boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, March 5, 2013

Apakah gambar ini ahli PAS yang "ORI"

Tak tau nak kata apa-apa... letih duk perati kawan-kawan disebelah sana nu...





YAN, 5 Mac -- Ahli PAS Cawangan Kampung Bahagia, Sungai Limau di sini Mohd Salleh Mad Abu, 61, menyifatkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai angkuh dan mendesaknya segera meletak jawatan pada sidang media di Kampung Bahagia di sini hari ini.
Beliau yang mewakili ahli PAS kampung tersebut mendakwa kesombongan dan sikap angkuh Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri semakin ketara selepas memegang jawatan Menteri Besar.
Anggota PAS seumur hidup itu tidak menolak kemungkinan sokongan terhadap PAS akan turun mendadak sekali gus memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya umum akan datang jika Azizan masih berdegil untuk tidak mahu berundur.
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA


Apa yang aku boleh suarakan, kami ahli-ahli bawahan ni nak pimpinan yang terbaik,, contoh dah sedia ada,,, dah pun 22 tahun jadi pemimpin...



5 comments:

  1. SALAM. Satu lagi pos yangtidak memberikan kebaikan kepada PAS dan perjuangan Islam bahkan pandangan buruk dan perpecahan di kalangan ahli.Saudara, Wallahi kalau saudara benar-benar pendokong Pas dan perjuangan Islam,tak payahlah postkan yang sifatnya melaga-lagakan dan membawak kesan buruk pada parti.Masalah dalaman dan soal kepimpinan biar diselesaikan di peringkat atasan dan tak payah post isu-isu dalaman parti boleh memberi bonus kpd umno dan fitnah pulak kepada parti.Kami melihat isu-isu yang sebegini tidak ada sebab utk dipostkan melainkan jadi pintu fitnah kepada PAS sendiri.Tak payah nak jadi hero dan cari glamor kononnya jadi penyelesai dalam parti dengan menyalahkan itu dan ini.Yang salah tetap salah.Biarlah Presiden di bawah pemantauan mursyidul am bersama kepimpinan di peringkat atasan yang menyelesaikannya.Isu yang sebegini bila saudara komersialkan,membuka pintu fitnah kepada Pas sendiri.Kalau saudara benar tak puas hati, suarakan di dalam usrah dan lainnya.
    Sebagai ahli pas kawasan lumut,dah terlalu byk kali dengar aduan dan cerita mengenai manjung mari baik dari puak umno mahupun dari pas sendiri.Mintak manjung mari ubah akhlak dan strategi dakwah.Bukan dengan maki dan sumpah seranah dan cerita -cerita yg belum tentu sahih.Tuan YDP Hj noh tolong ambik perhatian.Begitu jugak ustaz Mad Che Ghani.Jgn orang lari dari pas lebih-lebih lagi dari Islam disebabkan contoh kurang baik seperti dari blog manjung mari,contohnya.Ingat,pru 13 semakin hampir,Mintak Hj noh n Us mad refer pada post-post manjung mari yang lepas-lepas utk kajian dan muhasabah.Ikhlas ahli pas kaw lumut-jamaah surau Madah.Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Saya jugak sebagai ahli pas kawasan lumut jugak setuju dgn komen di atas.T kasih anony 11:37.sbb itu gunanya usrah.selain mencari jalan melemahkan musuh,usrah jugak mendidik ahli tengok dan muhasabah kekurangan dan kelemahan diri sendiri.mintak manjung mari ambil positif dgn komen yang tentunya ikhlas dari anony 11:37 di atas.pimpinan pas kawasan pun perlu take action.dah byk isu dalam kawasan lumut yg boleh menyumbangkan kpd perpecahan ahli.ingat! jgn jadi penghalang kepada perjalanan pas menawan putrajaya dgn post -post terutama dari blog manjung mari yang boleh memberikan infak negatif kpd pas itu sendiri.wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. PAS bukan Umno dan Umno bukan PAS.jadi apabila bukan dan tak sama,bezakan antara ahli PAS dengan ahli Umno dari segala sudut mulai daripada matlamat perjuangan hingga kepada cara dan pendekatan parti termasuk juga akhlak ahli-ahli PAS.biarlah umno dengan fitnah,penipu,sumpah seranah dan maki hamun mereka .jangan ahli PAS juga ikut sama macam perangai umno.jangan sampai dilabel " SAMA JE PAS DENGAN UMNO,UMNO DENGAN PAS ".umno maki hamun= pas pun maki hamun.umno buat fitnah= pas pun buat fitnah ...bla bla bla mintak manjung mari tambah baik adab dan akhlak.TAKBIR !

    ReplyDelete
  4. sokong,ALLAHU AKBAR!

    ReplyDelete
  5. Kamu kenal tak sapa yang sedang bercakap dalam gambar tu sebelum buat apa2 ulasan.Orang tahu sebab apa dia marah MB,cuma orang tak mau cgehita,apa yang dia buat dekat ahli MKKK Pas kawasan, semua orang tahu.Apa pun isu ni biarlah selesai dengan baik.Aku doa semoga jamaah diutamakan dari kepentingan peribadi.
    Jangan kita menjadi alat musuh nak menjatuhkan kita.Berita macam ni tak menguntung jamaah.malah menimbulkan suasana kurang selesa di kalangan jamaah.Naktau kisah betul tanya orang bukit besar, siapakah sidia itu?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari