Hari ini berita Ahli parlimen Umno pun lebih kurang tu juga,, mati tahun 1981,, tup-tup hari ini hidup semula..
Saya belum meninggal dunia - Hashim Endut
ALOR SETAR 21 Jan. - "Saya masih hidup!" Demikian ditegaskan oleh bekas Ahli Parlimen Ulu Muda, Hashim Endut, 79.
Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat agar tidak mempercayai khabar angin yang menyatakan bahawa beliau telah pun meninggal dunia sejak 1980-an.
Hashim berkata, ramai kenalan dan masyarakat yang ditemuinya terkejut bertemu dengan beliau kerana menyangka Hashim telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 28 November 1981.
"Rakan-rakan lama menyangka saya meninggal dunia selepas kemalangan atau akibat sakit tua," katanya ketika ditemui di pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.
Hashim, 79, berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan Ulu Muda (Pendang dan Sik) selama dua penggal bermula 1978 dan pernah menewaskan bekas Timbalan Presiden dan kemudian Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadhil Noor.
Menurut Hashim, beliau meletak jawatan kerana faktor kesihatan selepas terlibat dalam kemalangan di Selinsing, Bagan Datoh Perak pada 28 November 1981. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130121/dn_17/Saya-belum-meninggal-dunia---Hashim-Endut#ixzz2IbFy3Fuf © Utusan Melayu (M) Bhd
Ha ha , aku sendiri pun tak kenai dia ni,, kalau tahun 1981,, aku masih tengah belia, mengundi pun belum boleh lagi,,kalau tarikh tu, aku tengah duk berlari di Pusat Latihan Rekrut TLDM Lumut,, mana nak tau cerita...,,
Kini dah 32 tahun,, apakah dengan parti umno sendiri akan mati lagi sekali seterusnyA...
Ha ha , aku sendiri pun tak kenai dia ni,, kalau tahun 1981,, aku masih tengah belia, mengundi pun belum boleh lagi,,kalau tarikh tu, aku tengah duk berlari di Pusat Latihan Rekrut TLDM Lumut,, mana nak tau cerita...,,
Kini dah 32 tahun,, apakah dengan parti umno sendiri akan mati lagi sekali seterusnyA...
banyak lah boleh buat amal ibadat lagi
ReplyDeletebab mati pun nak salahkan UMNO juga ke. bahalooooool
ReplyDelete