boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, April 16, 2013

Berita Sedih dari Pensyarah IPG Kampus Ipoh mendapat layanan 1st Class!

Aku baru semak e-mail, terdapat satu email dari seorang pensyarah Institiut Perguruan Guru Kinta, Ipoh..
Satu berita malang buat mereka...


Aku copy paste apa yang tertulis dalam email tu... 

Assalamualaikum
 
Tuan,
 
Gambar2 yang saya kirim ini adalah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPG KI)yg dinaik taraf daripada Institut Perguruan Ipoh, dan sebelumnya adalah Maktab Perguruan Ipoh.
 
Bangunan yg berwaran hijau-putih (gambar 1&2) adalah blok terbaru di IPG KI yg siap dibina pada tahun 2010 bagi menempatkan pensyarah. Bangunan ini sepatutnya siap pada akhir tahun 2008 tetapi terlewat hampir 2 tahun (projek sakit). Projek ini dianugerahkan kpd satu kontraktor melalui runding terus. Kemudian kontraktor tersebut menganugerahkannya kpd sub kontraktor lain. Sepatutnya dibina 4 tingkat tetapi dah tinggal 3 tingkat mungkin sbb kontraktor asal dah sapu sebahagian duit peruntukan utk dikongsi bersama ketua mana2 bahagian Umno.
 


Sblm siapnya bangunan ini pensyarah ditempatkan dlm dewan besar beramai2.
 
Slps siap mcm2 masalah timbul antaranya:
1. tandas asyik tersumbat
2. tiles lantai tercabut
3. aircond kadang2 berfungsi, kadang2 tak
4. point2 elektrik tak berfungsi. pensyarah terpaksa menggunakan extension yg bersambung2 dua tiga kali sambungan.
 

Minggu lepas para pensyarah dikejutkan dgn arahan pindah kerana bangunan disahkan tak selamat kerana terdapat pergerakan aktif (1mm sehari). Oleh kerana tiada bangunan dan bilik yg mencukupi pensyarah ditempatkan dlm khemah spt dlm gambar 3. Inilah layanan 1st class yg diterima oleh para pensyarah IPG KI. 




 
IPG ini terletak di kawasan Tambun yg ahli parlimennya ialah Menteri Kewangan Kedua.


Kalau khemah rupa itu, kat Manjung ni, kat Supermarket Billion lama pun ada,, waktu musim raya China, tempat jual buah limau.... 
Woii, menteri pelajaran.. siapa ha? Muhyiddin Yasin kan,, dia buat kerja apa?.....

Inilah nasib kakitangan kerajaan yang terabai.... bila mereka sokong pembangkang, kata mereka belot, khianat,,, tetapi inikah layanan yang sepatutnya mereka terima...? Phuii...

14 comments:

  1. sama lah kat sekolah ambe...kat terengganu lubuk minyak ni...kontraktor melayu bagi kat cina, pah tu cina jual kat melayu...lewat siap 2 tahun..tak sampai setahun guna dah rosak sana sini, tandas tersumbat, air tak dak dll...la ni dah 2 tahun lantai simen dah berlubang, atap dah bocor...murid2 pindah balik bangunan lama 40 tahun dulu...kesian anak melayu, org kampung melayu, cikgu melayu, YB melayu, JKK melayu...tp nasib org melayu tak de sape nak peduli...55tahun cukuplah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rakyat sabah yang tingal di pendalaman pun boleh sebut "ini kalilah" takkan kita kat sini tak boleh berfikir dengan waras. Wajib kita ingat bn/umnu bukan pemberi rezki kepada mana mana makhluk sebaliknya mereka berbuat zalim kepada rakyat yang tak sehaluan dengan mereka. Gunakanlah kesempatan yang diberikan lima tahun sekali ini untuk menghukum mereka dengan cara demokrasi. Taknbirrr.

      Delete
  2. Salam....
    Saudara dapat email.terus post dlm blog saudara.saudara dh selidik ke berita ni?saudara guna ayat pensyarah antar.dia guna ayat 'mungkin' makna dia xpasti.saudara post dlm blog.org baca.org buat andaian macam2.bukan ke tu fitnah.saudara sendiri xtau btl ke tak.saudara dh sebarkan berita yg xpasti.saudara kononnye penyokong pas.yg kononnye parti yg terlebih islam dr org lain.tp ni ke ajaran islam? Sebarkan berite xpasti.buruk pemimpin lawan.ni ke ciri2 islam pas? Jgn sbb nk kan kuasa politik.semua jd halal...sebelum asyik cr salah org.elok cr salah sendiri.maaf klu terkasar bahasa dgn saudara....sepatutnye blog saudara ni.jadi contoh yg baik.bukan yg sblknye.bukan tempat memecah belahkan org islam....salam.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai umno cuba bermain psikologi

      Delete
    2. Bila aku siar cerita ni, teman sekpg aku terus PM kat aku...

      Salam Cha,
      aku Udin Ayak Putih.
      hari2 aku dok ikut blog hang.
      Banyak info aku dapat.
      Posting hang tentang IPG Ipoh menyayat hati aku.
      Dah lama aku nak antar kat hang ttg info ipg tu.
      Memang geram sangat. Baguih hang dah cerita.
      Biak semua org tau. Dekat2 pru ini memang baguih
      buat lagu tu. Biak mampuih Husni Hanadzlah.. Biak
      semua depa bungkuh dlm pru 13 nanti.

      Delete
    3. Benar seperti dilapor. Kami pensyarah bagaikan disalai tak berapi. Sila, jemput datang. Bawa wartawan sekali. Karam Singh Walia tolong hubungi. ya....

      Delete
  3. MAILAH DATANG RAMAI-RAMAI KALAU TAK PERCAYA.

    ReplyDelete
  4. fitnah tak fitnah ada aqal tuhan hang pikia sendiri kalau mengaku islam tentang bab solat je hang silap mana ada ayat quran dia khabar hai orang yang sholat dia khabar hai orang yang beriman pi jamban pun kena beriman tidor pun kena beriman total iman satu saat puntak boleh tak beriman apatah lagi memilih pemimpin yang kita kenal beriman dgn tak beriman kalau hang pilih beriman hang tanggung sekupang dia dua kupang dosa ni lah salah orang melayu mengaku islam yang kurang reti agama islam

    ReplyDelete
  5. Salam.kalau pun btl bngunan tu ada masalah.ada ke bukti yg org2 umno yg amik peruntukan tu? Tu yg sy maksudkan.selidik dulu.kalau benda tak btl.tu fitnah.sy yg post komen ttg minta saudara selidik dulu.bukan utk kes ni je.utk pe yg saudara post.hrp lebih bertanggungjawab.bukan sekadar nk mengejar kuasa politik semata2.saudara mengatakan umno teruk.adakah blog saudara sebaliknye.tunjuk contoh yg baik.akhlak yg mulia.nanti org akan sokong.kalau begini akhlak penyokong pr..mencari n mnyebarkan fitnah.apa beza saudara dgn parti yg saudara benci? Apa sumbangan saudara kepada agama, negara? Jgn slalu mcri kesalahan org lain.nanti org Lain dedahkan kesalahan n kelemahan kita....terima kasih kepada saudara yg reply post sy yg mgatakan sy macai umno.alhamdulillah.jgn taksub sgt.ada akal fikir..maaf tumpang lalu di blog saudara.yg pernah buat fitnah pada seorg ustaz....salam......insyallah kebenaran akan menang......

    ReplyDelete
  6. umno mang teruk pon..tak pyah nak tegak benang yg basah la..suma org nampak..tk kena kt ampa tkpa la..kna kt ampa bru tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara/saudari, kalau kena pada saya pun, jgn la sampai memburukkan orang itu...saudara/saudari seperti menyalahkannya 100%. Kalau betul, takpe lah...kalau salah, jenuh nak minta maaf sorang demi sorang...

      Delete
  7. Yang benar tetap benar. Songlap pun kerja benar. Ini kerja biasa bagi projek macam ini. Cuma biasalah sesiapa nak mengaku. ..open minded la

    ReplyDelete
  8. Samalah Dewan Besar IPG Kampus Perlis.Lagi terok dindingnya dimakan anai-anai,siling dah nak runtuh.Dah tuu pulak.Semakin dekat nak hujung tahun, ada pelatih guru nak duduk peperiksaan bukan main berpeluh. Bukan nak salahkan pihak kerajaan tetapi guru-guru pelatih sekarang macam ayam daging.Pintu asrama tu ditendangnya hingga pecah. Nak jadi guru, perangai macam jin. Itulah hasil kecemerlangan.Kebanyakannya anak-anak bangsa kita yang dididik diasrama penuh.Apa yang heran tuu..diUnited Kingdom tak ada pun asrama penuh atau MRSM. Di Malaysia anak-anak sekolah-sekolah diasrama penuh asyik baca buku sahaja.Lepas tuu dapat 8A,9A kemudian jadi PTD.Hantar kesekolah elit.Akhirnya ada sesetengahnya tidak memperjuangkan agama dan bangsa sendiri.Menjajah bangsa sendiri. Manakala yang berkhidmat untuk negara ialah bebudak yang masuk sekolah teknik dan pergi sekolah hari-hari dengan basikal dan motorsikal. Anak-anak guru langsung tak ada peluang.Inilah nikmat kemerdekaan.Nak naik pangkat kawan-kawan cantas.Usahalah sendiri.

    ReplyDelete
  9. isshhhh teruknya perangai pensyarah maktab nie....

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari