PAS Parti Ajaran Sesat Bawa Fatwa Songsang- Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 6 April – Timbalan Perdana Menteri hari ini melabelkan Parti PAS sebagai Parti Ajaran Sesat berikutan kenyataan kontroversi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang disifatkannya sebagai fatwa songsang yang boleh mengelirukan rakyat.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau agak kecewa dengan kenyataan songsang itu kerana Nik Abdul Aziz merupakan seorang ulama dan tokoh agama.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz yang mendakwa solat orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai di sini.
“Nik Aziz bersifat macam Tuhan sedangkan dia kata dia tokoh agama. Dia mengeluarkan fatwa sebegitu menghukum bahawa sembahyang orang Umno tidak dapat pahala kerana katanya Umno menolak Islam, Umno tidak berjuang untuk Islam.
“Ini bukan kali pertama, Pas dan Nik Abdul keluarkan fatwa menghukum Umno. Umno sebagai kafir di dalam Amanat Haji Hadi. Ini sudah terbukti bahawa Pas ialah Parti Ajaran Sesat, dan bukannya Parti Islam SeMalaysia,” katanya.
Justeru itu, Muhyiddin turut menyeru rakyat agar menolak Pas dan pemimpinnya agar tidak sesat dengan ajaran songsang parti itu.
“Kalau ikut ajaran Pas sebegitu, maka semua akan sesat. Lebih-lebih lagi Nik Aziz menggunakan agama untuk tujuan politik lagi menyesatkan.
“Satu peringatan agar kita menolak Pas dan pemimpin Pas, dan Umno adalah parti yang berjuang untuk Islam sudah lama. Kalau saya nak ceritakan mungkin pemberita tidak ada muka surat untuk tulis,” katanya.
Katanya, dari awal lagi, sejarah Umno menunjukkan perjuangan parti itu untuk menebus kemerdekaan negara, menggubal perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, pembelaan umat Islam, maka jelas terbukti Umno ialah parti yang memperjuangkan Islam sejak dahulu sampai hari ini.
Sumber : Link
Sampai bila isu sebegini nak selesai,, sepatutnya bila Nik Aziz keluar kenyataan sedemikian, umno kena terima,, atau yang terbaiknya ajak Nik Aziz bersemuka duduk semeja, bincang pertahankan apa yang umno buat...
Kalau sekadar balas cakap begini,, lebih kurang standard orang asli kat Gua Musang ajalah...
Amanat Haji Hadi,,, bila Hj Hadi ajak ulama umno duduk semeja buat secara langsung siar tv,,, terus terkedu senyap... kenapa diam.... lawan la...
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
ReplyDeleteRasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”
mdin cakap islam sudah ke keluarga dia ajar islam dayus seorang ayah jika keluarga tidak mengikut apa yang islam ajarkan bertaubat lah mdin teropong diri dulu baru nak kata orang sesat hang tau dak sembahyang tak dapat pahala dengan tak sah sembahyang tolong belajar sebelum nak menyesatkan orang.
Deletesaya nampak perjuangan PAS sekarang macam tiada hala tuju sama dengan penganas kiram yang mengaku sebagai sultan sulu tapi tak sedar diri dan menyatakan islam,islam,islam .... Islam hanya pada mulut sahaja.....Masalahnya sapa yang mengkafirkan golongan islam di sini... Tidakkah Tuan Garu Niky Aziz Nikmat dunia dahulu yang mengkafirkan orang islam berbeza fahaman,,,, ini bahaya jika parti dipolitikkan..... orang mengaku islam hanya pada nama dan lebih hina dari orang tidak sembahyang... orang tidak sembahyang hanya berdosa kepada Allah tapi orang yang sesat dan menyesatkan orang lain berdosa kepada semua orang dan Allah tidak mampu mengampunkan dosa terhadap orang lain....
ReplyDeleteSiapa dahulu yang mengatakan darah orang berlainan fahaman dan islam dari mazhab lain halal ditumpahkan,siapa mulakan peristiwa memali ? Kenapa boleh keluarkan fatwa halalkan darah berbeza fahaman dan perlu diperangi... dahulu saya menyangka PAS parti yang baik-baik sahaja dan perjuangkan islam tapi sekarang saya tahu siapa kamu sebenarnya... Siapa dahulu yang menuduh dan siapa terlebih dahulu memerangi buat-buat lupa dengan apa yang telah dilakukan.....
Orang berlainan parti dan orang yang tidak menganut parti dan pegangan pas dianggap kasar dan jahat tetapi apa yang saya perhatikan parti Islam yang sepatutnya lembut jiwa lebih esktrim dan kasar dalam pelbagai aspek dan bersifat munafik... adakah ini balasan kerana mengatakan orang lain tak bagus,orang lain sesat dan tiada siapa lebih sempurna dari parti yang dikatakan Islam ? Siapa dahulu yang mengatakan pegangan lain sesat ?
Konsep : Kasar kepada semua umat Islam ,tapi tunduk kepada kafir harbi ialah prinsip parti yang terlebih Islam....
Islam,islam,isle,isle,isle.... takbeer.... takbeer.... xDDDd