boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, April 5, 2013

Panas di Perak! Umno Gopeng tolak Hamidah Osman jadi calon..

Panas beb,,, panas bahang PRU13 dah bermula... nasib baik panas ni hanya didalam umno perak, yang mana sebelum ni kita duk dengar kelentong Zambry kononnya senarai calon telah selesai....

Aku baru saja terima satu salinan surat Umno Bahagian Gopeng... sedih dan pilu beb bila membacanya... 






Mungkin tak berapa jelas isi kandungan ni,, cuma yang jelas ialah cap jari ....tapi sahabat yang hantar surat ni siapa salin balik tulisan isi ayat dalam surat ni...

Kepada:
YAB Dato SEri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO
Negeri Perak
YAB Dato Seri DiRaja,
MENOLAK DATO' HAMIDAH OSMAN SEBAGAI CALON BN DI N.43 SUNGAI RAPAT DALAM PRU13
Saya Nordin Bin Abd. Hamid berasa sangat kecewa kerana pada 4 April 2013 Khamis jam 11.20 malam saya bersama 18 orang rakan-rakan dari Jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng dihalang untuk berjumpa Y.A.B. Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir di kediaman beliau.
Alasan yang tidak munasabah diberikan oleh pegawai beliau En. Hanafiah Man ialah Y.A.B. Menteri Besar baru sahaja masuk tidur dan tidak boleh berjumpa sangat mengecewakan kami.
Hasrat saya dan 18 orang Jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng hanyalah untuk menyampaikan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng pada 29 Mac 2013 yang sebulat suara mencadangkan Ketua UMNO Bahagian Gopeng sebagai calon N.43 Sungai Rapat dalam PRU13 ini.
Inilah sebenarnya sandiwara pemimpin UMNO Negeri yang langsung tidak mahu mendengar rintihan dan cadangan pemimpin akar umbi.
Saya sebenarnya berasa amat kecewa atas tindakan En. Hanafiah Man yang menghalang kami dari berjumpa dengan Y.A.B. Pengerusi Perhubungan UMNO untuk merayu supaya Ketua Bahagian Gopeng Datuk Hamzah Mohd Kasim diberi peluang bertanding di DUN N.43 Sungai Rapat.
Sekian harap mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada Y.A.B. Dato' Seri DiRaja.
Terima kasih,
Nordin bin Abd. Hamid
AJK UMNO
Bahagian Gopeng



Kalau kita imbau balik senario sebelum PRU12 2008, kejadian yang hampir lebih lebih kurang sama,, waktu itu Tajol Rosli jadi MB Perak, bila sahaja senarai calon dikeluarkan, maka berbondong wakil-wakli calon yang tak terpilih datang berkampung di kediaman MB Perak..


Berbanding dengan era Zambry hari ini, senarai calon belum pun dikeluarkan lagi,, itu pun dah ada wakil calon yang datang,, apa yang akan terjadi jika senarai calon dah dikeluar.. nampaknya akar umbi umno tak walaq pada Najib, mereka lebih walaq pada ketua bahagian masing-masing...
Apa yang aku dapat tahu, Zambry telah mengarahkan surat ini dimusnahkan,,, nak tutuplah kononnya,, tapi ada lagi yang lebih cekap... he he he...

Apakah ini sebagai petunjuk yang umno Perak akan tumbang sekali lagi... Ins Sya Allah.. Amin...



8 comments:

  1. Part ni gua suka beb sebab klu ramai ada macam ni PR akan menang mudah. Semua ahli UMNO yang tak puas hati dgn pucuk pimpinan akan lakukan undi protes maka jawabnya UMNO/BN berkubur jadi ABU... ini kalilah.

    ReplyDelete
  2. yang penting manjungmari jadi calon pasir panjang....terbaikkkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manjungmari jadi calon gamaknye gua tanda like la kat kertas undi tu nnt...hahaha....

      Delete
  3. Macam citer Nujum Pak Belalang jer...... Kudeta sendiri sudah pening kepala pasal nasib dia sendiri pun belum tahu. Sekarang ini beliau sedang memcari kawasan yang paling selamat walau pun Pangkor itu dikatakan kubu kuat dia. Cik Midah pulak tengah cari pakar untuk buang tahi lalat beliau supaya beliau nampak baru kerana ramai yang marah kat beliau dengan segala tindakan beliau semasa bergelar exco.

    ReplyDelete
  4. Kapala surat nama Nordin bin Abdul Hamid?

    TT nama Nordin bin Abd Hamid?

    Surat pun tak betoi ....... orangnya lagi tak betoi tu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngko pernah belajo buat surat rasmi tak masa sekolah tu ari? Kalo dah lupa ngko pergi pinjam buku BM bebudak yang nak ambik PMR, SPM tengok contoh format surat rasmi okey! Jangan tunjuk ke'bangang'an ngko kat sini...

      Delete
  5. Mike takder cara lain ke nak jatuhkan orang.

    ReplyDelete
  6. ..Kalo ye pun tunggu le esok pagi kalu nak jumpa pun apekehenye time orang mengawan pulak nak ngocahnye..nampak sangat kemaruk jawatan...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari