Ahmad Husni
Ahmad Husni
IPOH - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata tiada keperluan untuk beliau berdebat dengan pencabarnya, Siti Aishah Shaik Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penyandang kerusi Parlimen Tambun selama empat penggal itu berkata meskipun tindakan berkenaan membuka ruang baginya memperjelas keburukan pakatan rakyat, namun itu bukan cara beliau berpolitik.

"Ia sebenarnya akan membuka ruang kepada saya untuk menceritakan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk masalah parti pembangkang, kerana saya orang lama dalam politik dan tahu banyak perkara.

"Janganlah kita begitu berani hendak mencabar orang, tetapi akhirnya menjatuhkan diri sendiri," katanya kepada pemberita ketika melawat proses pengundian awal di Pusat Mengundi Briged Utara Pasukan Gerakan Am Hulu Kinta hari ini.

Beliau berkata pakatan rakyat juga perlu menilai khidmat mereka kepada rakyat terlebih dahulu sebelum mengajaknya berdebat.

Aishah, yang merupakan calon muka baharu, mencabar Ahmad Husni berdebat Khamis ini di Padang Awam Taman Meru, Manjoi. - Bernama

Apakah menteri-menteri ini menghormati wanita parti lawan... atau bini yang tak bagi lawan....?
Habaq mai sat kat aku.... malu oi orang umno Perak,,, menteri bacul,,, dengan perempuan budak hingusan lagi pulak tu,, Itu Shahrizat kata...