boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, September 30, 2011

Berita kes penyamun yang berbeza...

Salam sejahtera..
Semasa siaran berita NTV7 jam 7 petang tadi aku sempat tengok laporan mengenai 3 orang penyamun, yang mana seorang daripadanya suami kepada anggota polis wanita,, dengan menggunakan gari kepunyaan isterinya sang suami telah menjalankan aktiviti menyamun, itu yang diterangkan oleh OCPD Tampin SUPT Wooi Kooi Chang dalam berita tersebut,,

Kemudian berita yang sama juga keluar pula dalam berita TV9 jam lapan malam...

Bila aku semak balik, cari melalu semua akhbar kisah sang suami kepada anggota polis tak ada pula dikeluarkan.. Tiga polis palsu kecundang selepas aktif menyamun/ dan juga Three posingas Home Ministry officers_policemen held/Article hairan ya,, kenapa Bernama tak siarkan..

Dah tentulah, jatuh kemaluan PDRM bro,, memang tak logik seorang isteri yang juga seorang anggota polis tidak mengetahui aktiviti suaminya,,,, ini sudah kira polis cap ayam. atau sengaja ia diamkan aktiviti suaminya....







Muhyiddin Yassin 'Syok Sendiri'

Salam sejahtera..

Dapat pegang senduk dengan sodit pun dah berapa syoook dia......


.

Muhyiddin Yassin 'Syok Sendiri' - PKR.

SHAH ALAM 30 Sept. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah mendapat tempat di hati rakyat di negeri itu yang akan menolak Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Haniza Talha.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang berkata rakyat Selangor tertekan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dan ‘tidak sabar’ menukar kerajaan negeri sekarang.

“Wanita Keadilan Selangor merasakan ia suatu kenyataan yang cuba menidakkan tahap sokongan yang semakin menjunam dan takabbur (Muhyiddin) yang amat menjengkelkan,” ujar Haniza dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya selama 51 tahun, hak rakyat dinafikan dan dirampas BN, namun selepas tiga tahun mentadbir Selangor, pelbagai perubahan telah dilakukan Pakatan Rakyat bagi menaiktaraf hidup rakyat.

Antaranya, semua rakyat di Selangor tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik menikmati bekalan air percuma 2 meter padu setiap bulan.

“Begitu juga dengan kesihatan wanita. Kerajaan Pakatan Rakyat amat prihatin dengan kesihatan dengan memperkenalkan “Skim Kesihatan Wanita” yang telah memberi manfaat kepada hampir setengah juta wanita yang telahpun menyertai skim itu,” tambah beliau.

Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSEL) dan Mikrodredit Miskin Bandar (MIMBAR) pula membantu peniaga-peniaga kecil memajukan perniagaan dengan memberi pinjaman agar mereka dapat mempertingkatkan pendapatan.

Melalui program Tabung Anak Warisan Selangor, anak-anak kelahiran Selangor memperoleh tabung simpanan sehingga mereka dewasa.

Manakala Warga emas yang telah mendaftar dalam program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diberi baucer RM100.00 setiap orang dan waris mereka menerima saguhati sebanyak RM2,500 jika berlaku kematian.

“Wanita Keadilan Selangor ingin ingatkan bahawa BN telah diberi peluang selama lebih 50 tahun untuk bantu rakyat dan bangunkan negeri Selangor, tetapi dalam tempoh masa itu, BN lupa diri dan angkuh serta abaikan kebajikan rakyat.

“Kini, Rakyat Selangor sudah mampu membuat perbandingan dan mengetahui kelebihan serta kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya. Keadilan Daily


Harapan yang tak menjadi kenyataan..

Salam sejahtera...


Pertama kali aku buat entry mengenai bakal calon DUN Pangkor . Dan feedback yang aku dapat cukup memberansangkan,, ada tindak balas dari pihak-pihak tertentu yang mereka merasakan akan tergugat,,, Manakala pihak yang boleh mengundi nampaknya bersetuju dengan apa yang aku cadangkan, jadi apa yang boleh aku simpulkan kemenangan belum tentu, tetapi pertembungan antara pesara Laksamana dengan Mamak Laksamana Jadi-jadian pasti sengit....

Namun apa yang cadangkan itu nampaknya tidak kesampaian, putus ditengah jalan...

Malam kelmarin, blogger Otai Manjung call aku, tanya apa tajuk yang sesuai untuk nak buat poll bakal calon pangkor,, oleh kerana dah tengah malam aku tak dapat bagi kata putus,, Petang keesokkan harinya sebelum aku bertemu dengan OM, aku cuba-cuba dapatkan maklumat yang sahih, apa perkembangan terkini mengenai pembahagian kerusi DUN untuk PRU13 nanti..

Jawapan yang aku dapat cukup menyedihkan, ikut status quo PRU12 yang lepas,, aduhai... kenapa boleh jadi begini,, Pimpinan PKR negeri tidak mahu memberikan kerusi ini kepada PAS, kalau PAS nak juga kerusi Pangkor mesti ada ganti balik kerusi PAS,, amboii berkira sungguh hangpa,, macam ni ka yang dikatakan Pakatan,

Malah kerusi-kerusi panas yang lompat seperti Changkat Jering dan Behrang pun PKR tak nak lepaskan...Nampaknya sisa-sisa perangai UMNO sebelum ini yang dibawa masuk ke PKR masih lagi belum terhakis...

Kekadang terfikir dihati kecil ku,, apakah ada perundingan di antara Zambri dengan PKR mengenai kerusi Pangkor,, ingat .. dalam permainan politik tak ada yang mustahil,,, Zambri lebih selesa jika bertanding dengan PKR daripada bertemu dengan Laksamana Bersara Haji Imran yang pasti sengit...

Kenapa aku begitu, sebab apa yang aku dapat tahu, bakal calon PKR dah mula pasang badan berkira-kira nak jadi calon,, bukan aku nak merendah-rendahkan faktor bakal calon tu,, setakat title Cikgu sahaja,, pengundi atas pagar dia tak ambik pot pun, gerak kerja langsung tak ada,, cuma nak harapkan pada AMK yang dok buat kerja,, itu pun pi buat kerja di kawasan yang dah memang ramai penyokong...

Lantak hangpalah,, kalau dah berkira sangat,,, aku harap PAS Lumut pun kena berkira juga kali ini, jangan dok tak kisah,,, tak apa sesama dalam Pakatan,, apa pun kena ambik kira,, tambah pula sumber kewangan masing-masing cukup terhad,,, kalau main cakap dengan ayaq liok sahaja bo layan...

Itu tak termasuk bagaimana sewaktu hari pengundian, bagaimana petugas parti seperti PACA yang paling penting,,, pengalaman PRU12 2008 masih dalam ingatan....






Artikel PANASSS pagi Jumaat...





Sebelum tahun 2000 atau beberapa ketika dalam tahun itu, saya ahli PAS. La ni saya dak dah. Sepanjang jadi ahli PAS, saya pernah melihat dan terlibat dalam beberapa ketegangan sejak pilihan raya kecil Padang Terap pada tahun 1985 di mana Othman Talib dibunuh kejam oleh orang-orang Umno di Felda Lubok Merbau berikutan ucapan hasutan Ketua Pemuda Umno pada masa itu dan Perdana Menteri kini, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya pernah berpukul dengan samseng Umno di Chow Kit semasa tampal poster dalam pilihan raya 1986. Memang la, aku kena, dia pun kena. Tetapi, kalau tak sampai ajal, tak mati jugak. Sakit pun tak tara mana. Tak payah nak bajet macam bagus sangat. Biasa la orang jantan bertumbuk (Harap puak saraf PAS tak buat lagi propaganda yang orang tengok dan kata macam sial seperti dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang).

Sepanjang pengalaman melihat dan terlibat dalam beberapa ketegangan itu, yang saya benci sangat-sangat (aku ulang: benci sangat-sangat!) ialah kata-kata berikut dari kalangan orang-orang PAS yang sibuk dok kata sesama sendiri:

"Sabar-sabar!"

"Sabar, syeikh!"

"Jaga akhlaq kita!"

"Sabar, jaga akhlaq kita. Jangan lupa tarbiyyah kita!"

Setakat yang terbaik yang saya ingat, amat jarang saya mencarut dalam blog ini. Nak kata tak pernah, takut pernah. Tapi, kepada ayat-ayat seperti di atas, yang saya nak kata sekuat hati saya ialah, "Butuh hampa! Sabar butuh hampa! Akhlaq butuh hampa! Tarbiyyah butuh hampa!"

Orang nak pukui kita, dia dok sibuk dengan kata-kata celaka sial tu.

Yang paling babi sekali ialah ada dari kalangan orang PAS yang tarik tangan kawan dia sendiri yang tengah nak berpukul dengan puak Umno. Dah hang tarik tangan dia celaka oi, tinggal sebelah ja la tangan dia nak pertahankan diri dari Umno yang nak pukui dia, bangang oi! Babi!

Lain kali kalau kawan nak bertumbuk dengan Umno, jangan tarik tangan dia sehingga tinggal satu tangan ja untuk dia pertahankan diri dia, barua oi!

Kepada semua yang ada akal dan tidak gila, lain kali kalau Umno ka, Perkasa ka, Pekida ka datang menyerang, kalau ada orang PAS yang cakap seperti di atas, hampa terajang dia dulu sampai dia senyap. Bodoh!!

Berita berkaitan:
Banyak pengkisahan Umno alat British (Harakah Daily 29/9/11)

Ketika diminta mengulas amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Sembilan yang melancarkan protes sekiranya beliau hadir berceramah di negeri itu pada masa akan datang, sambil tertawa Mohamad berkata beliau akan berceramah seperti biasa di mana sahaja jika ada jemputan.

"Di Pasir Mas kampung (Presiden Perkasa, Datuk) Ibrahim Ali atau dekat rumahnya di Taman Melawati pun saya akan pergi berceramah jika ada jemputan," kata beliau.

Perkasa ancam lagi protes terhadap Mat Sabu (Malaysiakini 29/9/11)
Protes jika ceramah (Sinar Harian 29/9/11)

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, memberi amaran melancarkan protes sekiranya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hadir berceramah di negeri ini pada masa akan datang.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah berkata, beliau sendiri akan bertindak mengetuai protes selagi Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu enggan meminta maaf secara terbuka berhubung kenyataannya mendakwa Mat Indera adalah wira dalam tragedi Bukit Kepong.

“Saya beri jaminan buat protes terhadap tindakan Mat Sabu, memperlekeh anggota polis dan keluarga mereka terkorban dalam serangan pengganas komunis.

“Protes ini bukan hanya disertai Perkasa negeri sahaja, malah melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kesal dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya di Rahang, di sini, semalam.

Sementara itu, menurut Mohd Noor Nordin, Perkasa negeri menafikan pihaknya merancang lebih awal untuk menganjurkan protes pada ceramah Mat Sabu di pekarangan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Wildan di Ampangan, malam Sabtu lalu.

Menurutnya, protes itu dianjurkan secara spontan oleh individu yang mewakili bekas tentera dan beberapa NGO yang ingin menyuarakan bantahan terhadap Mat Sabu.

“Saya hanya dimaklumkan mengenai protes ini kira-kira jam 7.30 malam ketika itu saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Sekali lagi ditegaskan, kami bukan anti Pas. Kami cuma anti Mat Sabu. Pas boleh anjur ceramah di negeri ini tetapi jangan jemput Mat Sabu,” katanya.


Sumber : penarikbeca.



Thursday, September 29, 2011

Jangan Lupa Besok - 30 Sep 2011 Jam 8.30 Malam..

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BERSIH 2.0: "TUNAIKAN 8 TUNTUTAN, BARULAH PRU-13"

9 Julai 2011 merupakan hari yang sangat bermakna untuk semua penyokong demokrasi di Malaysia. 50,000 rakyat Malaysia telah berhimpun di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

Hampir 3 bulan selepas Perhimpunan BERSIH 2.0, kerajaan tetap lagi berdolak dalik untuk melaksanakan 8 tuntutan BERSIH 2.0 demi pilihanraya bersih dan adil. Oleh itu, BERSIH 2.0 melancarkan kempen baru iaitu "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13".

Pilihanraya Utama Ke-13 (PRU-13) tidak patut diadakan sebelum 8 tuntutan BERSIH 2.0 dilaksanakan!

Sertai kami di Pelancaran Kempen "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13"!

Tarikh : Jumaat, 30 September 2011
Masa : 8.30pm
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor, No. 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur

Facebook: http://www.facebook.com/event.php?eid=218188344906856

Ucapan khas daripada Masjaliza Hamzah (Centre for Independent Journalism), Fadiah Nadwa (Lawyers for Liberty), Ahmad Syukri (Solidarity Mahasiswa Malaysia), Prof Aziz Bari (UIAM) dan dari AJK BERSIH 2.0 iaitu Maria Chin Abdullah, Zaid Kamaruddin, Dr Farouk Musa dan Dato' Ambiga Sreenevasan.

Aktiviti-aktiviti lain termasuk:
- Pendaftaran pengundi
- Semakan status dalam daftar undi
- Daftar untuk latihan PACA (Polling Agent & Counting Agent)
- Buku-buku dan barangan lain akan dijual
- KHAS: Datang untuk menemui kartunis politik terkenal, Zunar!


Sila sebarkan dan datang beramai-ramai.

Sekian Salam Bersih!


Jawatankuasa Pepandu
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.

Apakah 8 tuntutan BERSIH 2.0?

1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Tempoh kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor


--

BERSIH 2.0 Secretariat
Tel. No.: 03-77844977

Web: http://www.bersih.org

FB: http://www.facebook.com/pages/BERSIH-20-OFFICIAL/213938935311531

Twitter: http://www.twitter.com/bersih2



Kantoi - Pengakuan Bekas OCPD Baling, UMNO arah serang Memali..

Salam Sejahtera,

Isu yang 26 tahun berlalu, masih agi segar dalam ingatan, kenapa... sebab mangsa-mangsa kejadian yang syahid mempertahankan hak mereka itu hidup di sisi Allah, jadi kisah mereka sentiasa dalam ingatan...

Walaupun selepas kejadian tersebut hingga sekarang, punca kejadian yang berlaku adalah kerana perbuatan tindak tanduk UMNO Baling yang seterusnya mendapat restu Mahathir dan melalui Musa Hitam mengeluarkan arahan kepada Pihak Polis untuk melaksanakan misi dendam mereka terhadap mangsa-mangsa keranan menyokong parti PAS....


Dan hari ini kejadian tersebut telah mendapat kepastian secara resminya,,

Baca di DI SINI

Walaupun pengakuan demi pengakuan dah dibuat, malah semasa arwah Dato Presiden PAS Fadhil Nor sendiri membawanya dalam parlimen semasa beliau menjadi Ketua Pembangkang, namun masih sunyi sepi tiada pembelaan untuk keadilan keluarga mangsa,,, kenapa isu ini dibekukan dari tindakan pembelaan di mahkamah...

Tak apalah, mungkin mahkamah dunia tidak sudi nak mengadilinya,, jadi sama-sama kita tunggu di mahkamah Allah Rabbul jalil.. Insyaallah , disana PASTI Keadilan akan terlaksana...

MAMPOS UMNO..,,


Najib mengaku hasil duit judi tauke Cina milik BN

Salam Sejahtera,,

Tak ada apa-apa yang perlu nak dihairankan, kalau dah Tok Wan Najib bapa kepada Toh Puan Rahah melalui Tan Sri Noah Omar pemegang saham judi terbesar di Genting Berhad dan Resort World... cerita lanjut di yayasan-noah-dan-pemegangnya.
.


Paling memalukan bila ada hamba-hamba Allah yang bukan Islam mempertikai hal ehwal judi,,, apa cerita bro...

SHAH ALAM, 28 SEPT – Kerana amat terdesak, Datuk Seri Najib Razak sanggup mengaku wang sektor swasta sebagai milik Barisan Nasional apabila mengumumkan dana RM100 juta untuk sekolah-sekolah bahasa Cina dan Tamil serta sekolah mubaligh.

Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok, wang Dana Kebajikan Pendidikan ‘Community Chest’ hasil kutipan dari tauke-tauke judi itu bukan milik Najib atau kerajaan BN.

“Beliau tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan berkata seolah-olah peruntukan itu disediakan oleh kerajaan atau BN,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh meluahkan rasa kesal apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa dana-dana itu akan dibayar berdasarkan hubungan rapat sekolah-sekolah itu dengan BN.

“Apa yang cuba disampaikan beliau ialah, ‘jika anda sokong MCA, Gerakan, MIC dan NGO yang berkait dengan BN, saya akan memberi ganjaran kepada sekolah anda melalui dana pendidikan,’ yang maknanya sama dengan kata-katanya yang terkenal iaitu, ‘Anda tolong saya, saya tolong anda’,” katanya.

Tambah Teresa yang juga Adun Kinrara, ‘Comunity Chest’ yang merupakan dana sektor swasta dan bebas dari mana-mana naungan parti politik perlu bebas pengagihannya dan ditentukan oleh pemegang amanah, bukan oleh Najib atau pun BN.

“Rakyat telah sedar bahawa kerajaan telah meminggirkan sekolah-sekolah vernakular dan mubaligh bertahun-tahun lamanya dengan menafikan mereka dari menerima dana kerajaan negeri, memaksa mereka mengumpul dana sendiri,” katanya.

Menurutnya, kerajaan telah memperuntukkan pelajar sekolah kebangsaan dengan RM1,106 setiap seorang, manakala sekolah rendah jenis kebangsaan Cina yang diterima hanya RM146 setiap seorang dari tahun 1991 hingga 2005.

“Saya menggesa pemberi dana swasta yang telah menyumbang kepada ‘Community Chest’ untuk mengekalkan autonomi mereka terhadap dana tersebut dan tidak mendekatkan diri dengan BN atau mana-mana parti politik apabila memberikan dana,” katanya.

Jelas Teresa, pendidikan merupakan keutamaan rakyat yang patut melangkaui politik kepartisan.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata program Kayuhan (Basikal) Amal Untuk Pendidikan 1Malaysia di Pulau Pinang baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak jujur dalam usaha mengangkat status sekolah-sekolah Cina.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang berkata, walau pun derma itu diterima, wang itu datangnya dari rakyat prihatin, dan bukan BN; malah terdapat 68 sekolah menengah jenis kebangsaan Cina dan 56 sekolah persendirian Cina yang tidak tersenarai dalam acara amal itu.

“Perdana Menteri sebenarnya mempunyai kuasa untuk membangunkan kembali sekolah-sekolah menengah swasta Cina di Kuantan dan Segamat, mengiktiraf sijil sekolah-sekolah persendirian Cina, serta menginstitusikan sekolah-sekolah SMK dan vernakular.

“Di antara semua perkara-perkara ini, yang mana satu yang tidak berada di bawah kuasa beliau?” katanya. – Roketkini.com


Sumber : roketkini.




Lihat Kehebatan KM Melaka Ali Rustam

Salam Sejahtera...
Kepentingan anak-anak perempuan yang termengandung 1Malaysia boleh diselesaikan...

Rakyat negeri sendiri apa cerita.........

Problem ni kat kampong bro, bukan dalam bandaraya,..... Mak cik ni walaupun terpaksa merangkak, membongkok, bila tiba musim PRU, mereka inilah sasaran UMNO untuk mendapat rayuan undi... Kesian kaum ku orang melayu, asyik kena tipu dengan UMNO......





Hebat - Datin Seri Rosmah jadi BOMOH?

Macam-macam cerita yang keluar...

Sendiri fikir..... la..

Cerita penuh ramalan-mimpiku-part-17iap


Siapa Raden dengan Rosmah ..




Juga kisah Najib cerai Rosmah ?

Wednesday, September 28, 2011

Eiii...Geli Geleman aku..Kondom untuk tangan....

Pelik,pelik,,


Waktu Tun Mahathir, Pak Lah tak berapa ini.... eiiii....
Udallah tu,, tangan yang menyuap tu apa ke hai..... sampai kena balut dengan sarung kondom pulak...













Ashman bin Najib cucu Tun Razak akan menceburi politik..

Salam Sejahtera,.


Hampir kesemua anak-anak lelaki mantan Perdana Menteri Malaysia mengikuti jejak langkah ayahnya kecuali Allahyarham Tunku Abdul Rahman, manakala Pak Lah diwarisi oleh menantunya,,,

Dan nampaknya generasi dari Tun Razak dah nak masuk generasi ke tiga selepas Najib,,, apakah kita rakyat Malaysia sanggup dipimpin oleh pemimpin sebegini....

Pemimpin-pemimpin yang datang dari golongan elit bagi aku tidak layak memimpin negara, apa yang mereka rasai dalam penghidupan seharian dari lahir hingga ke dewasa tidak sama dengan rakyat jelata merasainya..Ditambah pula dengan perangai dan sikap yang sedia maklum....

Tidak cukup hasil mahsul negara mereka anak beranak boloti, jawatan yang ada dalam negara pun anak beranak mereka juga yang nak pulun....

Awas, pencacai-pencacai Rosmah Najib dah mula mengatur langkah ini....... Baca di pejabat-pm-kena-baca-nie-datuk-seri..



PERKASA perkosa bangsa ....

Salam Sejahtera.
UMNO melayu, PAS melayu, PERKASA serpihan UMNO melayu, hanya berbeza fahaman politik,,

Pihak PAS berhak membuat ceramah di atas amalan demokrasi dalam negara,, kalau rasa tak puas hati, ayuh silakan buat ceramah lawan balik apa yang pihak PAS perkatakan,, hujah lawan hujan,,, bukan orang buat ceramah pi serang, pi provoke,,, ini ikut stail mana, budaya mana,,, inikah budaya melayu seperti yang diperkatakan,,

Kalau UMNO tak dapat nak berhujah, didakwanya kat mahkamah,,, PERKASA pula tak dapat nak berhujah, pi buat kacau, pi serang orang yang tak bersalah,,, ini dasar apa,,, dasar melayu atau dasar Yahudi laknatullah..

Baca di malaysiakini. , .






Apa yang sebenarnya terjadi pada Ahmad Sarbaini?



Seperti yang dijangkakan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlepas dari kes kematian Ahmad Sarbaini, dengan koroner menyatakan kematian disebabkan nasib malang.

Keputusan tersbut telah menaikkan dua perasaan berbeza. SPRM dan peguam Shafee Abdullah melonjak gembira, manakala balu Sarbaini berdiam diri, susah hati tetapi tidak terkejut.

Jelas sekali, Perdana Menteri Najib Razak dan kerajaannya akan melakukan apa sahaja di bawah kuasa mereka unduk melindungi SPRM tidak kira betapa teruknya perbuatan SPRM . Pemblog-pemblog Umno mengeluarkan amaran awal, memuat naik video seks ghairah yang dikatakan berhubung dengan kes Sarbaini walaupun lelaki di dalam klip video yang berasmara bersama wanita mat salleh tersebut tidak kelihatan seperti Sarbaini langsung.

Walaubagaimanapun, tujuannya jelas dan mesej telah dihantar kepada keluarga Sarbaini. Jangan buat hal lagi!


Luar Biasa

Akan tetapi balunya, Maziah Manap tidak akan berdiam diri untuk masa yang lama, walaupun hari ini beliau enggan mengulas kerana mengambil langkah berhati-hati. Peguamnya Awtar Singh, tidak berkata apa-apa menunjukkan betapa luar biasanya keputusan itu.

“Kenapa beliau mesti berbuat demikian? Beliau pergi ke SPRM dengan rela. Tambahan lagi, tidak terdapat cap jari yang kelihatan berdekatan dengan tingkap dan mereka tidak mengambil bajunya daripada ketua penyiasatan SPRM KL, Ahmad Fauzi, untuk menjalankan ujian DNA,” Awtar memberitahu wartawan selepas koroner membuat keputusan.

Aizatul Akmal Maharani, koroner tersebut, telah menutup penyiasatan kehakiman selepas 34 saksi telah membuat kenyataan. Beliau menolak jenayah dan penglibatan pihak ketiga.

Mahupun Maziah membuat testimoni kukuh bahawa suaminya tidak akn pernah membunuh diri.

Patologis kerajaan, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, telah memberikan pendapat pakarnya bahawa Sarbaini meinggal dunia dari kematian tidak sengaja selepas jatuh dari tingkap pantri tingkat ketiga bangunan SPRM .


Fitnah

Peguam SPRM, Shafee, yang selalunya berkhidmat bagi pihak Umno, telah mendakwa bahawa Sarbaini telah jatuh dari tingkap tingkat ketiga kerana bergegas untuk bertemu teman wanitanya yang bekerja di syarikat Schenker Logistics (M) Sdn Bhd. Tuduhannya menimbulkan kemarahan dari balu Sarbaini.

“ Saya amat kecewa dan sedih dengan tuduhan yang dibuat APRM. Ia merupakan fitnah yang sangat besar untuk menyatakannya,” kata Maziah di dalam kenyataanya.

Sarbaini yang berusia 56 tahun merupakan penolong pengarah di pejabat Kastam Selangor. Beliau yang terlibat dengan penyiasatan aktivit penggelapan wang telah pergi ke bangunan SPRM di Cheras untuk bertemu dengan pegawai penyiasatannya pada bulan April. Sarbaini meninggal di dalam premis SPRM . Mayatnya ditemui di gelanggang badminton di tingkat pertama bangunan SPRM .


Kecanggungan polis

Spekulasi telah menular tentang penglibatannya dengan urusan penggelapan wang dan peranan SPRM di dalamnya. Kawan dan teman kerjanya yang amat pasti bahawa beliau tidak membunuh diri telah menuduh SPRM di atas perbuatan jenayah. Mereka percaya bahawa Sarbaini ingin berdepan dengan SPRM dan mendedahkan salahlaku pegawai-pegawainya.

Kejadian luar biasa yang lain termasuklah kegagalan polis untuk menjalankan ujian DNA ke atas baju pegawai penyiasatan SPRM, yang dijumpai Sarbaini.

Bagaimanapun, bagi koroner dan Shafee, semua ini tidak diperhebahkan. Kedua-dua lelaki telah menyatakan bahawa seorang staf bernama Kamal yang telah membawa Sarbaini ke bilik pegawai penyiasatan.

“Dia sepatutnya tidak meninggalkan seseorang walaupun untuk sesaat.Pastinya akan ada siasatan susulan ke atas Kamal,” beritahu Shafee kepada wartawan.

Akan tetapi pengkritik dan pengikut kes telah mengecam SPRM dan Shafee kerana memilih bahagian yang amat kecil bagi seluruh skandal.



“Sepatutnya CCTV telah dipasang akan tetapi Sarbaini tidak meninggal kerana dia keseorangan. Beliau meninggal dengan kematian yang amat mencurigakan dan tidak dijawab langsung oleh keputusan nasib malang koroner,” timbalan presiden PKR memberitahu Malaysia Chronicle.


- Malaysia Chronicle



Sumber : apa-yang-sebenarnya-terjadi-pada-sarbaini



Tuesday, September 27, 2011

Gambar siapa disebelah Zahid Hamidi...

Salam Sejahtera..
Terkejut sekejap bila aku terpandang gambar Zahid Hamidi dengan seorang mamat disebelahnya.....apa sebab dan apa kaitannya tetiba gambar tu ada bersama.....



Ko orang boleh klik kat peraktoday. Untuk baca cerita sepenuhnya...

Setelah aku ingat-ingat seketika,, rupanya gambar mereka berdua tu asalnya dari pengakuan-zahid-hamidi-mengenai-blogger. Untuk kepastian,, kalau tak percaya lagi ko orang pi check kat google emej dengan nama tmzahid,, akan bertemu atau klik saja http://www.google.com.my/,

Bukan aku nak kira nak sangat sebab bila dah masuk dalam alam maya,, sesiapa pun boleh guna,, cuma yang aku hairan,, inikah standard laman web yang ada kaitan dengan kerajaan negeri Perak, yang menyiarkan berita-berita untuk rakyat...

Mungkinkah tuan empunya diri sendiri yang paparkan gambar tu yekk.... Tak apalah,, OK lah tu... aku tolong paparkan lagi besar gambar dia..... kasi orang kampong aku popular.. Dia orang Kamunting,, aku orang Air Putih,, bukan nya jauh pun....











Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari