boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, April 5, 2013

Layak digelar pengkhianat ATAU Penyelamat Wang Rakyat!

Sudah menjadi tradisi politik Malaysia,, tak kiralah, nak jadi calon pembangkang, penyokong pembangkang malah blogger untuk pembangkang,, siap sedialah dengan tohmahan dan kutukan,, 

Malahan alim ulama seperti Harun Din, Ismail Kamus, Tuan Ibrahim termasuk sekali dr Hasan Ali, sebelum mereka berpolitik, mereka dikenali penceramah terkenal forum perdana, bila saja masuk politik pembangkang,, terus dapat gelaran ulama gila... 


Jadi tak hairanlah bila panglima-panglima tentera kita yang berpihak kepada pakatan rakyat menerima nasib yang sama...

Jen. (B) Hashim layak digelar pengkhianat: Zaini

pada 05-04-2013 10:04 Ditulis Oleh Siti Sofia Md Nasir



Post Pic

SHAH ALAM: Bekas Panglima Turus Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang baru diumumkan sebagai calon PKR kerusi parlimen Johor Baharu layak digelar 'pengkhianat' apabila berterusan mengutuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam siri ceramah pembangkang.

Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said berkata Hashim sebagai bekas pegawai tentera tidak sewajarnya mengkritik organisasi yang pernah dipimpinnya lebih-lebih lagi apabila ramai anggota keselamatan telah terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah.

Hashim dalam ceramah pembangkang di Gerik malam tadi mendakwa aset persenjataan dibeli dengan harga yang berlipat kali ganda daripada sepatutnya dan bukan secara tender terbuka.

Beliau turut menuduh bahawa ATM tidak mendapatkan pandangan daripada pegawai tentera selain pemberian komisyen pembelian kepada individu tertentu.

Kesemua tuduhan berkenaan dilemparkan selepas beliau menyertai PKR pada 6 Mac lalu kononnya bersedia untuk menabur bakti dan idea berhubung sistem pertahanan keselamatan negara bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

"Dia mengkhianati organisasi yang pernah dipimpin dahulu dengan mengatakan mereka tidak elok, kelengkapan tidak betul dan gagal menjalankan tugas dalam masa kita sedang hadapi ancaman. Ini satu perkara yang tidak boleh kita lakukan.

"Kita mengkhianati perjuangan dan pengorbanan anggota kita sendiri yang sedang menghadapi musuh. Ini yang buat saya rasa amat kecewa," kata Zaini dalam satu wawancara eksklusif bersamaAntarapos.

Beliau berkata demikian mengulas kritikan terbuka Hashim terhadap anggota keselamatan negara yang bertugas dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Terbaru, Hashim membuat kenyataan yang dilihat cuba memecah-belahkan pimpinan pasukan keselamatan negara apabila mendakwa terdapat campur tangan politik dalam operasi tersebut.

Sebelum ini Hashim juga membandingkan operasi keselamatan bersabit insiden bersenjata di Sauk pada 2000 dengan peristiwa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu mendakwa ia sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa singkat.

Dalam pada itu, menceritakan perwatakan sebenar Hashim sewaktu masih menjadi anggota tentera, Zaini berkata Hashim rapat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dahulu.

Menurutnya Hashim adalah anggota tentera yang taat kepada kerajaan dan beliau langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menyertai politik pembangkang.

"Dahulu saya tidak nampak sangat. Hanya yang saya tahu dia kawan rapat dan sahabat kepada Ketua Pembangkang.

"Tetapi selama dalam perkhidmatan dia tidak mengatakan itu dengan nyaring dan jelas. Dan tidak menunjukkan dia lebih kepada simpatinya kepada pembangkang," katanya



Siapa yang tak kenal dengan mamat ni, seingat aku dah lama mukanya keluar dalam tv, membodek hasil usaha kerajaan, jadi bila kenyataan dia mengatakan Jeneral Pengkhianat aku tak hairan... Malah sehari dua yang lepas, banner mukanya terpampang di Manjung mai bagi ceramah.... 

Lu nak bodek itu lu punya hal,, tapi bila menggelar rakan seperjuangan pengkhianat itu sudah melampau..... Lu siapa,, jangan nanti ada  orang lain sonkil lu punya cerita pulak...

Tak ada salahnya mereka mengkhianati umno yang merompak dan menyalah guna wang rakyat,,, dalam pembelian senjata, kapal selam dan pesawat tudm...kenapa tak ada sanggahan dari pimpinan umno apa yang mereka  diceritakan... kenapa mereka digelar pengkhianat,, bagi aku mereka adalah penyelamat...


 

1 comment:

  1. dia bodek nak dapat kontrak untuk syarikat dia la tue.. pencen je terus buka company.. nama syarikat dia padu panglima sdn bhd..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari