boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, April 13, 2013

KENAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP & TOLAK UMNO? INI JAWAPANNYA...

Ini betul punya cerita DAP,, sebab tu Pas lebih selesa dengan Dap dan fobia dengan Umno...


Mungkin ramai yang belum faham
kenapa PAS berkawan dengan DAP,
tidak dengan Umno. Buat yang
belum tahu apa sebabnya boleh
merujuk kepada 16 sebab-sebab
utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah.
DAP tiada buat penyelewengan
tetapi Umno sudah banyak
penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab
mereka bukan Islam, tetapi peliknya
Umno tolak Hudud sedangkan
mereka beragama Islam. Jadi PAS tak
mahu kawan dengan orang Islam
yang tolak hukum Islam.
3) DAP tidak pernah bunuh umat
Islam, tetapi umat Islam Memali
dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan
masjid, tetapi banyak surau dan
masjid diruntuh atau ditutup oleh
kerajaan Umno/BN atas pelbagai
alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan
tazkirah dan kuliah agama di masjid
dan surau. Tetapi banyak kuliah dan
tazkirah dihentikan oleh pihak
berkuasa atas alasan tiada tauliah
sedangkan ustaz tersebut lulusan
Timur Tengah dan IPTA yang dibina
kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat
tanpa bicara, tetapi kerajaan
pimpinan Umno menggunakan ISA
dan akta baru sekarang untuk
berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah
menggadaikan
tanah orang Melayu, tetapi sejak
merdeka tanah rezab Melayu
berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7
juta hektar sahaja. Ini angkara
siapa.?

DAP tidak pernah mempertikaikan
Bahasa Malaysia sebagai Bahasa
Rasmi negara tetapi siapa pula yang
memperkenalkan PPSMI?
9) DAP tidak pernah merampas dan
menganiaya negeri orang Melayu
dan umat Melayu tetapi kerajaan
Umno/BN menafikan royalti minyak
kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman
dan persepakatan tetapi Umno lah
yang menghalau PAS keluar dari
Barisan Nasional pada tahun 1974
kini Umno gila talak dan kembali
rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS
dipandang sebelah mata, bila Umno/
BN lemah, PAS seringkali diajak
bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan
MCA, MIC dan lain-lain parti bukan
Melayu/Islam sebanyak 11 parti
dalam BN, tetapi PAS bergabung
dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu
PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan
perkauman tetapi Umno adalah
perkauman sempit sama seperti
MCA dan MIC. PAS menentang dasar
berjuang atas perkauman atau
Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan
penindasan terhadap rakyat atas
dasar apa sekalipun. Banyak sekali
contoh kezaliman dan penindasan
yang dilakukan oleh kerajaan Umno/­
BN seperti menafikan royalti,
bantuan perkapita kepada negeri PR
(diberi tidak sepenuhnya dan
dilengah-lengahkan), bantuan
kepada Sekolah Agama Rakyat
dihentikan, harga barangan dan
perkhidmatan semakin naik dan
sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang
menjadi amalan kerajaan Umno/BN
dengan projek-projek mega yang
sebahagian besarnya tidak
memberikan manfaat kepada
rakyat .......

16) DAP dan PKR menerima dan
memeterai perjanjian bahawa Islam
tetap menjadi agama Rasmi
Malaysia, Sistem Raja
Berpelembagaan tetapi
dipertahankan, Hak Istimewa Melayu
iaitu Perkara 152 & 153
dipertahankan, Bahasa Melayu tetap
menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.
Yang sebenarnya masih banyak lagi
antara sebab-sebab tetapi 16
nurkilan kami di atas adalah
penyebab utamanya. Moga tulisan
ringkas ini mampu menjadi panduan
ringkas kepada para sahabat semua.

26 comments:

  1. Mungkin sdr terlupa 1 lagi sebab : kerana DAP mempunyai satu agenda jangka panjang terhadap tanah melayu yg belum pernah terfikir oleh PAS iaitu pendedahan Mohamad Razali {Aktivis DAP] ttg perancangan strategik DAP melalui Blog AIDC 9 Apr 2013. RD5

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah

      mohamad razali konon.kalo betul. napa x dedahkan sebijik semacam Hassnar Ebrahim? tunjuk MUKA, DEDAH IC dan mengadakan FOREM secara TERBUKA?

      ni x habis2...menyorok dalam vcd dan cakap mcm2...silap2 kaedah yg SAMA ni pon digunakan utk menakut2kan pengundi CINA juga.panggil cina2 mana tah kemudian mengaku kononnya salah sorang anggota penyokong PAS kemudian buat cerita nak bunuh cina2 di malaysia pulak...

      kita dah hidup merdeka lebih dari 56 tahun dah...kenapa masih guna kaedah propaganda komunis ni lagi di kalangan masyarakat majmuk?

      Delete
    2. Tanah melayu. Pirah UMNO dah jual lama dah.

      Delete
    3. tak habis-habis DAP ada agenda itulah, inilah...apa bodo sangat kau ni? camna DAP nak menentukan itu ini....DAP bertanding di kawasan parlimen majoriti cina lawan MCA, MIC, PPP, Gerakan termasuk Sabah dan Sarawak tak lebih 50 kerusi je, parlimen Malaysia ada 222 kerusi. Jangan dengar proganda UMNO nak bodohkan orang Melayu...awak ni tahap pencacai sengal je lah.

      Delete
  2. anon 1:21..aku tak kenal siapa mat zali tu ? ezam katak aku kenal la . .agenda umnu pun kamu tak tahu ...tetiba agenda dap pulak . . yang aku tahu umnu banyak rasuah ,banyak skandal ,banyak tipu ,banyak fitnah . .harap maklum..selamat jalan umnu . .

    ReplyDelete
  3. TQ MM ..teman dah cilok ke FB teman ..salam

    ReplyDelete
  4. Apa alasan sekalipun undi ttp untuk
    PR [X]
    BN [ ]

    ReplyDelete
  5. Aku pun sama ,,,apajua alasan
    PR ( )
    BN ( x )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pulak sama....tak sama pun.Sama dgn Bangla...Indon..Vietnam...India Mari..yg dpt IC segera tu.

      Delete
  6. Agenda jangka panjang BN ialah BANKRAPKAN NEGARA MENJELANG 2018...bukan aku kata...IDRIS JALA yg kata..kat Utusan Meloya lg (fakta).

    ReplyDelete
  7. Sokong BN juga :)

    ReplyDelete
  8. berkawan dgn DAP?..huhu...no wonder now..PAS dah tak berani cakap pasal ISLAM
    ..tu baru berkawan...blum dapat kuasa lagi...huhu..'stupid PAS'

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian sangat kan. dulu ada ulama ni cakap umno kafir sebab bergabung ngan cina. tapi sekurang-kurangnya cina yang kita bergabung tu nak majukan malaysia. yang si pas ni nak panggil apa pulak? bergabung dengan Dap yang terang-terang tak nak wujudkan negara islam di Malaysia. Agaknya ulama tu dah nyanyuk lahh.. dulu cakap orang, sekarang dia pulak buat macam tu.

      Delete
    2. dah tu DAP boleh terima cara islam. umno tak boleh. nak buat macam mana sakai. at least cina dap takde dsham kat genting mcm najib

      Delete
  9. kesalahan ayat.tu yang DAP belum buat lagi sebelum berkuasa.Tidak semestinya mereka takkan buat selepas berkuasa.Jom baca sejarah tengak singapura..Kalau masih rasa mereka takkan buat semua tu itu keyakinan anda..terbaik!!

    ReplyDelete
  10. wow..orang2 pembangkang memang pandai untuk membela mereka. Alangkah aman Malaysia jika pas bersatu dengan umno tak gitu? kenapa tak boleh fikir yang orang-orang DAP hanya nak gunakan orang melayu sahaja. Dap tak de rasuah? tu lah sebelum nak cakap apa-apa kena lah siasat dulu. Kenapa umno tolak hukum wudud? sebab negara kita berbilang kaum. adakah anda nak lihat bangsa lain bermusuhan dengan orang islam dan akan wujudnya diskriminasi? Seterusnya, Kalau pas menang sekali pun, yang benar tetap benar. Pas akan menangis apabila DAP pijak kepala mereka dan seterusnya merampas Malaysia. Dah terang-terang Dap memang tak nak wujudkan negara islam di malaysia ini. Bila Malaysia dah dikuasai oleh cina. Masa tu lah menangis melalak. Saya belajar sejarah dan perkara-perkara ni memang berlaku pada masa dulu. Dan jangan nak ada hati kasi dap memerintah malaysia. Ni negara kita. negara orang islam, negara orang malayu. BN selamanya dihati! peace yowww!

    ReplyDelete
    Replies
    1. narrow minded people. dahtu nak biar pemimpin kau songlap duit rakyat berbillion? too bad. i'm pity to you

      Delete
    2. AKU SETUJU...

      Delete
  11. pulau pinang yang dap naung apa dah jadi? ingt ni negara diorang ke? dia hapuskan azan lagi!tak bagi guna speaker., nk jd apa ni? adakah ini yang pas katakan nak jadi negara islam?lepastu pergi bersatu ngan DAP lagi.. boleh fikir lah!!!!!!!! kata alim tapi disebabkan gila kuasa,politik sanggup bergabung dengan DAP yang x nak wujudkan negara islam di Malaysia.. tunggu je lah suatu hari kamu-kamu kena pijak!

    ReplyDelete
  12. woi setan , pergi PULAU PINANG , MELAYU JADI BALACHI SEBAB
    -->SOKONG DAP LA
    --->ORANG BUTA PUN PAHAM NIKAN KAKI BLUE

    ReplyDelete
  13. Apa silapnya?? Cuba ckp apa silapnya pas bergabung dgn dap?? Habis tu umno bergabung dgn mic dan mca boleh pulak? Bila pas dgn dap xboleh ya? Owh sbb pas islam pas xboleh gabung dgn org kafir lah ya? Mcm tu ke pandangan awak? Klu tanggapan awak mcm tu, awak silap. Islam tu syumul, menyeluruh. Releven sampai kiamat. Klu zaman nabi dulu masa pembukaan kota madinah pun ade org kafir yg hidup dlm kota madinah. Xcaye pg bukak perkara2 yg terdapat dlm perlembagaan madinah. Pas, pkr n dap bergabung sbb nak jatuhkan kerajaan umno yg selama ini leka dgn mainan dunia. Bila bergabung mereka lg kuat, sy xnampak lah apa salah bila dap dan pas bergabung, bahkan dyorg siap boleh terima hukum hudud dilaksanakan. Awak nampak x? Tp org melayu kita sendiri yg xnak hudud dilaksanakan. Ya Allah, sedihnya... Org islam kita sendiri yg kata hukum hudud xreleven lg. Tok guru sy penah bgtau sesiapa yg kata hukum Allah x releven, xsesuai, x patut dilaksanakan pd zaman skg. Maka rosak akidahnya! Boleh membawa kpd terbatalnya akidah seseorg itu. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro, memang betul umno bgabung dgn mca mic. tetapi, dlm umno calon parlimen ada orang melayu. maknanya perlembagaan umno still orang melayu boleh handle. lain pula cerita dgn pas, pkr dgn dap. dap menang majoriti dlm pru13 ni. pas dgn pkr mng sikit je. dap ni calonnya cina. jadi sedia maklumlah cina ni mcm mane kalau dah dpt kuasa.

      Delete
  14. tak guna pas dan DAP bergabung. keduanya lain parti. masing2 ada hala tuju parti masing2... jadi dah tentu sebab untuk menjatuhkan umno. selepas jatuh,barulah dua2 parti itu pula bertelagah dan bermusuhan dan bersaing utk memerintah .. tu lah konsepnya permainan politik. DAP tidak pernah meruntuhkan masjid??? tp tak pulak diceritakan diatas bhwsanya dap memecahbelahkan rakyat dgn isu kalimah Allah. ni semua tak ubah luahan utk mencari kelemahan. TERLALU FANATIK SGT DGN SESEBUAH PARTI, INI YG MENYEBABKAN MASING TERLALU DGN EMOSI BERCAMPUR AMARAH. kenapa tak dibangkitkan istilah JANJI ,kalau betul2 lah nk negara islam atau laksanakan hudud. daripada menabur janji jani dan janji. kemudia kita bercerita pula pasal islam. tak ada keseimbangannya.

    ReplyDelete
  15. dh terang lagi bersuluh masih diperalatkan dgn DAPIG...pas pas

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari