boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, January 11, 2013

Gambar-gambar menyedihkan kesengsaraan rakyat negeri Kelantan.

Setiap kali lawatan Najib atau kuncu-kuncunya dari kerajaan pusat ke negeri Kelantan, laungan-laungan yang selalu kedengaran,,

 "Berikan peluang BN tadbir semula negeri Kelantan, segala masaalah air di negeri Kelantan akan dapat kami selesaikan"

Betuika.... Jom kita lihat...



Bandar Kuala Lumpur, yang mana ibu negara Malaysia, sistem urus tadbir yang moden, 10 kali lebih baik dari negeri Kelantan yang dikatakan mundur, tiada pembangunan, namun hari ini apa yang terjadi...

Semua kita ketahui syarikat kroni Umno Syabas, yang mana CEOnya gaji berjuta setiap tahun, ditugaskan mentadbir menjaga keperluan air bersih buat rakyat secara berbayar bukannya percuma....

Namun bila difikirkan kejadian yang berlaku sekarang ini, rakyat menjadi mangsa...menerima kesengsaraan diatas kecuaian syarikat kroni tersebut..
  
KUALA LUMPUR, 10 Jan -- SIMPAN… Siar kaki rumah pangsapuri menjadi ruang simpanan bekas air penghuni berkenaan.
kelihatan penduduk rumah pangsapuri, Aisyah Mohd Som, 24, menyimpan air di siar kaki di hadapan kediamannya di tingkat dua Flat Sri Melaka Blok 34, Cheras di sini hari ini.
Gangguan air di kawasan perumahan tersebut sejak seminggu lalu.
-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 10 Jan -- MASALAH AIR... Penduduk Pangsapuri PPR Perkasa, terpaksa beratur menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan air dari lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di kawasan letak kereta pangsapuri berkenaan ketika tinjauan fotoBERNAMA di Jalan Nakhoda Yusuf di sini, hari ini.
Perumahan rakyat di sekitar Cheras, Ampang dan Pandan Jaya dilaporkan menghadapi masalah bekalan air sejak seminggu lalu. Bekalan air dihantar oleh pihak berkuasa tempatan serta Syabas dengan menggunakan lori tangki ke kawasan yang terjejas.
-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA








KUALA LUMPUR, 10 Jan -- MASALAH AIR... Kanak-kanak sekolah turut membantu keluarga mengangkut air selepas pulang dari sekolah ketika tinjauan fotoBERNAMA di Pangsapuri PPR Perkasa, di sini hari ini.
Perumahan rakyat di sekitar Cheras, Ampang dan Pandan Jaya dilaporkan menghadapi masalah bekalan air sejak seminggu lalu. Bekalan air dihantar oleh pihak berkuasa tempatan serta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dengan menggunakan lori tangki ke kawasan yang terjejas.
Krisis air menjejaskan 90 kawasan di Lembah Klang membabitkan hampir setengah juta pengguna.
-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA





KUALA LUMPUR, 10 Jan --TELAGA MODEN… Warga emas Latifah Mohamad, 72, terpaksa menimba air dari tingkat satu rumahnya di perkarangan kawasan letak kereta Flat Sri Melaka Blok 34, Cheras di sini hari ini.
Beliau menumpangkan tong di siar kaki jiran bawah dan menunggu giliran tongnya diisi lori air sebelum ditimba naik keatas. Aktiviti ini bermula sejak seminggu lalu.

 KUALA LUMPUR, 10 Jan --TELAGA MODEN… Warga emas Latifah Mohamad, 72, terpaksa menimba air dari tingkat satu rumahnya di perkarangan kawasan letak kereta Flat Sri Melaka Blok 34, Cheras di sini hari ini.
Beliau menumpangkan tong di siar kaki jiran bawah dan menunggu giliran tongnya diisi lori air sebelum ditimba naik keatas. Aktiviti ini bermula sejak seminggu lalu.
-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

Keseluruhan rakyat yang menjadi mangsa, wanita, wanita tua, kanak-kanak... inilah hasil kerajaan yang sebelum ini engaku bijak mentadbir negara ?

Paling menyedihkan, masaalah ini apa yang aku dengar,, berlarutan sehingga selepas Tahun baru China,, amboi lamanya,, macam dirancang sesuatu... Sila baca Di Sini


Apakah ini semua yang mana rakyat tak berdosa jadi mangsa ada kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor yang menghalang projek Langat 2.




11 comments:

  1. Rakyat Selangor dan Kuala Lumpur patut sedar bahawa yang menyeksa mereka dengan sekatan bekalan air ialah Syarikat Syabas bukan kerajaan Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor nak selesaikan isu air ini dengan membeli Syabas, tetapi kerajaan UMNO/BN Persekutuan menentang.Kalau Kerajaan Selangor menguruskan hal air, dijamin bekalan tidak putus dan kadar bayaran air di Selangor dan Kuala Lumpur akan dikurangkan.Jadi sama2 kita tendang keluar kerajaan UMNO/BN Persekutuan pada pilihanraya 13 ini.

    ReplyDelete
  2. Jatuhkan Kerajan BN, air pasti melimpah ruah. bukan sahaja air tetapi minyak juga turut melimpah.

    Patikan BN terkubur selama-lamanya

    ReplyDelete
  3. Bukankah kerajaan pakatan selangor yang tidak mahu luluskan permohonan stesen rawatan air? Macamana air nak cukup kalau taman- taman perumahan semakin bertambah dan kerajaan negeri pula tak mahu beri kelulusan . Pusat rawatan air sekarang berfungsi tahap maksimum. Jika berlaku kerosakan atau pembaikan ( maintenance) tentu bekalan akan terjejas. MB khalid adalah boneka DAP yang menyerang Syabas yang kini dimiliki melayu. Dengan menggunakan kuasa kerajaan negeri, dengan tidak memberi kerjasama yang sepatutnya, syabas menerima tekanan apabila segala perancangan peningkatan sumber air disekat kerajaan negeri, dan jika syabas gagal, maka jatuhlah pengurusan air kepada DAP, dan jika dah jatuh ketangan cina, jangan harap nak air murah lagi dari kaki jerut. Fikir ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada mentaliti tadika cam ni he he

      Delete
    2. pencacai umno ni tak abes2 dok kata boneka dap.. tahap tu ja pemekiran hgpa ni...

      Delete
    3. identiti pun rahsia. apa salahnya pamer identiti asal kalu anda berdiri atas fakta yg benar? tak sudah2 memecahbelah perpaduan ummah dgn menjaja modal 'melayu'-'cina'. politik begini sudah tak laku..lebih penting lagi, Allah murka pd org yg menabur fitnah.

      umno-bn akan musnah akibat tindakan mereka sendiri..

      Delete
  4. Yang ni betul2 atau lakonan, hehe

    ReplyDelete
  5. ni semua sabotaj SYABAS sendiri, lepas tu menunding jari kepada kerajaan pakatan selangor. dah faham sangat la mainan politik diorang. yang tak faham lagi tu banyak sangat tengok buletin utama, baca utusan malaysia, berita harian

    ReplyDelete
  6. apa kena mengena kjaan selangor???? kan kat wilayah tak de air.... pulangkan wilayah kpd selangor,nant br dpt air :p.

    ni manusia tak tahu malu, rumah sendiri tapi nak salahkan jiran sebab susah. suruhla la syabas buat empangan sendiri kat kl nun..kat dataran pun molek...air melimpah ruah kat situ..Puiiiiiiiii!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Bro bukan tekninal.. setiap equiptment mempunyai penyelenggaraan berkala.sama jugak mcm kereta kena servis bila cukup masa. Bila berlaku sesuatu kerosakan..biasanya kerana tdk melaksanakan penyelenggaraan berkala.soal spare part mahal @ murah tiada gunanya..tiada guna spare part dipersalah. Mana tau spare part..sdgkan pam air tu ko tak pernah servis??

    Jika penyelanggaraan dibuat hanya dikertas yakni semua OK..inilah yg terjadik.Tak tau mcmana syabas dpt ISO 9001, ISO 14001 and OHSAS 18001. gua pun kencing jgk fail kalu sirim mau mari.. mana pegi teknikal team syabas??

    ReplyDelete
  8. dh habis pikir... x tau nk cakap mcm mna lagi... permainan orng2 politik yg punya kuasa dan wang... yg jadi mangsa ialah rakyat... dh x tau mana nk pilih... semuanya punya tujuan utk BERKUASA.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari