Syed Hamid Albar umum tidak tanding PRU13
12 April 2013
KUALA LUMPUR - Penyandang kerusi Parlimen Kota Tinggi Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) kali ini.
Menganggap kerjanya selama ini telah selesai, Syed Hamid yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, berkata telah tiba masanya untuk beliau mengundur diri dan memberi laluan kepada muka baru.
"Keputusan ini sebenarnya telah lama dibuat tetapi tidak diumumkan kerana saya perlu memastikan semua perkara adalah dalam keadaan teratur sebelum sebarang pengumuman dibuat," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya beliau telah berkhidmat di bawah tiga perdana menteri serta menjadi anggota parlimen selama lima penggal dan tempoh itu satu jangka masa yang panjang dan amat memuaskan kerana dapat berkhidmat kepada negara dan rakyat Kota Tinggi secara khasnya.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan dan parti kerana telah memberi saya peluang bekerja untuk rakyat dan kepada pengundi di Kota Tinggi atas sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang saya berkhidmat sebagai anggota Parlimen," katanya.
Beliau berharap pengundi di Kota Tinggi akan terus memberi sokongan penuh kepada sesiapa juga yang dipilih pucuk pimpinan sebagai calon sepertimana sokongan diberikan kepada beliau sebelum ini.
Pada PRU 2008 Syed Hamid menewaskan Onn Jaafar daripada Pas dengan majoriti 18,961 undi. - Bernama
Tak kan nak sambung lagi, zaman Pak Lah boleh jadi Menteri Luar, boleh ke Najib jadi PM, menteri kena lucut, baru Najib nak lantik jadi Pengerusi Tabung Haji,sebab dia keturunan, jadi senang nak kowtim sengan Arab Saudi dlm isu haji,
Tetapi Rosmah dah halang tak bagi,, sebabnya bini Syed Hamid baik dengan bini Pak Lah Tun Jane, dapat dakwah bini Pak Lah pakai tudung. Itulah perangai Rosmah, cerita ni aku dapat dari blog MSO.
Najib malu alah, akhirnya bagilah jadi Pengerusi SPAD,,,
Agaknya, bila dah heboh Najib nak muka baru,, Syed Hamid lebih baik tarik diri awal sebelum Najib tak umum nama dia terpilih,,,
Hebatkah Najib jika keadaan sebegini pun tak boleh selesai akibat campur tangan kuasa dari bininya sendiri,, Kita boleh lihat,, Nak bubar parlimen tunggu sampai DUN dah terbubar dengan sendiri, Umum Manifesto. hanya 14 % sahaja ori, 86 % ciplak, Kemudian sehingga hari ini nak umum calon-calon BN PRU 13 pun masih tak mampu,,, apakah nak tunggu 19 Apr 2013 baru nak umum,,, Jadi dimana hebatnya umno,,, habaq mai...
Sepatutnya kena ucap terima kasih pada rakyat yang undi dulu kemudian pada kerajaan yang melantik jadi menteri. Kalau tak dipilih rakyat masakan boleh jadi menteri?
ReplyDeletedah lama berkhidmat, berhenti sebelum diberhentikan. nasihat unruk SEMUA. harap terasa
ReplyDeleteNanti Syed Hamid Albar akan umum pula tarik diri dari kerusi Pengerusi SPAD bila PR menang PRU13.
ReplyDelete