah mereka itu kepada media, Penolong Pendaftar Kanan Kuin Muhammad Azki Hafizi Ibrahim berkata pertemuan itu pernah diadakan pada Mei tahun lepas.

Beliau yang mewakili 400 kakitangan Kuin berkata Azizan lupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa wakil kakitangan Kuin seramai enam orang pernah bertemu dengan beliau di rumahnya di Jalan Sultanah pada 14 Mei 2012 pukul 9 hingga 11 malam.

Katanya pertemuan itu bagi membincangkan permasalahan dalam Kuin, namun Azizan masih mempercayai maklumat dan laporan tidak benar yang disampaikan Rektor Kuin Prof Datuk Dr Jamil Osman kepadanya dan tidak mempercayai aduan yang dibawa kakitangan Kuin.

"Kami dah jumpa dia untuk berbincang, tapi dia lupa kot. Rektor Kuin pun kami dah jumpa tapi dia lari bila berhadapan dengan kakitangan Kuin. Mungkin (Azizan) dia pelupa.

"Tapi jangan tuduh kita tak berunding. Kita dah berunding dengan Jamil dan berunding dengan Azizan, juga pernah bertemu Exco Pendidikan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul namun tiada tindakan, bahkan mereka menipu rakyat dalam media," katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad Azki berkata kenyataan Azizan sebelum ini yang menyatakan staf Kuin adalah ejen Umno dan menyuruh kakitangan Kuin supaya meninggalkan Kuin sebagai pandangan sempit seorang pemimpin yang suka lupa dan tidak bertanggungjawab.

"Tak sepatutnya seorang Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat bertindak menghentam rakyat, sepatutnya dia kena jadi orang tengah selesai masalah rakyat," katanya.

Katanya apabila Azizan dan Taulan mengeluarkan kenyataan yang tidak benar mengenai isu itu, mereka sebagai kakitangan perlu tampil supaya rakyat Kedah tahu masalah sebenar kebajikan kakitangan Kuin yang diabaikan.

Mengenai dokumen palsu yang diarahkan oleh Jamil bagi kegunaan mahkamah, beliau berkata sepatutnya Azizan menentang kemungkaran bukan menyokong Jamil sebagai rakan sehingga sanggup menghalalkan kemungkaran.

"Di manakah prinsip perjuangan Azizan. Jika Azizan masih berkeras untuk tidak mahu mengambil tahu mengenai masalah Kuin, seluruh kakitangan Kuin yang berjumlah melebihi 400 orang mendesak agar Azizan berundur daripada sebarang jawatan dalam Kuin dan Azizan serahkan jawatan pengerusi Kuin kepada orang lain yang mahu ambil peduli mengenai Kuin," katanya.

Beliau turut mempertikai tindakan Azizan yang meminta mereka berhenti daripada Kuin dan mencari kerja di tempat lain.

"Yang Azizan nak ugut kami kami suruh cari kerja tempat lain dan berhenti Kuin pasai apa? Sepatutnya bila Kuin dah celaru di bawah Azizan, Azizanlah kena keluar dari Kuin bukan kami. Kita pun tahu semua orang dah tak suka pada Azizan. Di Kuin 95 peratus kakitangan tak suka pada Azizan.

"Orang PAS pun dah mula tolak Azizan, jadi betullah Azizan yang kena letak jawatan dan tinggalkan Kuin," katanya merujuk kepada tindakan beberapa penyokong PAS yang mengadakan demonstrasi beberapa hari lalu meminta Azizan berundur dan melepaskan jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri.

Azizan sebelum ini mendakwa kakitangan Kuin sebagai ejen Umno kerana sering membuat bantahan terhadap pengurusan kolej universiti itu. Beliau turut mendakwa kakitangan terbabit tidak pernah bertemu dengannya bagi menyelesaikan masalah secara baik tetapi lebih suka mengadu kepada media.

Kenyataan itu menimbulkan rasa tidak puas hati kakitangan Kuin yang kesal dituduh sebagai ejen Umno, sedangkan mereka mendakwa tidak pernah dibayar mana-mana parti politik, sebaliknya hanya berjuang untuk hak dan kebajikan masing-masing.

Sebelum ini, kakitangan Kuin mendakwa kolej universiti milik kerajaan negeri Kedah itu tidak membuat pembayaran wang pekerja kepada agensi pihak ketiga seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bank, insurans dan institusi kewangan yang lain sedangkan wang pekerja telah diambil dan potongan dilakukan dalam slip gaji mereka.

Mereka mendakwa sikap Kuin yang tidak membuat pembayaran itu menyebabkan tunggakan tiga hingga enam bulan mengakibatkan sebahagian besar kakitangan Kuin terpaksa menanggung beban seperti dikenakan caj kelewatan oleh bank, menerima surat amaran peguam, surat amaran kereta ditarik dan polisi insurans ditamatkan.

Sehubungan itu, dua laporan polis dibuat beberapa kakitangan Kuin terhadap dakwaan berlakunya penyelewengan dalam Kuin dan satu laporan telah dibuat kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berhubung masalah itu.
Kalau benar... aduii... cukuplah pemimpin Umno yang memang suka berbohong pada rakyat,, kalau pemimpin Pas pun turut sama berbohong,, serupa orang umno jugalah..


5 comments:

  1. JIKA PAS BERHAJAT MEMPERTAHANKAN KEDAH, TUAN GURU PRESIDEN PERLU SEGERA UMUMKAN MB KEDAH BARU YG BOLEH DITERIMA SEMUA SEPERTI DS NIZAR DI PERAK. USTAZ AZIZAN PULA PERLU TERIMA HAKIKAT BAHAWA BELIAU TELAH DITOLAK OLEH SEBAHAGIAN RAKAN SEPERJUANGAN. BERSEDIALAH UNTUK BERKORBAN DEMI RAKYAT. USTAZ AZIZAN AKAN DIKENANG SEBAGAI PEMIMPIN YG BERJIWA BESAR.

    ReplyDelete
  2. dulu kes ustaz azizan bertikam lidah dgn prof aziz pun pasal ustaz azizan dok sgt bela si rektor amno yg sorang nilah jugak. tak taulah sapa yg bercakap benar. kalau dah amno sepatutnya jgn pecaya sgt.

    macam tulah jwt2 lain penting dlm kerajaan negeri yg dipegang oleh org amno, jgn lepas tgn pecaya sgt, kalau jadi apa2 sapa yg susah, pas jugak yg susah.

    ReplyDelete
  3. sembang tak serupa bikin la manjongmari ni... taknak campur hal urusan rumahtangga orang(kerajaan pas kedah) konon. habis tu yang ko sembang habis pasal rumahtangga jibby ngan taib mahmud tu apa benda? habis anak berank org ko sungkit.cuba jawab..

    ReplyDelete
  4. PAS Pusat wajar hantar orang kamu dari ibu pejabat untuk selidik perkara ini. Jika benar dengan mengundurkan Azizan dapat meredakan masalah di Kedah, maka undurkanlah, jika tidak kekalkanlah.

    Tanya kawan, dan tanya juga lawannya... tanya grass root ahli yang dipimpinnya, dan tanya juga rakyat yang dipimpinnya. Itu lebih baik dari MUNGKIN meletak imam yang tidak disukai kariah.

    Kepada Rakyat Kedah... apapun keadaan JANGAN SAMA SEKALI UNDI UMNO/BN... rosak negeri.

    ReplyDelete
  5. Ke mana perginya blog http://bloglistpolitik.blogspot.com/ ?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari